Lama tak menjengah blog nie.. kesibukan di tempat kerja menghadkan masa untuk update semuanyer di blog. 14 April baru-baru nie buat kali ke-5 perpindahan selama 12tahun perkhidmatan.. ambil mood baru lagi. Kali nie di unit Cardiology pula... setelah 2tahun di unit Hematologi. Pengalaman yang mencabar dan banyak yang saya pelajari selama di sana begitu juga 10tahun perkhidmatan di Disiplin Orthopedik.
Di wad baru nie tiada jauh bezanya cara mengurus wad.. kakitangan semuanya seperti biasa sentiasa memberi kerjasama. Mereka sendiri telah mengenali saya sebelum masuk untuk mengurus di wad mereka. Hanya perkara baru yang perlu saya pelajari adalah buku 'Booking' kemasukan pesakit ke wad yang seperti 'pisang goreng panas' ... dimana setiap hari pasti akan ada kemasukan pesakit dari semua unit. Alhamdulillah, mungkin kerap kali berpindah ini membuatkan saya tidak janggal dengan perkara baru yang akan dipelajari.
Apapun saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan kakitangan di wad dapat menerima gaya & cara saya mengurus mereka dan situasi wad. Mungkin buat permulaan mereka janggal dengan saya, almaklumlah susah sedikit muka saya ini untuk senyum semasa bertugas... nak2 waktu rondaan di awal pagi. Mungkin saya dah terbiasa & harap mereka menerimanya untuk kebaikan bersama.
NOTE: Memek Muka mudah untuk serious terutama apabila melihat gaya & cara HO melaksanakan tugas. Namun Hati baik sebenarnyer jika sudah lama mengenali siapa saya yang sebenarnya... hehehehe...
Comments
Post a Comment