Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Sebulan di Johor.

Sebulan di Johor, bukan perkara mudah bagi seorang isteri & ibu untuk berjauhan dengan keluarga tersayang. Bermacam perasaan timbul: Bimbang, sedih dan rindu yang teramat bermain di fikiran disetiap saat sepanjang berjauhan dengan mereka. Bila dapat mendengar suara di telefon sudah cukup melegakan hati ini untuk seketika. Namun airmata tetap mengalir... mana tidaknyer.. anak manja Dhiya yang kini berusia 6tahun tak pernah jauh dari Ibunya ini. Manakala abang Danish yang amat memahami gerak hati ibu ini pasti akan sentiasa menjadi pendengar yang baik buat saya & ayahnya. Sepanjang setahun ini, sudah pasti semua tanggungjawab yang biasanya saya & suami akan bahagikan bersama akan diambil sepenuhnya oleh suami. Perasaan terharu teramat kerana suami amat memahami akan keadaan saya di sini. Sentiasa tidak lekang untuk menghubungi saya setiap masanya yang terluang walaupun didalam keadaan busy di office mahupun di rumah. Rindu & terlalu sayang padanya... terima k