Hmmm.. semenjak sekolah bermula nie.. PG suke merajuk. Muncung panjang jerrr... mane taknyer sebelum nie pergi jer sekolah PG tak duduk diam teacher biarkan sekejap. Kemudian suke jalan2 tengok kawan2.
Tahun nie PG dah mula masuk ke kelas dah takder dah sessi outdor seperti 2 tahun yang sebelum ini. PG nampak stress... tapi dalam stress & merajuk tue mummy nampak ok jerrr.... makin manje mummy tengok ader la.
Harap2 PG dapat sesuaikan keadaan dalam 2 ke 3 minggu nie. SmartBoy!! mummy pulak... mummy tengok semakin bijak dan padanya ke sekolah tue memang kesukaannya. SB melihatkan perkembangan yang membanggakan mummy membaca dari English ke Bahasa Melayu semakin fasih... sekarang nie pun segala Majalah2 mummy SB suka baca.
Mummy harap tahun ini kamu semakin dapat menyesuaikan keadaan. Mummy sayang kamu. Study Smart dan jangan lupa dengar cakap mummy.. kalau mummy tegur mahupun senyap seketika bukan kerana marah tapi mummy mahu kamu tahu mummy sayang kamu berdua.
Comments
Post a Comment