Skip to main content

Danish Sudah Mula Berpuasa

Hari nie masuk minggu ke-2 Danish berpuasa. Tengok sekarang nie abang dah mula membiasakan diri untuk berpuasa penuh bulan nie. Cuma bila petang abang balik ke sekolah ibu tengok mukanyer letih kemudian asyik tidur sahaja sepanjang jalan.

Minggu pertama puasa ada juga abang cuba-cuba nak minum air. Katanya 'abang rasa haus ibu'... sian tapi kena belajar sikit-sikit yer abang. Tapi dalam lapar-lapar tue bermain.. bergurau dengan adik tak pula dia rasa haus.. jadi ibu biarkan ajerlah janji kamu tak minta minum sepanjang berpuasa nie.

Saat-saat yang dinanti untuk menjamu selera

Bab berbuka puasa.. hmmm, abang akan berbuka puasa sepuas-puasnya. Ibu tengok abang makan ayam pun ibu dah nampak abang betul-betul menikmati makanan yang dihidangkan. Apapun ibu tengok abang bukanlah cerewet bab-bab menu makan nie. Tak kira berpuasa atau tidak abang akan makan apa yang ada tapi kalau lauknyer kena dengan selera abang bertambah la nasi 2 ke 3 kali nyer. 

Favorite food masak kari & masak asam pedas memang favorite abang. Sekarang pon abang dah mula makan pedas sikit-sikit. Suka hati ibu tengok abang dah mula makan nasi banyak sekarang nie berbanding 2 tahun dahulu. 

Ibu harap bulan puasa nie abang lebih mula menghargai makna bulan puasa. Berpuasa bukan sahaja untuk kita berlapar tanpa makan & minum sahaja. Tetapi ia juga memberi makna yang buat kita sebagai hamba Allah untuk sentiasa menghargai apa yang kita perolehi ketika ini... kita masih mampu makan yang sedap2 berbanding insan-insan yang tidak berkemampuan.

Ramadhan juga menguji kesabaran kita dalam menahan diri dari makan, perasaan marah, ego & tahap kekjujuran hati kita. Ibu harap abang sentiasa menjadi anak yang baik & contoh terbaik buat adik. Ayah & ibu sayangkan kamu berdua. 

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi imp...

OPPO smartphone hilang huh3..

sekadar gambar hiasan.. heh3.. Huh3.... sedihhhhhhhhh... handphone hilang. nasib smartphone nie ada kebaikannya.. buah hati nak call pon kena guna phone mak mertua.. Gini ler, nasib suami isteri dok jauh2... ada 7bulan lagi nak habis study nie macam-macam ujian datang. Alhamdulillah.. Allah kasih pada kita namanya tue..  Buat Mamat bongok yang ambil phone tue x mengaji lebih tentang kebaikan smartphone nie. Ha!!!! ambik la sgt phone tue.. tp telefon mainan la utk ko... skrg phone tue automatik x boleh berfungsi utk ko... dgn NO Imei n SD yang aku ada dah aku bank!!!! phone utk selama2nya... Bongok.. Hahahaha... 1st time marah kat blog nie... selalu jiwang2 jer... ha!!!! NAMPAK...!!!!! Note: selalu ingatkan diri untuk lebih redha.. Allah akan beri yang lebih baik selepas nie... Ameen...

Cukuplah Jika Ianya Sekadar Meringankan Kesedihan Seseorangan..

Dalam hidup ini pada saya cukuplah jika dapat saya meringankan kesedihan seseorang... bukan mudah untuk meharungi hidup setelah perginya kasih yang terdahulu menemuiNya... takdir yang telah tersurat buat kita dan bukan semudah mata yang melihat berbanding kita yang melalui ujian ini... perginya mereka yang kita rindui buatkan kita sedar bahawa ianya hanya pinjaman buat kita sebagai hambaNya... Saya percaya kita takkan dapat menghilangkan kesedihan yang dihadapi oleh yang 'berduka' itu. Cukuplah sekurang-kurangnya saya boleh memberi ketenangan serta sokongan bagi beliau terus yakin akan jalan yang harus dilaluinya... Kadang2 bila difikirkan balik tak semua hambaNya akan diberi ujian sebegini... yakinlah wahai yang 'berduka' Allah memilih kamu kerna dia yakin kamu dapat mengharunginya dengan sebaik2nya... Kesedihan akan kehilangan sememangnya mengambil masa yang lama... kita takkan menjangka bila akan kesedihan itu berakhir... hati selalu berkata duka ini membuatkan kita ...