Skip to main content

Posts

April yang Busy

Hari weekend begini macam biasa rehat di rumah.. dan macam biasa juga dengan kesibukan di tempat kerja menanti saat akan di audit minggu hadapan ada 2 3 fail perlu di semak dan di update. Jadi fail-fail nie kenalah dibawa ke rumah untuk dikemaskini kalau tak kena berkampung lagi di wad. Bulan nie nampaknyer tak cukuplah rehat gamaknyer yer mak jemah. Bulan mei nie preparation untuk sambutan Hari Juruawat Sedunia pulak... dan nampankyer nie mesti kena oncall malam pulak. Apapun tempat kerja juga yang membuatkan hati lebih tenang... rumah ke2 selain rumah sendiri. Semoga tempat baru mak jemah di cardiology meningkatkan lagi ilmu pengetahuan perawatan & pengurusan wad. Hmm... upload lily flower .. my favorite flower... harap my lovely lily tenang di sana. Miss you a lot.

Reshufle 5th times

Lama tak menjengah blog nie.. kesibukan di tempat kerja menghadkan masa untuk update semuanyer di blog. 14 April baru-baru nie buat kali ke-5 perpindahan selama 12tahun perkhidmatan.. ambil mood baru lagi. Kali nie di unit Cardiology pula... setelah 2tahun di unit Hematologi. Pengalaman yang mencabar dan banyak yang saya pelajari selama di sana begitu juga 10tahun perkhidmatan di Disiplin Orthopedik. Di wad baru nie tiada jauh bezanya cara mengurus wad.. kakitangan semuanya seperti biasa sentiasa memberi kerjasama. Mereka sendiri telah mengenali saya sebelum masuk untuk mengurus di wad mereka. Hanya perkara baru yang perlu saya pelajari adalah buku 'Booking' kemasukan pesakit ke wad yang seperti 'pisang goreng panas' ... dimana setiap hari pasti akan ada kemasukan pesakit dari semua unit. Alhamdulillah, mungkin kerap kali berpindah ini membuatkan saya tidak janggal dengan perkara baru yang akan dipelajari. Apapun saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan k...

Cute Ke Budak Nie?

Budak Kecil nie Best Friend Forever Ibu. Selalu bahasakan diri 'adik'... manjelah konon..hehehe. Kadang-kadang tue, BFF ibu nie suka buat ibu marah kat dia. Tapi pandai pujuk hati ibu... itu yang buat ibu cair lepas marah kat adik nie. Penyejuk hati ibu & inilah anak dara yang kadang kala membayangkan. Agaknyer macam nielah ibu masa kecil-kecil dulu. Buat kata mak nak tengok macam mana ibu masa kecil tengok adik. Ibu teringat saat2 arwah daddy tinggalkan kita... adikla teman tidur ibu. Selalu kata kat ibu.. 'ibu I love You'... I love you to adik... belajar rajin2 yer adik... jadikan abang contoh terbaik adik. Daddy ada impian yang tinggi buat adik & abang cuma ketentuanNya memisahkan dia dengan kita. 

Bila Anak Teruna semakin Dewasa

Tiada apa lagi yang menggembirakan hati seorang ibu hanya dengan melihat anak yang dijaga semakin meningkat dewasa. Teringat pada mula-mula arwah tiada dulu. Anak teruna inilah kawan & penguat semangat ibu untuk menjalani urursan hariannya dalam mengurus mereka berdua.  Danish memang dari kecil susah untuk bercakap hanya bila perlu sahaja dia akan berkata & bertanya. Tapi sesiapa yang mula rapat dengannya dia akan mula ramah. Minat sangat pada buku-buku, beli sahajalah apa sahaja buku buatnya pasti akan dibacanya sehingga habis. Satu perkara yang ibu selalu akan bising & membebel dengan abang Danish nie satu jer... asal balik sahaja kasut sekolah macam baru balik kebun. Kasut Putih boleh jadi hitam. Alhamdulillah pelajaran tiada masalah pada abang nie, minat pada pelajaran itu ada... di Daycare juga tiada rungutan dari teacher mahupun pengasuh beliau. Malah anak kesayangan pada teacher nya di Daycare. Di rumah, sudah boleh diharap membantu ibu di dapur....

Kenali DENGGI & Pencegahan

Kebalakangan ini semakin banyak pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad disebabkan denggi. Jadi mungkin ini dapat membantu bagi kita untuk mengenali & menangani dari ia dihidapi dari salah seorang dari keluarga kita. Denggi adalah jangkitan virus yang menyebabkan   demam . Denggi merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Ia merupakan masalah kesihatan yang besar pada masa ini.   Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim? Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes aegypti). Nyamuk-nyamuk ini membiak di dalam air bertakung dan selalunya menggigit pada hari siang. Oleh itu, seseorang yang digigit oleh nyamuk Aedes boleh mendapat penyakit ini.   Virus denggi tidak bermusim, tetapi pada musim monsun, jumlah kes meningkat sebab cuaca panas dan lembap, dan terdapat air bertakung, di mana nyamuk dapat membiak dengan baik. Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti? Denggi pad...

" FB Skin Care" Tanpa Mercury

Dah hampir seminggu mencuba produk "Farra Beauty Skin Care" ini & banyak perubahan telah berlaku. Bekas-bekas jerawat pon makin pudar, warna kulit makin sekata & yang penting sekali kulit semakin cerah muda gituu.... Ini bukan nak promote saje2 nie sebab dah hampir 3bulan jerawat melanda disekitar pipi kiri nie yang buatkan jiwa frust gila2.. last sekali pergi ke shop kecantikan ternampak produk nie... so terjebaklah untuk mencuba.. hmm... bagus produk nie rupanyer... Yang penting sekali,  "Farra Beauty Skin Care"   juga salah satu produk tanpa mercury . Kulit muka kelihatan 'natural beauty' biarpun tiada memakai sebarang make up. So sesuailah sangat2 buat mak jemah yang hanya suka memakai lipstick & maskara jer nie... heh3.. Dimana kesan mercury yang berlebihan pada produk kecantikan mampu mencerahkan kulit dalam beberapa hari sahaja hingga menyebabkan kesan sampingan kepada pemakai panas, pengelupasan kulit yang severe & a...

Sekitar Majlis Bacaan Yasin di Wad

Alhamdulillah di awal tahun baru ini sekali lagi dapat juga unit kami mengadakan majlis bacaan Yasin seperti mana yang dirancang. Biarpun ianya majlis yang ringkas namun kehadiran pengurus-pengurus, Ketua Jururawat di setiap wad, jururawat-jururawat, PPK dan yang dihormati pesakit-pesakit yang amat kami hargai. Semoga dengan majlis ini mengeratkan lagi hubungan kami diantara setiap pesakit-pesakit di bawah jagaan kami yang sedang menjalani rawatan di wad ini. Semoga pesakit-pesakit kami diberi kekuatan dalam mengharungi ujian-ujian Allah ini. NOTE: Semoga hati kami terus tabah & bersemangat untuk berbakti kepada masyarakat.