Monday, 29 December 2014

Yang Dipendam Dihati

Pada yang pernah terlihat, namun tidak benar2 mengenali siapa penulis blog ini akan pasti akan tertanya2 siapalah wanita yang blog tidak seberapa ini. Kenapalah dia asyik mengatakan pada setiap kata2nya pada yang telah pergi menemui Illahi.

Semuanya bermula di blog ini... ibu ini telah memulakan penulisan blognyer dari tahun 2008 ketika itu arwah suami yang juga salah seorang blogger. Namun blog ibu yang dimulakan dari 2008 -2010 telah saya privatekan bagi bacaan dan kenangan abadi yang sentiasa bersemadi dihati.. 

Kami mempunyai hobi yang sama dan berkongsi bulan kelahiran yang sama. Karektor kami adalah sama... sangat2 pemendam namun antara kami berdua tiada pula kami begitu... pada pandangan rakan2 yang mengenali kami bukan sahaja suami isteri tetapi kami adalah sahabat baik yang tidak pernah lekang ke mana2.

Ada juga yang tertanya2 diamana senyum tawa saya yang dahulu amat mudah ketawa ketika adanya arwah suami????... ianya tidak seperti dahulu keceriaan ibu pasti akan mengingatkan akan insan yang tidak pernah rasa letih untuk mengusik ibu ini disetiap nafasnya... sehingga di hari terakhir perginya dia masih lagi mengusik kami yang menonton televisyen sebelum malam kejadian...

Dengan airmata menulis blog ini, mengingati kisah lalu adalah pasti... hidup ibu ini adalah bayangan kepada yang telah pergi. Karektor yang sama namun sikap semakin berubah kerana ada kala mengasingkan diri dan lebih suka kepada privacy diri yang hampir seluruh jiwa raganya berkorban untuk anak2 tersayang.

Sebelum ini ada juga yang tertanya2 kenapa ibu ini tidak meletakkan anak2nya dibawah jagaan ibunya. Mudah dan ringkas kerna saya adalah balu yang independent. Saya suka anak2 membesar dengan perit jerih kepayahan saya sendiri. Saya mula hidup sendiri dari usia saya 17tahun dan dari saat itu saya telah mula belajar menyesuaiakn diri dengan kepayahan. Mulut untuk meminta bantuan dari ibu ayah adalah payah pada saya kerana ibu sendiri tahu anaknya ini memang dari kecil sudah pastinya akan usaha sendiri selagi dayanya.

Anak2 adalah nyawa saya.. mereka sumber kekuatan ibu... setiap langkahnya pasti difikirkan bagaimana anaknya sekarang ini. Airmata kerinduan sudah pasti namun untuk menunjukkan akan kesedihannya pasti tidak.

To be continue....


Pesanan Ibu Buat Abang

Hari ini genap 4 bulan saya berjauhan dengan keluarga tersayang. Lagi sayu hati berjauhan dengan bonda tempat mengadu, tempat bermanja dan dialah yang lebih mudah memahami serta yang akan faham bagaimana anaknya ini.

2minggu anak2 tinggal bersama saya di johor ini... malam ini mereka akan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk memulakan sessi persekolahan mereka. Sedih & airmata sepanjang perjalanan untuk menghantar mereka ke stesyen bas.

Teringat ibu akan kepayahan kita dahulu, bagaimana kita selepas seminggu daddy tinggalkan kita bertiga. Hanya wallet yang hanya RM150 yang ada dalam dompet daddy untuk kita meneruskan hidup tanpanya. Kita pulang dengan menaiki bas ekspress... airmata mengalir sepanjang perjalanan dan bila mata ibu ke arah langit biru ketika itu pasti akan ibu terasa daddy telah jauh pergi meninggalkan kita seperti mana jauhnya awan itu untuk kita gapai.

Malam ini, ibu tak dapat tidur dengan lena mungkin kerana dengan assignment ini juga dan diselangi akan memikirkan bagaimana adik Dhiya tanpa ibu di hari pertama kamu ke sekolah kebangsaan. 

sudah 5tahun berlalu... namun tidak pernah hati ibu untuk melenyapkan akan kasih dan sayang insan yang amat menyayangi kita. Namun ibu pendamkan demi kamu yang masih kecil. Tidak sama andai ada pengganti.. hanya ibu yang lebih mengetahui... mungkin kamu berdua lupa bagaimana daddy yang setiap hari pasti tersenyum melayan kerenah kita yang sentiasa diikutinya... 

Jagalah diri kamu diantara satu sama lain... abang jangan mudah lupa akan pesanan ibu... sayang adik... adik baik sangat2 abang... kamu lihat kelembutan hati adikmu itu adalah mirip daddy kamu sayang... adik hanya perlukan sayang abang... ibu sedih bila abang lupa akan janji abang kepada ibu.

Ibu tahu kamu berdua bijak, namun jangan mudah alpa... solat jangan lupa.. ibu jauh dengan abang namun Allah tidak pernah jauh mahupun tidur... ibu menghitung hari dan airmata berjauhan dengan kamu... ibu study bukan untuk diri ibu... study ibu inilah yang akan membantu masa depan kamu untuk ibu menambah rezeki buat kamu untuk meneruskan pengajian kelak... ibu hanya insan biasa sayang...

Andai suatu hari nanti, kamu membaca akan setiap kata2 ibu ini nanti... ingatlah kembali akan pengorbanan ibu ini sayang... Semoga hari esok n seterusnya adalah yang terbaik buat kamu n kita hendaknya... ameen...


Friday, 24 October 2014

Sebulan di Johor.

Sebulan di Johor, bukan perkara mudah bagi seorang isteri & ibu untuk berjauhan dengan keluarga tersayang. Bermacam perasaan timbul: Bimbang, sedih dan rindu yang teramat bermain di fikiran disetiap saat sepanjang berjauhan dengan mereka.

Bila dapat mendengar suara di telefon sudah cukup melegakan hati ini untuk seketika. Namun airmata tetap mengalir... mana tidaknyer.. anak manja Dhiya yang kini berusia 6tahun tak pernah jauh dari Ibunya ini. Manakala abang Danish yang amat memahami gerak hati ibu ini pasti akan sentiasa menjadi pendengar yang baik buat saya & ayahnya.

Sepanjang setahun ini, sudah pasti semua tanggungjawab yang biasanya saya & suami akan bahagikan bersama akan diambil sepenuhnya oleh suami. Perasaan terharu teramat kerana suami amat memahami akan keadaan saya di sini. Sentiasa tidak lekang untuk menghubungi saya setiap masanya yang terluang walaupun didalam keadaan busy di office mahupun di rumah.

Rindu & terlalu sayang padanya... terima kasih kerana sudi & sentiasa menjadi kawan terbaik isteri yang serba kekurangan ini. Berjauhan buatkan saya & suami semakin memahami antara satu sama lain. Perkenalan yang singkat dahulu disudahi dengan perkahwinan.. di saat pernikahan itulah saat2 bermulanya untuk kita sama saling kenal mengenali... waktu untuk kita mula untuk bercinta dengan jalan yang diredhai olehNya... yang terbaik buat kita.

Semoga Allah melindungi kita sekeluarga & diberi kebahagiaan dunia & akhirat. Buat anak2 ibu & ayah tersayang jadilah anak yang soleh & solehah yang sentiasa berbakti kepada ibu & ayahmu serta masyarakat. Biar rupa & paras kita tidak cantik namun biarlah hati kita bersih & cantik di mata masyarakat & keluarga. Ibu & ayah sangat2 menyangi kamu... kamu kebahagiaan kami. 

Wednesday, 17 September 2014

Sahabat Baik Ibu


Muhammad...
Dhiya Nabihah...
Berlari anak2 ini dengan ketawa
Ketawa memeluk kaki kecil daddy
Daddy yang sentiasa ada menceriakanmu

5tahun berlalu
Bagai semalam kejadian itu
Takdir yang memisahkan ibu & daddy
Nyawa ibu jauh pergi tinggalkan ibu

Andai ditanya ibu
Ibu masih ingatkan daddy?
Pasti duhai anak
Dia sahabat baik ibu
Dia nyawa ibu
Dia teman tawa & tangis ibu

Dia keceriaan ibu
Ibu semadikan kasih sayang ibu
Ibu simpan airmata ibu 
Ibu cekalkan hati ibu
Semua buat kamu

Wajah anak2 ibu
Lambang keceriaan ibu dahulu
Semangat & nyawa ibu
Itulah kamu anak ibu

Dia bos ibu
Dia pengkritik hebat ibu
Dia luangkan masanya untuk kasihnya
Dia tak mengeluh kerana kita

Daddy ada impian
Impian setinggi gunung 
Semua buat kamu
Anak2 ibu

Kini ibu & amanah
Amanah untuk mencapai impian itu
semua buat kamu
Nyawa ibu

Jaga diri baik2
anak2 ibu sayang
Daddy tak pernah jauh dengan kita
Dia dekat di hati kita

Ibu akan pulang
Pulang buat kamu
Ibu tak mahu sedih lagi
Ibu ada impian yang tinggi buat kamu



NOTE: Ya Allah, kupilih untuk bahagiakan anak2 ini biarpun hati sedih. Biarpun tiada senyum lagi seperti dahulu. Rindukan anak2 ibu. Nyawa Ibu. Maafkan ibu kerna jauh dengan kamu untuk setahun ini.. huh3... ibu amat2 rindukn kamu... Daddy pasti tidak mahu ibu sedih sebegini. ;-(

Rindu Nyawa Ibu

Hari ini minggu ke-3.. saya di Johor. Berjauhan dengan anak2 adalah yang paling perih untuk saya lalui. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaiamana untuk saya berjauhan dengan NYAWA IBU ini. Hari2 ibu pasti ingatkan kamu berdua, makan minum ibu tak sepertimana adanya kamu dihadapan mata ibu. Sedih & airmata ibu disetiap hari2 ibu. 

Setiap kali ibu sampai di kolej pasti akan ibu buka notebook ibu melihat telatah kamu di video yang ibu rakam. Semangat & keyakinan ibu hanya kamu berdua. Sebab itu ibu akur untuk berjauhan dengan kamu duhai anak ibu tersayang. Ibu harap kamu belajarlah pandai2 janganlah buat ibu rasa bimbang mahupun menangis lagi.

Tahun depan adalah hari penting buat adik. Ibu tahu adik pasti tidak sabar untuk ke sekolah. Buat kata adik, adik dah makin besar... kawan2 dah panggil adik 'kakak'. Sedih ibu jauh dengan adik. Tapi apalah daya ibu adik. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa ibu teramat menyangi kamu berdua.

Lama kita tak luangkan bersamakan adik abang.. ibu minta maaf kerna di waktu2 yang setahun ini tak dapat ibu luangkan masa ibu sepenuhnya buat kamu. Hati ibu selalu bimbang berjauhan dengan kamu. Airmata & kebimbangan ibu tak pernah lenyap sejak hari pertama daddy pergi tinggalkan kita. Di saat2 tanggungjawab ibu bermula sebagai ibu & ayah kepada kamu. Jadilah anak yang baik & membanggakan ibu duhai anak ibu... untuk daddy kamu. 

Friday, 22 August 2014

Rakyat Malaysia Berkabung


Sayu sungguh pagi ini.. hari ini kita rakyat Malayisa akan menerima sebahagian daripada mangsa MH17. Suasana sedih amat jelas terasa.. semoga dipermudahkan segala urusan istiadat penerimaan jenazah & pengebumian mangsa-mangsa MH17.

Salam Takziah buat seluruh keluarga arwah.. Semoga tabah dalam mengharungi ujian-ujian Allah ini.

Tuesday, 19 August 2014

Rindu Awak 200%

Bulan ini adalah waktu bagi saya menghabiskan bakian cuti rehat yang ada sebelum memulakan pengajian di Johor Bahru. Difikiran siang & malam memikirkan akan bermulalah 'rindu awak 200%' pada anak-anak nanti. Pada ayahnya rindunya akan semakin lebih lagi tak lagi 200% tapi berkali-kali ganda... terima kasih kerana sentiasa berkorban membahagikan masa, kasih, sayang & kerjaya buat anak-anak.

Bercerita tentang waktu sekarang ini, saya kerap berbual dengan buah hati, semangat hati & nyawa ibu Danish & Dhiya yang ibu ini akan berjauhan dengan kamu. 

Mula ceritanya: Hari Selasa tengah hari sebelum ibu hantar Danish ke sekolah seperti biasa ibu akan luangkan masa 1jam or 45minit buat kamu macam mana biasanya ibu lakukan setiap hari jumaat. Mulanya ibu letakkan tangan ibu di kepala kamu, ibu cium kepala kamu & ibu bertanya 'sayang ibu tak'.. jawab kamu 'sayang'. Kata ibu ' nanti ibu nak masuk belajar lagi, next month ibu dah mula jauh dengan Danish & adik... nanti tengok-tengokkan adik... jangan sakitkan adik.. sayang dia, ibu akan call Danish & Dhiya.. ingat tue' jawab Danish ' Ibu belajar jauh tak? berapa lama ibu belajar... abang pon nanti nak jadi macam ibu selalu nak belajar ibu tak malas'. Hmmm.... rasanya ayat yang hujung sekali ibu tak pernah ajar... hmmm.. apapun jawab ibu ' ibu belajar setahun, ibu belajar di Johor Bahru.. belajar nie tiada erti rehat tapi kena ada minat & semangat yang kuat... abang kena lebih kuat semangat lebih dari ibu yer.. abang adalah contoh kepada adik.. adik melihat setiap apa yang abang buat kalau baik, baiklah yang adik ikut nanti... jawab Danish ' baik'. Harap fahamlah anak bujang nie bila sampai masanya.

Hmmm... kali nie bercakap dengan Dhiya pula. Hati mula rasa bimbang sebab dah tahu buah hati ibu yang sorang nie memang payah sikit nak berjauhan dengan ibu lama-lama. Tapi ibu kenal adik nie kalau takder ibu confirm mesti leka ngan nonton tv channel cartoon dia. Buat adik comel ibu, jangan leka yer dik... study smart. adik kena workhard sedikit especially reading.. I know you can do... but sometimes lazziness happen when you don't want to face something... easy to pointed to you like a boring...

Buat bie, terima kasih kerana sentiasa memahami & izinkan sayang untuk mulakan pengajian semula. Mungkin inilah masa yang Allah nak menguji kesabaran kita dalam mendidik anak-anak dimana kita masing-masing berjauhan. Ia juga menguji rasa kasih & sayang kita di saat berkorban demi membesarkan mereka untuk menjadi insan yang lebih baik dari kita. Ia menguji akan rasa cintakita... melipat gandakan lagi kasih & sayang antara kita sebagai suami & isteri.... takdir yang telah ditentukan oleh Allah buat kita.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga & sentiasa dipermudahkan segala urusan kita dunia & akhirat InsyaAllah..

Tuesday, 12 August 2014

Permohonan BERJAYA

Alhamdulillah, syukur kepada Allah... impian yang dinanti tiba jua. Untuk step seterusnya setelah habis ke peringkat degree sampailah masa untuk focus kepada pengajian ke peringkat post basik yang sudah sedia maklum buat semua jururawat bahawa career seperti kami 'as a practitioners nurse' perlu mengambil course post basik sekurang-kurangnya sekali untuk kami melanjutkan pengajian keperingkat master & PHD..

Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh pengajian selama setahun ini. Semoga selepas ini kembali dengan next step pula master program pula... InsyaAllah.

Terima kasih juga buat anak-anak yang sangat-sangat cooperated dalam memahami career ibu yang sentiasa busy. I'm proud to both of you kids..you are always on my mind & heart.

My dearest husband, I would like to thank you for being the best husband & dad in the world for us. I will be forever thankful to Allah for giving me a wonderful husband like you. Thanks for making me complete. We love you for everything.. thank you so much for doing your best just to make us happy & to support us in all our needs. I feel so blessed that you are mine. 


Saturday, 9 August 2014

Pakaian Tradisoinal Kami 2014

Seperti tahun-tahun sebelum ini, buat kali ke2nya kami sekeluarga akan menghadiri Majlis Terbuka Anak-anak Melayu di Ladang Alam Warisan, Negeri Sembilan. Majlis kali ini semakin meriah seperti sebelum-sebelumnya & semakin ramai anak-anak melayu yang hadir memeriahkan majlis.

Yang paling unik di majlis ini kita pasti akan dapat lihat betapa indahnya apabila kita lihat muda mudi kita berserta anak-anak kecil bersama-sama ibu dan bapanya berpakaian tradisional lama. Ditambah pula dengan sekeliling suasana 100% seperti kita berada di zaman silam seperti mana kehidupan ibu bapa kita dahulu.

Sesi bergambar kenangan bersama sekeluarga tersayang

Anakanda bergaya manja bersama ayahanda yang penyayang.

Bonda senyum keletihan manakala anakanda masih mampu tersenyum sinis

Pelbagai acara diadakan diadakan di majlis ini dari siang hingga ke malam tidak putus pengunjung akan hadir terutama kepada yang pernah menghadirinya sebelum ini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk turut hadir. Malam hari terutamanya saya & anak-anak akan menanti saat paling dinanti dengan persembahan Dendang Anak yang amat popular di laman sosial youtube.. hmmm nak lihat mereka memaminkan alunan muzik & lagu menggunakan alatan moden & tradisional dengan nyanyian lagu-lagu yang mengasyikkanso kenalah lihat sendiri dengan secara live... syok.. hingga anakanda Dhiya mengambil kerusi duduk di hadapan sekali dengan alsan nak tengok depan2 sebab tak nampak... hmmm...

Apapun tahun depan pasti dinanti untuk hadir dalam majlis seperti ini... InsyaAllah. 

Thursday, 17 July 2014

MH17 ;-(


Salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang terlibat dalam MH17. Semoga seluruh keluarga arwah dikurniakan ketabahan & kekuatan dalam menghadapi ujian & musibah ini.

'Orang yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Seseungguhnya kami adalah kepunyaan Allah & kepadaNya jualah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk'. 
(Surah Al-Baqarah:156-157)


Wednesday, 16 July 2014

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie.

Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita.

Biarlah kita miskin harta benda namun 
KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA....

Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita. 
Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA...

Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat... namun jika ia tindakan tanpa berfikir & mengikut nafsu amarah maka ia akan sebaliknya...

Bertindak tanpa berfikir dengan kata nama lain bertindak melulu, terburu-buru & sembrono adalah tindakan orang yang tidak bijak atau tidak matang. Orang yang sedemikian mudah terlajak laku, kata & bicara.


Ringkas nyer dikkk... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata rosak binasa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut kann... dah kena rakam dek aksi steering lock or PEU-LOCK kau yang baru tue dikkk.. nampakkkk http://www.youtube.com/watch?v=OPXqG95KR48  ... ok bye..

Wednesday, 9 July 2014

Danish Sudah Mula Berpuasa

Hari nie masuk minggu ke-2 Danish berpuasa. Tengok sekarang nie abang dah mula membiasakan diri untuk berpuasa penuh bulan nie. Cuma bila petang abang balik ke sekolah ibu tengok mukanyer letih kemudian asyik tidur sahaja sepanjang jalan.

Minggu pertama puasa ada juga abang cuba-cuba nak minum air. Katanya 'abang rasa haus ibu'... sian tapi kena belajar sikit-sikit yer abang. Tapi dalam lapar-lapar tue bermain.. bergurau dengan adik tak pula dia rasa haus.. jadi ibu biarkan ajerlah janji kamu tak minta minum sepanjang berpuasa nie.

Saat-saat yang dinanti untuk menjamu selera

Bab berbuka puasa.. hmmm, abang akan berbuka puasa sepuas-puasnya. Ibu tengok abang makan ayam pun ibu dah nampak abang betul-betul menikmati makanan yang dihidangkan. Apapun ibu tengok abang bukanlah cerewet bab-bab menu makan nie. Tak kira berpuasa atau tidak abang akan makan apa yang ada tapi kalau lauknyer kena dengan selera abang bertambah la nasi 2 ke 3 kali nyer. 

Favorite food masak kari & masak asam pedas memang favorite abang. Sekarang pon abang dah mula makan pedas sikit-sikit. Suka hati ibu tengok abang dah mula makan nasi banyak sekarang nie berbanding 2 tahun dahulu. 

Ibu harap bulan puasa nie abang lebih mula menghargai makna bulan puasa. Berpuasa bukan sahaja untuk kita berlapar tanpa makan & minum sahaja. Tetapi ia juga memberi makna yang buat kita sebagai hamba Allah untuk sentiasa menghargai apa yang kita perolehi ketika ini... kita masih mampu makan yang sedap2 berbanding insan-insan yang tidak berkemampuan.

Ramadhan juga menguji kesabaran kita dalam menahan diri dari makan, perasaan marah, ego & tahap kekjujuran hati kita. Ibu harap abang sentiasa menjadi anak yang baik & contoh terbaik buat adik. Ayah & ibu sayangkan kamu berdua. 

Monday, 7 July 2014

Di Saat Kita Diuji...

Didalam kehidupan kita ini, perlu adanya pengorbanan.Pengorbanan memerlukan perjuangan seiring dengan ketabahan hati bagi meneruskan liku-liku pahit, perit dan manis kehidupan.

Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi kehidupan ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekatiNya.

Yakinkan diri, Kuatkan azam dan cita-cita. Jangan tunjukkan kelemahan diri kita kepada Syaitan yang tidak pernah berhenti menghasut kita agar terus lemah. Yakinlah dalam diri bahawa setiap ujian adalah tanda Allah sayang kepada kita. Ketahuilah bahawa selepas setiap ujian itu selesai pasti akan datang ujian yang seterusnya. Maka bersedialah untuk menghadapinya.

Gambar ketika menghadiri kursus di Bangunan MNA, Petaling  Jaya

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuanNya.Apa yang ditetapkan buat kita adalah yang terbaik.

Buat Teman yang baru sahaja sehilangan insan tersayang tempat bergantung hidup & kasihnya hati. Salam Takziah, tabahkan hati.. Allah mengujimu kerana Dia tahu tahap kemampuanmu dik. Lihatlah anak2 mereka adalah kekuatan kamu disaat sebegini. Ada masa kita bertemu yer dik...

Tuesday, 13 May 2014

Happy Nurses Day - 2014

Happy Nurses Day Buat semua jururawat Di Malaysia & seluruh pelusuk dunia. Walaupun tahun ini sambutan Nurses Day disambut serba sederhana di PICC baru-baru ini. Namun hadiah sejambak bunga rose dan kehadiran Menteri Kesihatan Malaysia YB Datuk Seri Dr S.Subramaniam & Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia YBhg Datuk Dr Noor Hisham dalam majlis tersebut membuat kami berasa syukur kerana sudian mereka meluangkan sedikit masa untuk merasmikan pembukaan majlis dan sekaligus memeriahkan majlis yang serba ringkas ini.

Tema tahun ini 'Nurses: A Force For Change- Vital Resource for Health' bertepatan dengan budaya perubahan bagi perkhidmatan jururawat secara menyeluruh dan mencapai status kesihatan Negara Maju. 

Apapun pada pendapat saya mengikut pada kemajuan teknologi & perkembangan kemajuan dunia kini penjagaan kesihatan sudah semestinya akan berubah & berkembang. Dengan itu, sudah semestinya profession jururawat kini menjadi penyumbang aktif & inovasi dalam sistem penjagaan kesihatan terkini.

Jururawat adalah penyumbang kepada matlamat mencapai status kesihatan Negara Maju. Antaranya termasuk sebagai penyampai kualiti pengamalan, pendidikan, menyumbang kerja-kerja kemasyarakatan dan perkongsian pengetahuan di seluruh dunia.

Kerjaya Jururawat bukan untuk semua orang. Ia bagi seseorang yang sangat tabah, bijak dan penuh belas kasihan untuk mengambil segala kerenah dunia. Mereka sebahagian daripada semangat dan tujuan serta usaha untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat dunia'- Donna Wilk Cardillo 

Saya adalah sebahagian daripada jururawat diseluruh pelusuk dunia.

Saturday, 3 May 2014

Bila Dah Jumpa Air

Hmmm... nak dijadikan cerita anak-anak nie macam biasa bila dibawa berjalan pasti ada sahaja yang diimpikannya. Kemudian bila dah sampai ke destinasi yang dituju pasti kalau dilihatnya swimming pool or beach pasti 15minit sekali tanya ayah... 'bila nak swimming ayah? boleh swimming tak ayah?'

Yang suka bodek ayah pastinya bum-bum Dhiya dah semestinya mengempel sahaja tepi ayah selagi tak dijawab itu jugalah yang disoalnya. Ayah yang penuh kesabaran dah semestinya melayan kerenah anak-sampai tak tahu entah berapa banyak pictures anak diambilnya.

Cer tengok muka bum-bum yang semestinya takkan senyum selagi yang dihajatinya tak dipenuhi. Senyum payah sekali. Brother Danish macam biasa sentiasa cool.

Nie tengok pulak kan muka bum-bum dah berubah sepanjang kat pool ketawa sahaja yang peliknya siap ada kawan pulak tue... bum-bum x3...

However, Syukur Alhamdulillah, relaxing together with family was fun... especially ayah thank you with huge because always be patient to take care both of the kids.. i know that not easy to manage them and to make sure both of them safe every where they go... I'm surely they also always will say thank you to you & love you so much. 

Saturday, 26 April 2014

April yang Busy

Hari weekend begini macam biasa rehat di rumah.. dan macam biasa juga dengan kesibukan di tempat kerja menanti saat akan di audit minggu hadapan ada 2 3 fail perlu di semak dan di update. Jadi fail-fail nie kenalah dibawa ke rumah untuk dikemaskini kalau tak kena berkampung lagi di wad.

Bulan nie nampaknyer tak cukuplah rehat gamaknyer yer mak jemah. Bulan mei nie preparation untuk sambutan Hari Juruawat Sedunia pulak... dan nampankyer nie mesti kena oncall malam pulak. Apapun tempat kerja juga yang membuatkan hati lebih tenang... rumah ke2 selain rumah sendiri. Semoga tempat baru mak jemah di cardiology meningkatkan lagi ilmu pengetahuan perawatan & pengurusan wad.


Hmm... upload lily flower .. my favorite flower... harap my lovely lily tenang di sana. Miss you a lot.

Tuesday, 15 April 2014

Reshufle 5th times

Lama tak menjengah blog nie.. kesibukan di tempat kerja menghadkan masa untuk update semuanyer di blog. 14 April baru-baru nie buat kali ke-5 perpindahan selama 12tahun perkhidmatan.. ambil mood baru lagi. Kali nie di unit Cardiology pula... setelah 2tahun di unit Hematologi. Pengalaman yang mencabar dan banyak yang saya pelajari selama di sana begitu juga 10tahun perkhidmatan di Disiplin Orthopedik.

Di wad baru nie tiada jauh bezanya cara mengurus wad.. kakitangan semuanya seperti biasa sentiasa memberi kerjasama. Mereka sendiri telah mengenali saya sebelum masuk untuk mengurus di wad mereka. Hanya perkara baru yang perlu saya pelajari adalah buku 'Booking' kemasukan pesakit ke wad yang seperti 'pisang goreng panas' ... dimana setiap hari pasti akan ada kemasukan pesakit dari semua unit. Alhamdulillah, mungkin kerap kali berpindah ini membuatkan saya tidak janggal dengan perkara baru yang akan dipelajari.

Apapun saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan kakitangan di wad dapat menerima gaya & cara saya mengurus mereka dan situasi wad. Mungkin buat permulaan mereka janggal dengan saya, almaklumlah susah sedikit muka saya ini untuk senyum semasa bertugas... nak2 waktu rondaan di awal pagi. Mungkin saya dah terbiasa & harap mereka menerimanya untuk kebaikan bersama.


NOTE: Memek Muka mudah untuk serious terutama apabila melihat gaya & cara HO melaksanakan tugas. Namun Hati baik sebenarnyer jika sudah lama mengenali siapa saya yang sebenarnya... hehehehe...


Thursday, 10 April 2014

Cute Ke Budak Nie?

Budak Kecil nie Best Friend Forever Ibu. Selalu bahasakan diri 'adik'... manjelah konon..hehehe. Kadang-kadang tue, BFF ibu nie suka buat ibu marah kat dia. Tapi pandai pujuk hati ibu... itu yang buat ibu cair lepas marah kat adik nie.

Penyejuk hati ibu & inilah anak dara yang kadang kala membayangkan. Agaknyer macam nielah ibu masa kecil-kecil dulu. Buat kata mak nak tengok macam mana ibu masa kecil tengok adik.

Ibu teringat saat2 arwah daddy tinggalkan kita... adikla teman tidur ibu. Selalu kata kat ibu.. 'ibu I love You'... I love you to adik... belajar rajin2 yer adik... jadikan abang contoh terbaik adik. Daddy ada impian yang tinggi buat adik & abang cuma ketentuanNya memisahkan dia dengan kita. 

Friday, 7 March 2014

Bila Anak Teruna semakin Dewasa

Tiada apa lagi yang menggembirakan hati seorang ibu hanya dengan melihat anak yang dijaga semakin meningkat dewasa. Teringat pada mula-mula arwah tiada dulu. Anak teruna inilah kawan & penguat semangat ibu untuk menjalani urursan hariannya dalam mengurus mereka berdua. 

Danish memang dari kecil susah untuk bercakap hanya bila perlu sahaja dia akan berkata & bertanya. Tapi sesiapa yang mula rapat dengannya dia akan mula ramah. Minat sangat pada buku-buku, beli sahajalah apa sahaja buku buatnya pasti akan dibacanya sehingga habis.


Satu perkara yang ibu selalu akan bising & membebel dengan abang Danish nie satu jer... asal balik sahaja kasut sekolah macam baru balik kebun. Kasut Putih boleh jadi hitam. Alhamdulillah pelajaran tiada masalah pada abang nie, minat pada pelajaran itu ada... di Daycare juga tiada rungutan dari teacher mahupun pengasuh beliau. Malah anak kesayangan pada teacher nya di Daycare.

Di rumah, sudah boleh diharap membantu ibu di dapur. Setakat membasuh pinggan mangkuk & vacum keseluruhan bilik serta ruang tamu. Cuma kadang-kadang tue bila abang rajin, adik suka usik abang sampai abang naik angin ngan adiknyer.

Makanan favorite abang Danish macam biasa Nasi Goreng Kimchi. Resepi yang ibu dapat dari staf kemudian masak buat family di rumah suka rupanya abang makan siap bertambah lagi. Kemudian, satu lagi bihun goreng buatlah bihun singapore ke bihun biasa ke pasti dimakan oleh abang.

Sekarang nie, abang dah mula pandai makan nasi berlauk.. ikan masak asam, hmmm pedas letak kicap pon tak ape. Kemudian siap puji ibu lagi... ibu hari nie ibu masak sedap la?? habis selama nie ibu masak tak sedap ke?? hmmm

Bab bangun tidur pula, susah sikit nak-nak bila waktu sekolah. Mana taknyer 5hari waktu sekolah habis2 waktu sekolah sebelah malam mereka akan dihantar ke kelas tuisyen & kelas mengaji mengikut jadual yang ditetapkan oleh cikgu/ ustaz.

Weekend, macam biasa waktu bersama keluarga. Ibu & ayah kena luangkan masa untuk 2 beradik nie. Abang macam biasa kena cuci kasut sekolah sendiri & macam biasa seperti pesanan ibu abang Danish akan prepare buku-buku untuk kelas Isnin beliau. So takderlah tertinggal & terlupa pada Isnin hari nanti.

Ibu selalu fikir sekarang nie waktu kecil anak-anak akan sentiasa dengan ibu. Tapi adakah dewasa kamu berdua nanti akan sentiasa bersama menemani/ menziarahi ibu??? Best Of Luck My Son... May Allah Bless You.

Monday, 3 March 2014

Kenali DENGGI & Pencegahan

Kebalakangan ini semakin banyak pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad disebabkan denggi. Jadi mungkin ini dapat membantu bagi kita untuk mengenali & menangani dari ia dihidapi dari salah seorang dari keluarga kita.

Denggi adalah jangkitan virus yang menyebabkan demam. Denggi merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Ia merupakan masalah kesihatan yang besar pada masa ini. 

Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim?

Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes aegypti). Nyamuk-nyamuk ini membiak di dalam air bertakung dan selalunya menggigit pada hari siang. Oleh itu, seseorang yang digigit oleh nyamuk Aedes boleh mendapat penyakit ini. 

Virus denggi tidak bermusim, tetapi pada musim monsun, jumlah kes meningkat sebab cuaca panas dan lembap, dan terdapat air bertakung, di mana nyamuk dapat membiak dengan baik.

Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti?

Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan simptom-simptom penyakit virus: 
  1. Demam
  2. Hidung berair
  3. Batuk
  4. Ruam kulit yang ringan

Kanak-kanak yang lebih besar selalunya mengalami simptom-simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa: 
  1. Demam panas;
  2. Sakit di bahagian belakang mata dan pada sendi-sendi;
  3. Sakit kepala;
  4. Ruam kulit bertompok merah dan putih.
Ini mungkin diikuti dengan: 
  1. kurang selera makan
  2. loya
  3. muntah
  4. gatal di tapak kaki
  5. rasa sangat lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh.

Apa yang saya perlu lakukan jika anak saya mempunyai simptom-simptom tersebut?
Jika anak anda menghidapi demam panas yang tidak dapat diubati oleh ubat untuk beberapa hari, dan diikuti dengan ruam kulit atau sakit sendi, hubungi doktor dengan segera sebab rawatan perubatan boleh mengelakkan komplikasi. Oleh sebab simptom denggi dan demam chikungunya adalah seakan-akan sama, doktor anda akan membuat ujian darah untuk mengesahkan diagnosis. 

Selalunya, rawatan diberikan untuk mengurangkan simptom-simptom; ubat antiradang untuk sakit sendi dan ubat-ubatan lain untuk menurunkan suhu akan dipreskripsikan. Rehat yang banyak, makanan ringan dan berkhasiat, dan mengelap badan akan membuatkan anak anda berasa selesa. 

Jangkitan denggi boleh berlarutan sehingga 10 hari tetapi jika terdapat komplikasi lain seperti pendarahan, mungkin anak anda perlu dimasukkan ke hospital. Pencegahan dan rawatan awal adalah penting sebab jika tidak dirawat, denggi boleh menyebabkan pendarahan, kegagalan ginjal, konvulsi dan kematian bagi kes-kes teruk. 

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan kebarangkalian anak saya dijangkiti penyakit ini?

Tiada vaksin untuk mencegah denggi dan cara terbaik untuk melindungi anak anda ialah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap nyamuk yang menyebarkan virus tersebut.

Nyamuk membiak di dalam air bertakung dan cuaca yang panas dan lembap, jadi pastikan rumah anda dan kawasan sekitar anda bebas dari air bertakung yang terbuka, tumbuh-tumbuhan mati dan pasu bunga kosong, terutamanya pada musim 
air hujan, dimana mengaliran saliran air tidak dapat mengalir dengan baik. Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. 

Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik, pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik. Alat-alat elektrik yang menggunakan gelombang ultrabunyi dan elektromagnetik untuk menghapuskan serangga perosak juga boleh didapati. 

Langkah-langkah pencegahan lain termasuk: 
  1. Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang, terutamanya apabila dia ke taman atau taman permainan.
  2. Pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik daripada pakaian berwarna gelap.
  3. Pasang jaringan nyamuk pada tingkap.
  4. Gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba.
  5. Bayi yang lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan di dalam kelambu semasa tidur; penghawa dingin juga boleh membantu menghalang nyamuk sebab pintu dan tingkap bilik selalunya akan ditutup.
Walaupun anak anda telah menghidap denggi, ini tidak bermakna ia mempunyai imuniti terhadap tiga virus denggi lain yang berkait rapat. Di samping itu, demam denggi berdarah (DHF), iaitu satu jenis jangkitan yang teruk, selalunya dijangkiti oleh mereka yang sudah sensitif kepada virus denggi. Oleh itu, pencegahan adalah pilihan yang lebih selamat.

Sunday, 2 March 2014

" FB Skin Care" Tanpa Mercury

Dah hampir seminggu mencuba produk "Farra Beauty Skin Care" ini & banyak perubahan telah berlaku. Bekas-bekas jerawat pon makin pudar, warna kulit makin sekata & yang penting sekali kulit semakin cerah muda gituu....

Ini bukan nak promote saje2 nie sebab dah hampir 3bulan jerawat melanda disekitar pipi kiri nie yang buatkan jiwa frust gila2.. last sekali pergi ke shop kecantikan ternampak produk nie... so terjebaklah untuk mencuba.. hmm... bagus produk nie rupanyer...


Yang penting sekali, "Farra Beauty Skin Care"  juga salah satu produk tanpa mercury. Kulit muka kelihatan 'natural beauty' biarpun tiada memakai sebarang make up. So sesuailah sangat2 buat mak jemah yang hanya suka memakai lipstick & maskara jer nie... heh3..

Dimana kesan mercury yang berlebihan pada produk kecantikan mampu mencerahkan kulit dalam beberapa hari sahaja hingga menyebabkan kesan sampingan kepada pemakai panas, pengelupasan kulit yang severe & ada juga yang kulitnya seperti udang kena bakar kemerahan kesan daripada kandungan mercury yang ada pada produk night creamnya.

Hmmm... nanti saya tunjukkan keberkesanan produk ini selepas 2minggu saya gunakan produk nie yer... sekarang awal lagi.. hehehehe...

Saturday, 1 March 2014

Sekitar Majlis Bacaan Yasin di Wad

Alhamdulillah di awal tahun baru ini sekali lagi dapat juga unit kami mengadakan majlis bacaan Yasin seperti mana yang dirancang. Biarpun ianya majlis yang ringkas namun kehadiran pengurus-pengurus, Ketua Jururawat di setiap wad, jururawat-jururawat, PPK dan yang dihormati pesakit-pesakit yang amat kami hargai.


Semoga dengan majlis ini mengeratkan lagi hubungan kami diantara setiap pesakit-pesakit di bawah jagaan kami yang sedang menjalani rawatan di wad ini. Semoga pesakit-pesakit kami diberi kekuatan dalam mengharungi ujian-ujian Allah ini.



NOTE: Semoga hati kami terus tabah & bersemangat untuk berbakti kepada masyarakat.

Wednesday, 26 February 2014

Tengok Budak Nie


Hahahaha!!! 4tahun lalu budak kecik nie tak boleh panjat tiang2 di taman permainan... jadi dia tengok jerlah abang dia main. Time nie, ibu tengok jerlah dia mengomel kat abangnyer... sambil-sambil tue minta izin kat ibu 'mummy yang nie adik boleh main tak' dengan nada suara pelat2nyer... Kemudian akan tanya berulang-ulang....

SEKARANG ......
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

Haaa!!!!! budak kecik nie yang panggil namanya 'adik' nie dah 6tahun sekarang & hari nie 1st day ibu allowed 'adik' panjat tangga besi yang diidam-idamnya selama nie. Seronok rupanye dia, siap sengih & senyum manje kat ibu sebab dah lepas untuk memanjat nie. Good Girl 'adik'... Love You so Much...

Tuesday, 25 February 2014

Part time Farmer


Semenjak tengok Mam2 besor dok citer pasal pokok-pokok bunga nie nampaknyer semanggat makin berkobar-kobar nak jugak cuba-cuba jadi 'Part time Farmer' kat rumah. Buat masa nie try ngan pokok hadiah dari kak long dulu... haaa!!!! dah seminggu pokok nie duduk dalam rumah nampaknyer menjadi nie... hidup segar kat meja makan nie.

Asal bangun pagi jer... siap dok belek2 pokok nie.. tukar airnyer hari-hari.. takut sgt mati bila balik kerja nanti.. hahahaha... mak jemah... mak jemah...

Apapun next pokok akan menjelma.. hmmmm.. tengah fikir nie pokok aper yerrrr????

Wednesday, 19 February 2014

Jom Tonton RoboCop 2014



Nak story dulu sebelum nan tonton wayang ngan family minggu nie.. Belum tengok version 2014 filem RoboCop lagi.. tapi dah ada kakitangan yang cakap filem nyer lebih kurang sama dengan filem yang dulu.

Hmm... tak kisah la janji dapat tengok filem ni jugak.. anak-anak dah excited dah nie... maklumlah filem-filem cyborg macam nie memang SB (Danish) suka sangat-sangat...


Apapun, hanya yang lahir pada tahun 70-80an sahaja yang akan memahami... nak tahu kenapa download dulu filem RoboCop 1987 nie dari Youtube.. nanti akan faham... promote2..

Note: macam biasa sebelum tonton wayang nak ajak Sirman bawa gie makan ayan penyet dulu baru masuk panggung nanti lapor...

Tuesday, 18 February 2014

Kerja-Kerja ??? yang membukit


Dah hampir 2 minggu busy.. Waaa!!!! letih sangat2.. balik sahaja rumah pasti tidur awal. Nak tonton tv pon takder mood. Mana taknyer tv dah tonton tuan dulu.Makan pon dah kekedai nie. Banyak perkara perlu di selesaikan dari hal2 wad, outsources hingga ke staffing... macam-macam perlu diselesaikan.

Alhamdulillah, Syukur.... anak-anak & Sirman memahami. Tapi dalam keletihan nie pon balik rumah kena bantu PG (Dhiya) untuk membaca... dah hampir seminggu nie nampak PG dah boleh membaca buku-buku mudah yang dibeli. Harap dengan membaca nie dapat membantu untuk menarik minat PG untuk membaca... 

Hopefully biarlah semuanya dapat diselesaikan minggu nie... bukan ape weekend oncall pulak. Nie ada plan nak ajak Sirman & anak-anak gie tonton wayang.. ROBOCOP... filem favorite zaman kecik2 nie.. nak bawa anak-anak tonton macam mana pula kehebatan filem ini dengan dulunye kan.

Friday, 14 February 2014

Pewaris Generasi Moden

Pewaris generasi moden, anakanda Danish bersama ayahandanya berbusana melayu di Majlis Rumah Terbuka Anak Melayu di Ladang Alam Warisan, Sri Menanti...Negeri Sembilan.

Majlis ini diadakan pada tahun lepas, perbagai acara diadakan. Meriah sekali.. semua yang hadir berbusana melayu. Terasa kembali di zaman silam. Miss this moment...harap tahun ini saya diberi kesempatan untuk hadir sekali lagi di majlis sebegini.

Sudah mula menunjukkan minat

Bijak membawa diri bersama-sama tetamu yang hadir

Segak Berbusana Melayu

Dengan perkembangan teknologi & kemodenan dunia masa kini. Mungkin sukar untuk kita melihat anak-anak muda masa kini untuk berpakaian Busana Melayu. 

Berpakaian sepertimana di Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Dengan pemakaian tanjak yang unik, berbaju melayu bercekak musang @teluk belanga, berseluar potongan gunting acheh @ gunting cina dan bersamping dengan gaya ikatan laksamana melamar/ janda berhias/ fajar menyinsing/ ayam teleng/ ikatan pancung/ dendang perantau & lain-lain. Ianya tidak lengkap tanpa bengkung yang dililit rapi dipinggang si pemakai.

Untuk kelihatan lebih anggun dan  tradisional, aksesori tambahan dikenakan pada busana yang dipakai seperti kerongsang, cincin, dokoh, pending dan sebagainya..tidak lengkap bagi si pemakai sekiranya 'pakaian diri' seperti keris tidak disisipkan bersama, kerana keris itu adalah lambang kekuatan bagi bangsa melayu sejak dari zaman dahulu lagi.

Nie kalau diikutkan kata cerita Sirman banyak nak kena taip jadi diringkaskan... Dari minat terus menjadi hobi kami... anak-anak juga mengikut... hmmm..

Pada saya, tertariknya dari minat ke hobi ini adalah kerana apabila mula berbusana melayu nie membuatkan saya terasa berada di zaman-zaman dahulu.

Hang Tuah Moden Berbusana Melayu.

Banyak kelebihan & keunikan berbusana melayu ini yang dapat kita lihat. Cuba perhatikan tanjak-tanjak yang dipakai oleh mereka... kesemuanya berlainan, unikkan?... Cuba kita lihat pula cara pemakaian tanjak Pengantin Moden masa kini? berbezakan.... bak kata Sirman, itu tanjak 'pakistan'...cara pembuatan tanjak 'pakistan' itu sendiri tidak mengikut spesifikasi atau asas sebenar tanjak melayu..itu yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu..kemudian untuk memakai tanjak juga ada adab dan cara-caranya..itu juga perlu dipelajari..bukan main hentam keromo je..he3...

Cuba kita lihat pula gaya & cara pemakaian busana melayu setiap pemakai juga berbeza. Ada diantaranya memakai baju sikap @ baju hias. Segakkan.... Bagi yang tidak mahu memakai baju sikap @ baju hias..selempang, sibai atau selendang boleh juga dipakai sebagai sebahagian dari pelengkap busana melayu itu sendiri.


Apapun, saya amat bangga masih ada lagi anak-anak muda yang masih mengingati & bermotivasi tinggi untuk meneruskan tradisi & berjuang dalam memartabatkan WARISAN BANGSA MELAYU.... TAHNIAH...