Skip to main content

Rindu Nyawa Ibu

Hari ini minggu ke-3.. saya di Johor. Berjauhan dengan anak2 adalah yang paling perih untuk saya lalui. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaiamana untuk saya berjauhan dengan NYAWA IBU ini. Hari2 ibu pasti ingatkan kamu berdua, makan minum ibu tak sepertimana adanya kamu dihadapan mata ibu. Sedih & airmata ibu disetiap hari2 ibu. 

Setiap kali ibu sampai di kolej pasti akan ibu buka notebook ibu melihat telatah kamu di video yang ibu rakam. Semangat & keyakinan ibu hanya kamu berdua. Sebab itu ibu akur untuk berjauhan dengan kamu duhai anak ibu tersayang. Ibu harap kamu belajarlah pandai2 janganlah buat ibu rasa bimbang mahupun menangis lagi.

Tahun depan adalah hari penting buat adik. Ibu tahu adik pasti tidak sabar untuk ke sekolah. Buat kata adik, adik dah makin besar... kawan2 dah panggil adik 'kakak'. Sedih ibu jauh dengan adik. Tapi apalah daya ibu adik. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa ibu teramat menyangi kamu berdua.

Lama kita tak luangkan bersamakan adik abang.. ibu minta maaf kerna di waktu2 yang setahun ini tak dapat ibu luangkan masa ibu sepenuhnya buat kamu. Hati ibu selalu bimbang berjauhan dengan kamu. Airmata & kebimbangan ibu tak pernah lenyap sejak hari pertama daddy pergi tinggalkan kita. Di saat2 tanggungjawab ibu bermula sebagai ibu & ayah kepada kamu. Jadilah anak yang baik & membanggakan ibu duhai anak ibu... untuk daddy kamu. 

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi imp...

Pesanan Ibu Buat Abang

Hari ini genap 4 bulan saya berjauhan dengan keluarga tersayang. Lagi sayu hati berjauhan dengan bonda tempat mengadu, tempat bermanja dan dialah yang lebih mudah memahami serta yang akan faham bagaimana anaknya ini. 2minggu anak2 tinggal bersama saya di johor ini... malam ini mereka akan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk memulakan sessi persekolahan mereka. Sedih & airmata sepanjang perjalanan untuk menghantar mereka ke stesyen bas. Teringat ibu akan kepayahan kita dahulu, bagaimana kita selepas seminggu daddy tinggalkan kita bertiga. Hanya wallet yang hanya RM150 yang ada dalam dompet daddy untuk kita meneruskan hidup tanpanya. Kita pulang dengan menaiki bas ekspress... airmata mengalir sepanjang perjalanan dan bila mata ibu ke arah langit biru ketika itu pasti akan ibu terasa daddy telah jauh pergi meninggalkan kita seperti mana jauhnya awan itu untuk kita gapai. Malam ini, ibu tak dapat tidur dengan lena mungkin kerana dengan assignment ini juga dan diselangi aka...

OPPO smartphone hilang huh3..

sekadar gambar hiasan.. heh3.. Huh3.... sedihhhhhhhhh... handphone hilang. nasib smartphone nie ada kebaikannya.. buah hati nak call pon kena guna phone mak mertua.. Gini ler, nasib suami isteri dok jauh2... ada 7bulan lagi nak habis study nie macam-macam ujian datang. Alhamdulillah.. Allah kasih pada kita namanya tue..  Buat Mamat bongok yang ambil phone tue x mengaji lebih tentang kebaikan smartphone nie. Ha!!!! ambik la sgt phone tue.. tp telefon mainan la utk ko... skrg phone tue automatik x boleh berfungsi utk ko... dgn NO Imei n SD yang aku ada dah aku bank!!!! phone utk selama2nya... Bongok.. Hahahaha... 1st time marah kat blog nie... selalu jiwang2 jer... ha!!!! NAMPAK...!!!!! Note: selalu ingatkan diri untuk lebih redha.. Allah akan beri yang lebih baik selepas nie... Ameen...