Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

"Di Sudut Kamar Hatiku"

Resah hatiku merindui Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu Baru semalam rasanya bagai setahun Pemergianmu tak tertanggung Indah suasana tika bersama Siang dan malam seolah di alam syurga Cintamu itu cinta yang setulus jiwa Dimana ku cari gantinya Telah kulupa detik hitam selamanya Yang menodai cinta kita Tidak terdaya menahan takdirnya Engkau abadi di dalam dada Sepi dunia didalam riuh rendahnya Pedih jiwaku tanggung derita Patah hatiku kesalan tiada terhingga Kau satu dalam berjuta Kepada Tuhan tempatku taruh harapan Engkau selamanya dalam bahagia Cintamu itu biar kukenanginya Di sudut kamar hatiku... Sekadar coretan buat kenangan Cerita kita di sini kuabadikan Tinggi harapan semoga diketemukan Di alam impian syurga idaman Tinggi harapan semoga diketemukan Di alam impian syurga idaman Artis: Jamal Abdillah Notes: Dimata menggambarkan akan kerinduan padanya, dihati abadi dia selamanya, kenangan akan kasih sayangnya kekal abadi.... semoga bersemadinya dia kasih tenang di sana... A

Jangan Hanya Bersabar , Bersyukurlah!!!

Petua kepada ketabahan hati dan kesabaran adalah "keyakinan". Dimana kesukaran itu selalunya membawa kemungkinan kepada akan hadirnya pada suatu hari nanti kemudahan. Firman Allah swt: "Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan". [Alam Nashrah:5-6] Dan begitu juga besarnya anugerah Allah disebalik dugaan yang kita lalui. Hati kita yang sabar dan tabah ini juga mampu untuk bersyukur kerana adanya hikmah dan ganjaran di sebalik dugaan itu. Mensyukuri setiap musibah yang Allah berikan kepada kita kerana Allah mengetahui pilihan terbaik bagi kita, kasih sayang Allah dan kebaikanNya dengan menimpa musibah, sekalipun mungkin Dia tidak menyukai musibah itu.... Sematkanlah dihati untuk memandang baik akan semua hal yang telah ditetapkan oleh Allah buat kita. Bangkitlah dengan semangat dan keyakinan hati yang tinggi untuk terus maju kehadapan. Kerana Allah menjanjikan kemudahan selepas berlakunya kesukaran.

KetetapanNya Merupakan Kepastian

Takdir adalah ketetapan Allah atas manusia samaada dari hal-hal yang baik mahupun yang kurang baik. Tidak ada manusia yang terlepas dari takdir Allah kerana tanpa ketetapan ini kehidupan manusia tidak akan pernah wuj ud. Anak yang dilahirkan ke dunia tidak mengetahui apa akan terjadi sebelum kelahirannya. Kita tidak boleh menetapkan dan memilih, tetapi Allah yang menetap dan memilihnya. Allah menetapkan seseorang itu lahir dalam keluarga miskin @ kaya, beriman @ kafir, penyayang @ pemarah dan ketetapanNya sama sekali tidak bertentangan dengan keadilanNya. Takdir Allah membayangi perjalanan hidup setiap manusia. Allah sentiasa berada disebalik kesenangan, kesusahan, ketaatan dan dosa, kurnia dan dugaan. Semuanya berada dalam lingkungan ketetapan Allah kerana manusia memang tidak mungkin menetapkannya sendiri. Firman Allah swt: " Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptanny

Sikap Redha & Kebahagiaan

Entah kenapa kebelakangan ini semakin hari minat membaca pada buku2 yang kebiasaannya jarang saya baca berbanding buku2 medikal telah membuatkan hati ini semakin kuat menerima ketentuan Allah buat saya... syukur.. Mungkin saya boleh sharekan sedikit berkenaan sebahagiaan bacaan yang membuatkan hati saya terus tenang apabila membaca buku ini.... katanya "Sikap Redha & Kebahagiaan". Orang yang bijak menerima keadaan dan bersikap redha akan dijauhi dari KESEDIHAN. Pada masa yang sama, jiwanya juga lebih kuat dan tidak rapuh kerana beban atau ujian yang melandanya. Sementara orang yang tidak boleh menerima keadaan dan suka berandaian akan dihantui kesedihan dan penyesalan. Jiwanya akan menjadi lemah dan rapuh lalu terus menerus menyalahkan keadaan. Malah sikapnya yang tidak boleh menerima dugaan yang menimpa membuatkannya jatuh semakin dalam dan semakin lemah kerana kebahagiaan enggan meyapa dan menghampirinya. Seperti yang disebut dalam hadis, ianya hanya akan membuka peluan