Skip to main content

Kenali DENGGI & Pencegahan

Kebalakangan ini semakin banyak pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad disebabkan denggi. Jadi mungkin ini dapat membantu bagi kita untuk mengenali & menangani dari ia dihidapi dari salah seorang dari keluarga kita.

Denggi adalah jangkitan virus yang menyebabkan demam. Denggi merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Ia merupakan masalah kesihatan yang besar pada masa ini. 

Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim?

Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes aegypti). Nyamuk-nyamuk ini membiak di dalam air bertakung dan selalunya menggigit pada hari siang. Oleh itu, seseorang yang digigit oleh nyamuk Aedes boleh mendapat penyakit ini. 

Virus denggi tidak bermusim, tetapi pada musim monsun, jumlah kes meningkat sebab cuaca panas dan lembap, dan terdapat air bertakung, di mana nyamuk dapat membiak dengan baik.

Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti?

Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan simptom-simptom penyakit virus: 
  1. Demam
  2. Hidung berair
  3. Batuk
  4. Ruam kulit yang ringan

Kanak-kanak yang lebih besar selalunya mengalami simptom-simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa: 
  1. Demam panas;
  2. Sakit di bahagian belakang mata dan pada sendi-sendi;
  3. Sakit kepala;
  4. Ruam kulit bertompok merah dan putih.
Ini mungkin diikuti dengan: 
  1. kurang selera makan
  2. loya
  3. muntah
  4. gatal di tapak kaki
  5. rasa sangat lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh.

Apa yang saya perlu lakukan jika anak saya mempunyai simptom-simptom tersebut?
Jika anak anda menghidapi demam panas yang tidak dapat diubati oleh ubat untuk beberapa hari, dan diikuti dengan ruam kulit atau sakit sendi, hubungi doktor dengan segera sebab rawatan perubatan boleh mengelakkan komplikasi. Oleh sebab simptom denggi dan demam chikungunya adalah seakan-akan sama, doktor anda akan membuat ujian darah untuk mengesahkan diagnosis. 

Selalunya, rawatan diberikan untuk mengurangkan simptom-simptom; ubat antiradang untuk sakit sendi dan ubat-ubatan lain untuk menurunkan suhu akan dipreskripsikan. Rehat yang banyak, makanan ringan dan berkhasiat, dan mengelap badan akan membuatkan anak anda berasa selesa. 

Jangkitan denggi boleh berlarutan sehingga 10 hari tetapi jika terdapat komplikasi lain seperti pendarahan, mungkin anak anda perlu dimasukkan ke hospital. Pencegahan dan rawatan awal adalah penting sebab jika tidak dirawat, denggi boleh menyebabkan pendarahan, kegagalan ginjal, konvulsi dan kematian bagi kes-kes teruk. 

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan kebarangkalian anak saya dijangkiti penyakit ini?

Tiada vaksin untuk mencegah denggi dan cara terbaik untuk melindungi anak anda ialah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap nyamuk yang menyebarkan virus tersebut.

Nyamuk membiak di dalam air bertakung dan cuaca yang panas dan lembap, jadi pastikan rumah anda dan kawasan sekitar anda bebas dari air bertakung yang terbuka, tumbuh-tumbuhan mati dan pasu bunga kosong, terutamanya pada musim 
air hujan, dimana mengaliran saliran air tidak dapat mengalir dengan baik. Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. 

Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik, pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik. Alat-alat elektrik yang menggunakan gelombang ultrabunyi dan elektromagnetik untuk menghapuskan serangga perosak juga boleh didapati. 

Langkah-langkah pencegahan lain termasuk: 
  1. Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang, terutamanya apabila dia ke taman atau taman permainan.
  2. Pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik daripada pakaian berwarna gelap.
  3. Pasang jaringan nyamuk pada tingkap.
  4. Gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba.
  5. Bayi yang lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan di dalam kelambu semasa tidur; penghawa dingin juga boleh membantu menghalang nyamuk sebab pintu dan tingkap bilik selalunya akan ditutup.
Walaupun anak anda telah menghidap denggi, ini tidak bermakna ia mempunyai imuniti terhadap tiga virus denggi lain yang berkait rapat. Di samping itu, demam denggi berdarah (DHF), iaitu satu jenis jangkitan yang teruk, selalunya dijangkiti oleh mereka yang sudah sensitif kepada virus denggi. Oleh itu, pencegahan adalah pilihan yang lebih selamat.

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat..

Jom Tonton RoboCop 2014

Nak story dulu sebelum nan tonton wayang ngan family minggu nie.. Belum tengok version 2014 filem RoboCop lagi.. tapi dah ada kakitangan yang cakap filem nyer lebih kurang sama dengan filem yang dulu. Hmm... tak kisah la janji dapat tengok filem ni jugak.. anak-anak dah excited dah nie... maklumlah filem-filem cyborg macam nie memang SB (Danish) suka sangat-sangat... Apapun, hanya yang lahir pada tahun 70-80an sahaja yang akan memahami... nak tahu kenapa download dulu filem RoboCop 1987 nie dari Youtube.. nanti akan faham... promote2.. Note: macam biasa sebelum tonton wayang nak ajak Sirman bawa gie makan ayan penyet dulu baru masuk panggung nanti lapor...