Dengan perkembangan teknologi & kemodenan dunia masa kini. Mungkin sukar untuk kita melihat anak-anak muda masa kini untuk berpakaian Busana Melayu.
Berpakaian sepertimana di Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Dengan pemakaian tanjak yang unik, berbaju melayu bercekak musang @teluk belanga, berseluar potongan gunting acheh @ gunting cina dan bersamping dengan gaya ikatan laksamana melamar/ janda berhias/ fajar menyinsing/ ayam teleng/ ikatan pancung/ dendang perantau & lain-lain. Ianya tidak lengkap tanpa bengkung yang dililit rapi dipinggang si pemakai.
Untuk kelihatan lebih anggun dan tradisional, aksesori tambahan dikenakan pada busana yang dipakai seperti kerongsang, cincin, dokoh, pending dan sebagainya..tidak lengkap bagi si pemakai sekiranya 'pakaian diri' seperti keris tidak disisipkan bersama, kerana keris itu adalah lambang kekuatan bagi bangsa melayu sejak dari zaman dahulu lagi.
Nie kalau diikutkan kata cerita Sirman banyak nak kena taip jadi diringkaskan... Dari minat terus menjadi hobi kami... anak-anak juga mengikut... hmmm..
Pada saya, tertariknya dari minat ke hobi ini adalah kerana apabila mula berbusana melayu nie membuatkan saya terasa berada di zaman-zaman dahulu.
Hang Tuah Moden Berbusana Melayu.
Cuba kita lihat pula gaya & cara pemakaian busana melayu setiap pemakai juga berbeza. Ada diantaranya memakai baju sikap @ baju hias. Segakkan.... Bagi yang tidak mahu memakai baju sikap @ baju hias..selempang, sibai atau selendang boleh juga dipakai sebagai sebahagian dari pelengkap busana melayu itu sendiri.
Comments
Post a Comment