Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

MH17 ;-(

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang terlibat dalam MH17. Semoga seluruh keluarga arwah dikurniakan ketabahan & kekuatan dalam menghadapi ujian & musibah ini. 'Orang yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Seseungguhnya kami adalah kepunyaan Allah & kepadaNya jualah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk'.  (Surah Al-Baqarah:156-157)

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat..

Danish Sudah Mula Berpuasa

Hari nie masuk minggu ke-2 Danish berpuasa. Tengok sekarang nie abang dah mula membiasakan diri untuk berpuasa penuh bulan nie. Cuma bila petang abang balik ke sekolah ibu tengok mukanyer letih kemudian asyik tidur sahaja sepanjang jalan. Minggu pertama puasa ada juga abang cuba-cuba nak minum air. Katanya 'abang rasa haus ibu'... sian tapi kena belajar sikit-sikit yer abang. Tapi dalam lapar-lapar tue bermain.. bergurau dengan adik tak pula dia rasa haus.. jadi ibu biarkan ajerlah janji kamu tak minta minum sepanjang berpuasa nie. Saat-saat yang dinanti untuk menjamu selera Bab berbuka puasa.. hmmm, abang akan berbuka puasa sepuas-puasnya. Ibu tengok abang makan ayam pun ibu dah nampak abang betul-betul menikmati makanan yang dihidangkan. Apapun ibu tengok abang bukanlah cerewet bab-bab menu makan nie. Tak kira berpuasa atau tidak abang akan makan apa yang ada tapi kalau lauknyer kena dengan selera abang bertambah la nasi 2 ke 3 kali nyer.  Favorite food ma

Di Saat Kita Diuji...

Didalam kehidupan kita ini, perlu adanya pengorbanan.Pengorbanan memerlukan perjuangan seiring dengan ketabahan hati bagi meneruskan liku-liku pahit, perit dan manis kehidupan. Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi kehidupan ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekatiNya. Yakinkan diri, Kuatkan azam dan cita-cita. Jangan tunjukkan kelemahan diri kita kepada Syaitan yang tidak pernah berhenti menghasut kita agar terus lemah. Yakinlah dalam diri bahawa setiap ujian adalah tanda Allah sayang kepada kita. Ketahuilah bahawa selepas setiap ujian itu selesai pasti akan datang ujian yang seterusnya. Maka bersedialah untuk menghadapinya. Gambar ketika menghadiri kursus di Bangunan MNA, Petaling  Jaya Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuanNya.Apa yang ditetapkan buat kita adalah yang terbaik. Buat Teman yang baru sahaja sehilangan insan tersayang tempat