Entah kenapa kebelakangan ini semakin hari minat membaca pada buku2 yang kebiasaannya jarang saya baca berbanding buku2 medikal telah membuatkan hati ini semakin kuat menerima ketentuan Allah buat saya... syukur..
Mungkin saya boleh sharekan sedikit berkenaan sebahagiaan bacaan yang membuatkan hati saya terus tenang apabila membaca buku ini.... katanya "Sikap Redha & Kebahagiaan".
Orang yang bijak menerima keadaan dan bersikap redha akan dijauhi dari KESEDIHAN. Pada masa yang sama, jiwanya juga lebih kuat dan tidak rapuh kerana beban atau ujian yang melandanya. Sementara orang yang tidak boleh menerima keadaan dan suka berandaian akan dihantui kesedihan dan penyesalan. Jiwanya akan menjadi lemah dan rapuh lalu terus menerus menyalahkan keadaan. Malah sikapnya yang tidak boleh menerima dugaan yang menimpa membuatkannya jatuh semakin dalam dan semakin lemah kerana kebahagiaan enggan meyapa dan menghampirinya.
Seperti yang disebut dalam hadis, ianya hanya akan membuka peluang bagi syaitan untuk mengganggu kita lebih jauh. Syaitan akan menyalahkan kita untuk menyalahkan takdir dan ketetapanNya. Kerugian ke atas kerugian dan kebahagiaan pun semakin perlahan meninggalkan hatinya.
Sebalikya, orang yang bijak menerima keadaan dan selalu bersikap redha, mereka akan lebih cepat pulih dari kejatuhan dan selalu bersikap redha, mereka akan lebig cepat pulih dari kejatuhannya. Mereka melihat dugaan yang menimpa dengan cara yang positif, masih boleh tersenyum dan tertawa dengan dugaan yang dialaminya. Bukan kerana mengabaikan keadaannya yang susah atau mengabaikan dugaan yang dialaminya, tetapi boleh melihatnya dengan cara yang berbeza.
Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi. Ada baiknya kita menerima ketetapanNya dan tidak membuat andaian. Menerima dugaan dengan dada yang lapang dan penuh rasa reda.
Tidak perlu adanya kata-kata "andaian" mahupun kata-kata "kalaulah" kerana ianya tidak akan mengembalikan kenyataan yang telah ditakdirkan buat kita. Cukuplah dengan hanya berkata " sudah ketetapanNya" kerana dari kata-kata itu akan lebih memberi ketenangan dan kekukuhan hati kita yang mempercayai akan kekuasaanNya. Andaian yang negatif lebih mengeruhkan keadaan di mana ia akan melemahkan hati kita lantas terus menerus akan dibayangi akan kesedihan masa lalu. bayangan kesedihan masa lalu adalah kelukaan dan penderitaan yang tiada penghujungnya.
Janganlah sesekali mengeluh tetapi teruslah tersenyum agar terbit akan keyakinan hati yang tabah untuk terus mengharungi kenyataan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah buat kita. teruslah bangkit dan janganlah sesekali meletakkan setiap yang terjadi pada diri kita itu sebagai sesuatu yang akan melemahkan kita untuk terus menerus.... hidup adalah perjuangan yang kita sendiri tidak tahu sampai ke mana penghujungnya... redhakan hati agar terus tersenyum dan bahagia sehingga ke akhir hayat.... Wallahualam....
Comments
Post a Comment