Skip to main content

JiwaKu Tetap Di Blog


Apabila segala kembali seperti biasa. Hampir seharian mengemaskini blog baru ini... jenuh juga refresh balik my mind ini utk edit segala2nya yang biasanya di buat oleh arwah suami. Namun akhirnya berjaya juga... itu maknanya bijaklah isterinya ini utk blogging2 nie... kih3...

Kini saya Alhamdulillah.. segala2nya semakin tenang & inilah jiwa saya yang sebenarnyer.. Blog adalah segala2nya. Tetap di hati... dan 'akulah jiwa2 pencinta blogger'. Di sinilah jugalah keceriaan yang sebenarnyer buat saya.

Alhamdulillah pengalaman mengajar saya menjadi insan yang kerdil ini di sisi Allah yang sentiasa pasrah & redha dengan segala ujiannya. Tak pernah rasa terpencil di bumi ini walaupun kasih kekasihnya jauh di awan biru.

3bulan tanpa blog bagaikan sepi.. sunyi namun jari jemari ini pasti dengan buku pinknya yang sentiasa dibawa kemana2 & tiada siapa yang tahu di mana saya simpan buku itu sehingga kini. Ialah adalah diari bagi segala2nya. Kata teman kisah2 yang saya lalui jika dijadikan novel pasti akan seperti 'Lagenda Budak Setan' ataupun 'Ombak Rindu'.... hmmmm ... ye ker... takyah kot dijadikan novel biarlah mereka2 yang pernah wujud di dalam hidup saya yang akan mengenangnya buat seumur hidupnya...

Saya pasti seceria dulu.. kerna saya percaya:

Allah tidak pernah menjanjikan langit selalu biru
Allah tidak pernah menjanjikan jalan hidup tanpa batu
Allah tidak pernah menjanjikan matahari tanpa batu
Allah tidak pernah menjanjikan kebahagiaan tanpa kesedihan
Allah tidak pernah menjanjikan kejayaan tanpa perjuangan

Kadang2 kita dapatkan kilat, petir dan badai tapi bukankah kita tahu akan hadir pada masanya nanti pelangi setelah hujan....

Allah menjanjikan kemudahan bersama kesulitan
Allah janjikan rahmat dalam ujian
Allah janjikan ganjaran dalam kesabaran
Allah janjikan keteguhan hati dalam perjuangan

Semoga senyuman, keceriaan & ketabahan hati saya bersama anak2 kekal abadi buat selama2nya... InsyaAllah..

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi imp...

Pesanan Ibu Buat Abang

Hari ini genap 4 bulan saya berjauhan dengan keluarga tersayang. Lagi sayu hati berjauhan dengan bonda tempat mengadu, tempat bermanja dan dialah yang lebih mudah memahami serta yang akan faham bagaimana anaknya ini. 2minggu anak2 tinggal bersama saya di johor ini... malam ini mereka akan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk memulakan sessi persekolahan mereka. Sedih & airmata sepanjang perjalanan untuk menghantar mereka ke stesyen bas. Teringat ibu akan kepayahan kita dahulu, bagaimana kita selepas seminggu daddy tinggalkan kita bertiga. Hanya wallet yang hanya RM150 yang ada dalam dompet daddy untuk kita meneruskan hidup tanpanya. Kita pulang dengan menaiki bas ekspress... airmata mengalir sepanjang perjalanan dan bila mata ibu ke arah langit biru ketika itu pasti akan ibu terasa daddy telah jauh pergi meninggalkan kita seperti mana jauhnya awan itu untuk kita gapai. Malam ini, ibu tak dapat tidur dengan lena mungkin kerana dengan assignment ini juga dan diselangi aka...

OPPO smartphone hilang huh3..

sekadar gambar hiasan.. heh3.. Huh3.... sedihhhhhhhhh... handphone hilang. nasib smartphone nie ada kebaikannya.. buah hati nak call pon kena guna phone mak mertua.. Gini ler, nasib suami isteri dok jauh2... ada 7bulan lagi nak habis study nie macam-macam ujian datang. Alhamdulillah.. Allah kasih pada kita namanya tue..  Buat Mamat bongok yang ambil phone tue x mengaji lebih tentang kebaikan smartphone nie. Ha!!!! ambik la sgt phone tue.. tp telefon mainan la utk ko... skrg phone tue automatik x boleh berfungsi utk ko... dgn NO Imei n SD yang aku ada dah aku bank!!!! phone utk selama2nya... Bongok.. Hahahaha... 1st time marah kat blog nie... selalu jiwang2 jer... ha!!!! NAMPAK...!!!!! Note: selalu ingatkan diri untuk lebih redha.. Allah akan beri yang lebih baik selepas nie... Ameen...