Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Tengok Budak Nie

Hahahaha!!! 4tahun lalu budak kecik nie tak boleh panjat tiang2 di taman permainan... jadi dia tengok jerlah abang dia main. Time nie, ibu tengok jerlah dia mengomel kat abangnyer... sambil-sambil tue minta izin kat ibu 'mummy yang nie adik boleh main tak' dengan nada suara pelat2nyer... Kemudian akan tanya berulang-ulang.... SEKARANG ...... ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' Haaa!!!!! budak kecik nie yang panggil namanya 'adik' nie dah 6tahun sekarang & hari nie 1st day ibu allowed 'adik' panjat tangga besi yang diidam-idamnya selama nie. Seronok rupanye dia, siap sengih & senyum manje kat ibu sebab dah lepas untuk memanjat nie. Good Girl 'adik'... Love You so Much...

Part time Farmer

Semenjak tengok Mam2 besor dok citer pasal pokok-pokok bunga nie nampaknyer semanggat makin berkobar-kobar nak jugak cuba-cuba jadi 'Part time Farmer' kat rumah. Buat masa nie try ngan pokok hadiah dari kak long dulu... haaa!!!! dah seminggu pokok nie duduk dalam rumah nampaknyer menjadi nie... hidup segar kat meja makan nie. Asal bangun pagi jer... siap dok belek2 pokok nie.. tukar airnyer hari-hari.. takut sgt mati bila balik kerja nanti.. hahahaha... mak jemah... mak jemah... Apapun next pokok akan menjelma.. hmmmm.. tengah fikir nie pokok aper yerrrr????

Jom Tonton RoboCop 2014

Nak story dulu sebelum nan tonton wayang ngan family minggu nie.. Belum tengok version 2014 filem RoboCop lagi.. tapi dah ada kakitangan yang cakap filem nyer lebih kurang sama dengan filem yang dulu. Hmm... tak kisah la janji dapat tengok filem ni jugak.. anak-anak dah excited dah nie... maklumlah filem-filem cyborg macam nie memang SB (Danish) suka sangat-sangat... Apapun, hanya yang lahir pada tahun 70-80an sahaja yang akan memahami... nak tahu kenapa download dulu filem RoboCop 1987 nie dari Youtube.. nanti akan faham... promote2.. Note: macam biasa sebelum tonton wayang nak ajak Sirman bawa gie makan ayan penyet dulu baru masuk panggung nanti lapor...

Kerja-Kerja ??? yang membukit

Dah hampir 2 minggu busy.. Waaa!!!! letih sangat2.. balik sahaja rumah pasti tidur awal. Nak tonton tv pon takder mood. Mana taknyer tv dah tonton tuan dulu.Makan pon dah kekedai nie. Banyak perkara perlu di selesaikan dari hal2 wad, outsources hingga ke staffing... macam-macam perlu diselesaikan. Alhamdulillah, Syukur.... anak-anak & Sirman memahami. Tapi dalam keletihan nie pon balik rumah kena bantu PG (Dhiya) untuk membaca... dah hampir seminggu nie nampak PG dah boleh membaca buku-buku mudah yang dibeli. Harap dengan membaca nie dapat membantu untuk menarik minat PG untuk membaca...  Hopefully biarlah semuanya dapat diselesaikan minggu nie... bukan ape weekend oncall pulak. Nie ada plan nak ajak Sirman & anak-anak gie tonton wayang.. ROBOCOP... filem favorite zaman kecik2 nie.. nak bawa anak-anak tonton macam mana pula kehebatan filem ini dengan dulunye kan.

Pewaris Generasi Moden

Pewaris generasi moden, anakanda Danish bersama ayahandanya berbusana melayu di Majlis Rumah Terbuka Anak Melayu di Ladang Alam Warisan, Sri Menanti...Negeri Sembilan. Majlis ini diadakan pada tahun lepas, perbagai acara diadakan. Meriah sekali.. semua yang hadir berbusana melayu. Terasa kembali di zaman silam. Miss this moment...harap tahun ini saya diberi kesempatan untuk hadir sekali lagi di majlis sebegini. Sudah mula menunjukkan minat Bijak membawa diri bersama-sama tetamu yang hadir

Segak Berbusana Melayu

Dengan perkembangan teknologi & kemodenan dunia masa kini. Mungkin sukar untuk kita melihat anak-anak muda masa kini untuk berpakaian Busana Melayu.  Berpakaian sepertimana di Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Dengan pemakaian tanjak yang unik, berbaju melayu bercekak musang @teluk belanga, berseluar potongan gunting acheh @ gunting cina dan bersamping dengan gaya ikatan laksamana melamar/ janda berhias/ fajar menyinsing/ ayam teleng/ ikatan pancung/ dendang perantau & lain-lain. Ianya tidak lengkap tanpa bengkung yang dililit rapi dipinggang si pemakai. Untuk kelihatan lebih anggun dan  tradisional, aksesori tambahan dikenakan pada busana yang dipakai seperti kerongsang, cincin, dokoh, pending dan sebagainya..tidak lengkap bagi si pemakai sekiranya 'pakaian diri' seperti keris tidak disisipkan bersama, kerana keris itu adalah lambang kekuatan bagi bangsa melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Nie kalau diikutkan kata cerita Sirman banyak nak kena

5 Panduan Bagi Makanan Yang Selamat

NOTE: Selalu ingatkan anak-anak untuk mencuci tangan sebelum n selepas makan tau bermain apabila setiap kali berada di sekolah.. love u kids

Kenali Bakteria dalam Makanan yang Contaminated

7 Bakteria Dalam Makanan Yang Boleh Menyebabkan Kita Sakit. Faktor penyebab rebakan  penyakit boleh hadir dari mana-mana sahaja. Bahkan dari makanan yang kita makan. Tanpa kita sedari, di dalam makanan yang diambil terdapat bakteria yang boleh menyebabkan infeksi penyakit dan berkemungkinan membawa kepada kematian. Disini, saya ingin share sedikit informasi yang mungkin dapat dijadikan rujukan buat kita bersama: http://www.myhealthnewsdaily.com/get news.php 1. Bakteria E. coli Bakteria ini jua dikenali sebagai Eecherichia coli, ia hidup dalam usus manusia dan haiwan seperti lembu, khinzir & kambing. Bakteria ini terdapat dalam daging yang dimasak setengah masak, susu mentah & air yang tercemar. Tanda gejala yang disebabkan oleh bakteria ini adalah diarhea, abdominal pain/ cramp & vomiting yang berterusan sehingga 5 ke 10 hari. Walaupun sebahagian besar infeksi yang disebabkan oleh bakteria ini tidak merbahaya, tetapi ada sejenis E-Coli 0157:H7 yang boleh menyeb

Prihatin Kami Kepada Masyarakat

Alhamdulillah.. syukur pada Illahi kerana hari ini saya masih lagi diberi kekuatan untuk bersama-sama rakan terbaik saya 'nurses' untuk terus menjaga pesakit-pesakit yang sedang bertarung nyawa untuk terus melawan penyakit yang mereka hidapi sekian lamanya. Syukur & terima kasih tidak terhingga kerana masih lagi pesakit-pesakit ini memberi kepercayaan kepada kami sebagai Nurses yang merawat mereka. Walaupun, kebelakangan ini banyak sangat tomahan tidak berasas diberikan kepada carrier Nursing ini. Apapun itu sudah lali buat kami... yang penting apabila setiap kali saya melihat pesakit-pesakit di wad ini... pasti ia membuatkan hati saya & rakan-rakan nurses yang lain bertungkus lumus memastikan mereka sentiasa diberi perawatan yang terbaik sepanjang mereka berada di wad ini. Kami ada target kami yang amat dirancang dengan terperinci.. setiap perancangan & perlaksanaan perawatan pesakit dibuat dengan kerjasama diantara nurses, KJ & doktor di wad ini t

Al-Fatihah Duhai Sahabat

Sedang asyik dengan kerja-kerja di wad nie.. tiba-tiba dapat panggilan dari teman sekerja petang nie memaklumkan sahabat seanggakatan kami 'KJ' telah pergi ke Rahmatullah.. setelah hampir seminggu bertarung nyawa dengan ujianNya arwah pergi menemui Illahi. Sayu sungguh rasanya, kebaikannya, kemanisan senyumannya... membuatkan saya teringat2. November 2013, waktu saya oncall pagi.. itulah kali terakhir saya menerima laporan oncall malam dari beliau.. namun inilah janjiNya.. takkan seminit mahupun lebih jika itulah ketentuannya.. kita akur akan takdirnya. Allah lebih mengetahui akan rancanganNya.. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan golongan yang beriman.. Buat keluarga arwah semoga tabah dalam mengharungi Ujian Allah ini.. Buat anak-anak arwah semoga kamu dipermudahkan dalam segala urusanmu.. menjadi anak-anak yang soleh & solehah..  Al- Fatihah... Note: Selalu mengingatkan diri ini supaya sentiasa dibersihan hati... supaya sentiasa mampu tersenyum wa