Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Bila Anak Teruna semakin Dewasa

Tiada apa lagi yang menggembirakan hati seorang ibu hanya dengan melihat anak yang dijaga semakin meningkat dewasa. Teringat pada mula-mula arwah tiada dulu. Anak teruna inilah kawan & penguat semangat ibu untuk menjalani urursan hariannya dalam mengurus mereka berdua.  Danish memang dari kecil susah untuk bercakap hanya bila perlu sahaja dia akan berkata & bertanya. Tapi sesiapa yang mula rapat dengannya dia akan mula ramah. Minat sangat pada buku-buku, beli sahajalah apa sahaja buku buatnya pasti akan dibacanya sehingga habis. Satu perkara yang ibu selalu akan bising & membebel dengan abang Danish nie satu jer... asal balik sahaja kasut sekolah macam baru balik kebun. Kasut Putih boleh jadi hitam. Alhamdulillah pelajaran tiada masalah pada abang nie, minat pada pelajaran itu ada... di Daycare juga tiada rungutan dari teacher mahupun pengasuh beliau. Malah anak kesayangan pada teacher nya di Daycare. Di rumah, sudah boleh diharap membantu ibu di dapur. Set

Kenali DENGGI & Pencegahan

Kebalakangan ini semakin banyak pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad disebabkan denggi. Jadi mungkin ini dapat membantu bagi kita untuk mengenali & menangani dari ia dihidapi dari salah seorang dari keluarga kita. Denggi adalah jangkitan virus yang menyebabkan   demam . Denggi merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Ia merupakan masalah kesihatan yang besar pada masa ini.   Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim? Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes aegypti). Nyamuk-nyamuk ini membiak di dalam air bertakung dan selalunya menggigit pada hari siang. Oleh itu, seseorang yang digigit oleh nyamuk Aedes boleh mendapat penyakit ini.   Virus denggi tidak bermusim, tetapi pada musim monsun, jumlah kes meningkat sebab cuaca panas dan lembap, dan terdapat air bertakung, di mana nyamuk dapat membiak dengan baik. Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti? Denggi pada bayi dan kan

" FB Skin Care" Tanpa Mercury

Dah hampir seminggu mencuba produk "Farra Beauty Skin Care" ini & banyak perubahan telah berlaku. Bekas-bekas jerawat pon makin pudar, warna kulit makin sekata & yang penting sekali kulit semakin cerah muda gituu.... Ini bukan nak promote saje2 nie sebab dah hampir 3bulan jerawat melanda disekitar pipi kiri nie yang buatkan jiwa frust gila2.. last sekali pergi ke shop kecantikan ternampak produk nie... so terjebaklah untuk mencuba.. hmm... bagus produk nie rupanyer... Yang penting sekali,  "Farra Beauty Skin Care"   juga salah satu produk tanpa mercury . Kulit muka kelihatan 'natural beauty' biarpun tiada memakai sebarang make up. So sesuailah sangat2 buat mak jemah yang hanya suka memakai lipstick & maskara jer nie... heh3.. Dimana kesan mercury yang berlebihan pada produk kecantikan mampu mencerahkan kulit dalam beberapa hari sahaja hingga menyebabkan kesan sampingan kepada pemakai panas, pengelupasan kulit yang severe & a

Sekitar Majlis Bacaan Yasin di Wad

Alhamdulillah di awal tahun baru ini sekali lagi dapat juga unit kami mengadakan majlis bacaan Yasin seperti mana yang dirancang. Biarpun ianya majlis yang ringkas namun kehadiran pengurus-pengurus, Ketua Jururawat di setiap wad, jururawat-jururawat, PPK dan yang dihormati pesakit-pesakit yang amat kami hargai. Semoga dengan majlis ini mengeratkan lagi hubungan kami diantara setiap pesakit-pesakit di bawah jagaan kami yang sedang menjalani rawatan di wad ini. Semoga pesakit-pesakit kami diberi kekuatan dalam mengharungi ujian-ujian Allah ini. NOTE: Semoga hati kami terus tabah & bersemangat untuk berbakti kepada masyarakat.