Skip to main content

Biarpun Telah 2tahun kepermegianMu

Hari ini genap sudah 2 tahun saya sekeluarga telah kehilangan adik tersayang. Walaupun sayu dengan pemergian arwah adik akibat dari penyakit cancer yang dihadapinya.. kami redha akan pemergiannya walaupun masih ada kerinduan akan adik yang sentiasa menghiasi keceriaan hari2 kami.

Hari ini, selepas waktu maghrib kami buat bacaan yaasin bersama2 keluarga kami yang kecil ini. Biarpun hanya keluarga kecil ini sahaja.. namun keakraban kami tetap kekal selamanya demi kasih kekasih kami dari arwah adik & arwah suami tenang di tempat yang telah abadi buat mereka.

Setiap kali JANUARI pasti akan ada kesedihan & airmata pada kami. Dari pemergian adik dan di ikuti pemergian arwah suami pula pada Mac tahun yang sama 2010. Bagaikan mimpi saya kehilangan 2 orang yang tersayang. Jauh hati saya pergi hingga terlalu rindu pada mereka.

Masih segar akan pesan arwah suami pada saya semasa menziarah kubur arwah adik pada Januari itu.. 'mummy, kalau daddy tidak ada nanti. Daddy lebih suka jika dikuburkan di kubur yang dekat dengan masjid sebab daddy nak dengar orang mengaji al- quran'... Ya.. daddy, mummy telah tunaikan janji itu utk kasihNya & rinduNya pada kamu.

Arwah suami yang amat penyayang.. sukar benar untuk saya gambarkan bagaimana penyabarnya arwah dalam menangngani setiap situasi.. tidak kira dalam melayan kerenah kami anak beranak.

Hanya dengan 1 tragedi.. malam 28 Mac 2010.. sekelip mata saya kehilangan arwah suami di depan mata saya. Pergi takkan kembali.. biarpun sudah 2 tahun kejadian yang menimpa arwah namun airmata tetap hadir buat isterinya ini. Perginya didakapan saya.. terlalu sayu hati ini melihat tangannya yang semakin lemah memegang jari jemari saya di saat itu. Matanya melihat mata ini bagaikan mahu mengatakan sesuatu pada saya yang dia akan pergi buat selama2 nya..

Pesan daddy sebelum kejadian tidak pernah akan saya duga ianya adalah pesanan terakhir.. malam terakhir akan memisahkan kami antara dunia yang sementara ini. 'mummy, esok jemput anak2 dari sekolah yer... daddy tak tahu balik bila. Jangan jauh dengan anak2'.....................

2Tahun ketiadaan arwah kasutnya masih saya simpan.. dan diari dari beg hitamnya masih saya simpan kerana hanya itu sahaja kenangan yang dapat saya lepaskan kerinduan padanya. Melihat tulisannya di diari.. melihat kasut kesayangannya itu membayangkan saya akan kakinya yang comel itu.

Anak2 kadang2 suka bertanya kepada saya bagaimana daddy... dan akan saya katakan daddy sama seperti kamu berdua. Baik & bijak seperti kamu dan kenapa daddy pergi meninggal kita bertiga. Itu adalah janji ALLAH takkan sesaat ia abaikan jika sudah sampai masanya untuk daddy pergi menemuiNya Yang Maha SegalaNya.

SB selalu katakan pada saya... 'mummy, daddy kata abang kena jaga mummy & adik kalau daddy tak ader'. Sayu hati ini mendengar anak kecil ini berkata sedemikian. Walau usianya masih muda tetapi kematangan dengan kisah lalu membuatkan beliau tahu akan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki dan abang kepada adik perempuannya.

PG wajahnya saling tak tumpah wajah daddy nya. Senyumannya & telatahnya sekaligus mampu menyejukkan hati & keletihan saya bekerja. PG selalu katakan pada saya 'adik x mahu jauh dengan mummy.. adik nak selalu ada dengan mummy'... yer adik mummy takkan jauh dengan kamu berdua... mummy selalu letakkan kasih & sayang mummy buat kamu selamanya di hati ini seperti kasihNya mummy pada arwah daddy kamu 'Di Awan Biru'.

Akan mummy simpan & abadikan blog ini buat kamu agar suatu hari nanti sampai masanya akan diambil alih oleh kamu berdua blog ini... biarlah ia kenangan buat kamu.. bagaimana kamu di masa kecilmu dan bagaimana mummy kamu di masa kecilmu.

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian

Yang Dipendam Dihati

Pada yang pernah terlihat, namun tidak benar2 mengenali siapa penulis blog ini akan pasti akan tertanya2 siapalah wanita yang blog tidak seberapa ini. Kenapalah dia asyik mengatakan pada setiap kata2nya pada yang telah pergi menemui Illahi. Semuanya bermula di blog ini... ibu ini telah memulakan penulisan blognyer dari tahun 2008 ketika itu arwah suami yang juga salah seorang blogger. Namun blog ibu yang dimulakan dari 2008 -2010 telah saya privatekan bagi bacaan dan kenangan abadi yang sentiasa bersemadi dihati..  Kami mempunyai hobi yang sama dan berkongsi bulan kelahiran yang sama. Karektor kami adalah sama... sangat2 pemendam namun antara kami berdua tiada pula kami begitu... pada pandangan rakan2 yang mengenali kami bukan sahaja suami isteri tetapi kami adalah sahabat baik yang tidak pernah lekang ke mana2. Ada juga yang tertanya2 diamana senyum tawa saya yang dahulu amat mudah ketawa ketika adanya arwah suami????... ianya tidak seperti dahulu keceriaan ibu pasti ak

OPPO smartphone hilang huh3..

sekadar gambar hiasan.. heh3.. Huh3.... sedihhhhhhhhh... handphone hilang. nasib smartphone nie ada kebaikannya.. buah hati nak call pon kena guna phone mak mertua.. Gini ler, nasib suami isteri dok jauh2... ada 7bulan lagi nak habis study nie macam-macam ujian datang. Alhamdulillah.. Allah kasih pada kita namanya tue..  Buat Mamat bongok yang ambil phone tue x mengaji lebih tentang kebaikan smartphone nie. Ha!!!! ambik la sgt phone tue.. tp telefon mainan la utk ko... skrg phone tue automatik x boleh berfungsi utk ko... dgn NO Imei n SD yang aku ada dah aku bank!!!! phone utk selama2nya... Bongok.. Hahahaha... 1st time marah kat blog nie... selalu jiwang2 jer... ha!!!! NAMPAK...!!!!! Note: selalu ingatkan diri untuk lebih redha.. Allah akan beri yang lebih baik selepas nie... Ameen...