Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Melihat Mereka Membesar

Hampir 5tahun membesarkan anak-anak. Kehidupan semakin bertambah ceria bukan kerana saya telah berkahwin semula tetapi semangat yang saya miliki dari takdir yang harus saya lalui di kisah yang lalu dengan membesarkan anak-anak sendirian. Itu yang membuatkan hati saya kuat apatah lagi melihat mereka membesar di mata sendiri dengan susah dan senang bersama mereka. Anak-anak yang menguatkan hati ibu untuk terus ceriakan hari-hari kamu. Keceriaan hari-hari saya adalah dengan kehadiran anak-anak ini. Melihat perkembangan dalam pembelajaran Danish di sekolah membuatan saya lagi kuat. Abang yang sentiasa berusaha menjadikan contoh kepada adik tersayang Dhiya. Mudah untuk kita merasakan kuatnya ikatan kasih antara kita dan anak-anak. Cuba lihat apabila kita berjalan bagaimana anak-anak kita berjalan.. Adakah dia akan mengambil tangan kita untuk dipimpinnya. Itulah yang dilakukan oleh dua beradik ini buat ibunya ini. Hanya ibu buka tangan ini pasti jari-jari comel mereka ini akan

Happy Birthday To Us

Happy Birthday!!! to my lovely kids & me.. heh3. Berapa Umur ibu? statement 'Biarlah Rahsia" heh3. Apapon melihat dari tahun ke tahun anak-anak semakin membuat hati semakin kuat untuk membesarkan mereka. Semangat arwah kekal abadi di hati. My SB 'Danish' and My PG ' Dhiya' sudah semakin faham akan apa yang mereka lalui sekarang. Sikap manja Dhiya anak kesayangan ibu membuatkan ibu semakin susah nak berjauhan dengannya. Danish yang semakin dewasa dan banyak perkara yang hendak beliau explore tidak ubah seperti sikap arwah daddy yang sentiasa usaha nak tahu banyak perkara.. Danish penguat kasih ibu.. kekuatan ibu.. Selamat hari ulangtahu yang ke 8thn buat Danish dan yang ke 6thn buat Dhiya. Jangan putus asa dalam hidup, yakin diri dan jangan lupa pengorbanan insan-insan yang tidak putus membantu kita. Ibu sayang kamu.. mmuuuuaahhhh...

36Tahun Usia Arwah Daddy

Hari nie genap 36tahun arwah daddy. Tak pernah lupa akan tarikh ini. Kekal abadi di hati dan anak-anak juga mengingatinya. Semoga arwah tenang di sana. Sesungguhnya saya amat merindui arwah. Tak pernah lupa akan wajahnya dan setiap kali mengingatinya pasti airmata menjadi teman... betapa rindunya hati ini.  Rindu akan bunga lily yang sentiasa arwah hantar buat diri ini... Namun doa ini tidak pernah putus agar saya redha demi membesarkan anak-anak tersayang. Buat arwah kami tidak pernah melupakan kasih dan sayang seorang daddy malah kami rindukan peluk cium daddy buat kami.. Al-Fatihah..

Suratan Kehidupan Ini

Salam Terakhir Sampaikan salam buat semua Salam terakhir salam teristimewa Kepada kau yang tersayang Pada teman yang ku kenang Pemergian ku ini tak dirancang Usah bertanya mengapa aku Mengucap salam terakhir kepada mu Kerna waktu berputaran Bimbang tak berkesempatan Melahirkan kerinduan terhadapmu Demi sebuah kenyataan Yang amat menyakitkan Aku yang tidak berdaya Hanya berserah padaNya Salam akhir Salam yang teristimewa KepadaNya ku memohon keampunan MelaluiNya ku beri kemaafan Kepadamu Andainya aku punya waktu Masih ku ingin mengulangi semula Saat indah bersama mu Sayang tak berkesempatan Abadikan saja salam ku di ingatan Salam ku yang terakhir Artis: Sudirman NOTE: Mendengar lagu ini teringat saya kembali di saat terakhir arwah yang sentiasa mahu mendengar lagu ini di laptopnya di saat2 terakhirnya sebelum suratan yang harus kami terima dari Illahi. Sayu hati & bagai tidak percaya sudah 2

Erti Kehidupan & Keceriaan

Kehidupan ini bukan sekadar hanya kerja-kerja rutin harian yang kita lakukan tetapi kehidupan adalah 'KESEMPATAN' yang Allah berikan kepada kita sebelum kita kembali kepadaNya. Kesempatan atau peluang buat kita mencurahkan kasih dan sayang kepada insan-insan yang kita sayang. Kesempatan untuk kita mengenali insan-insan disekeliling kita.  Atau kata nama lainnya kesempatan untuk kita berbahagi suka duka kehidupan kita bersama-sama dia yang kita sayang...  Hidup akan terus berjalan seiring dengan berjalan waktu pagi siang dan malam... tidak ada kata 'tidak berkesempatan untuk mengenali insan yang kita sayang'... Jangan sia-siakan insan-insan yang menyayangi kita. Rugilah kita sekiranya disia- siakan 'Kesempatan' yang ada sebelum ia terjadi nanti... NOTE: Buat Sirman, terima kasih kerana sentiasa buat kehidupan kami ceria. Terima kasih kerana sentiasa mengadakan masa buat kami. Terima kasih kerana sentiasa prihatin dengan kebajikan PG & SB. Terima kasih