Alhamdulillah.. syukur pada Illahi kerana hari ini saya masih lagi diberi kekuatan untuk bersama-sama rakan terbaik saya 'nurses' untuk terus menjaga pesakit-pesakit yang sedang bertarung nyawa untuk terus melawan penyakit yang mereka hidapi sekian lamanya.
Syukur & terima kasih tidak terhingga kerana masih lagi pesakit-pesakit ini memberi kepercayaan kepada kami sebagai Nurses yang merawat mereka. Walaupun, kebelakangan ini banyak sangat tomahan tidak berasas diberikan kepada carrier Nursing ini.
Apapun itu sudah lali buat kami... yang penting apabila setiap kali saya melihat pesakit-pesakit di wad ini... pasti ia membuatkan hati saya & rakan-rakan nurses yang lain bertungkus lumus memastikan mereka sentiasa diberi perawatan yang terbaik sepanjang mereka berada di wad ini.
Kami ada target kami yang amat dirancang dengan terperinci.. setiap perancangan & perlaksanaan perawatan pesakit dibuat dengan kerjasama diantara nurses, KJ & doktor di wad ini tidak pernah putus begitu sahaja. Bahkan kami sentiasa berusaha & membincangkan yang terbaik buat pesakit-pesakit di wad ini.
Apa yang buat kami impikan agar pesakit-pesakit ini semakin sihat dari mula mereka datang ke wad ini hingga ke hari-hari yang seterunya. Mereka bukan adik beradik kami, mereka bukan saudara kami bahkan bukan juga anak-anak mereka. TETAPI KAMI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA MASYARAKAT YANG PRIHATIN.
Benar!! Kami takkan dapat rasa akan kesakitan mereka tetapi kami sanggu berkongsi kesedihan mereka bahkan sentiasa bersama mereka dalam memberi perawatan yang terbaik itulah perancangan kami. Kami sanggup mengambil risiko yang tinggi dalam memikul tanggungjawab yang besar ini. Senyuman & usikan kami kepada pesakit ini juga adalah ubat terbaik buat mereka sepanjang menjalani rawatan di wad ini.
Banyak yang boleh saya katakan tentang carrier yang di ibarat 'bidadari suci' ini. Namun biarlah kami simpan kerana hanya yang seangkatan dengan kami sahaja yang tahu mengapa kami mengabaikan setiap andaian negatif segelintir masyarakat yang suka mengkritik carrier ini.
Note: Thn 1999- Mula mengenali buku-buku perubatan membuatkan saya terlalu excited, Thn 2002- hati semakin membakar untuk menpraktikkan pengamalan & pembelajaran yang dimiliki, Thn 2008- sambung pengajian keperingkat Ijazah.. hati happy dengan kerjaya yang dimiliki,
Thn 2011- Kenaikan pangkat sbg KJ, Thn 2014- hati terus ke 'Master' semoga dipermudahkan urusan... pengalaman hanya 13thn dlm perkhidmtan namun dah berkali-kali perpindah tempat.. pengalaman yang semakin membakar..
Sentiasa ingatkan diri agar sentiasa terus senyum dan silent... agar hati ini terus di hati masyarakat .. teruskan pengajian bukan semata-mata untuk wang & pangkat tetapi menambah pengalaman dengan ilmu2 yang seiring dengan teknologi terkini... syukur
Comments
Post a Comment