Skip to main content

Posts

Bersawang Dah

Hmmm... lama x update blog nie. Harap saya dapat teruskan blog ini utk hari2 saya yang seterusnya. Dah hampir 5 bulan berkahwin... Alhamdulillah anak-anak yang amat happy sekali & syukur segalanya semakin baik... urusan anak2 semakin lancar. MrJ banyak membantu & sangat2 memahami. Terima kasih kerana sentiasa cuba untuk memahami kami bertiga. PinkyGirl terlalu manja dan dimanjakan... semakin nampak akan kedewasaannye yang hendak ke 6 tahun nie.. Asyik dgn nak bergaya tiap2 hari. Kemudian sekarang semenjak ada ayah nie... agak2 sesekali ayah lewat balik office mesti PG tak boleh tidur... akan SB tunggu dalam bilik dan bila dah dengar ayah buka pintu rumah PG terus meluru ke pintu bilik intai sambil sengih2 & kadang-kadang tue peluk kaki ayah.... rindu la tue.. buat kata mak dia baru nak rasa kasih ayah. SmartBoy macam biasa sentiasa cool & relax tapi minggu anxious sikit sebab nak exam... Alhamdulillah sepanjang 4tahun nie tiada masalah study dari SB sendi...

Sentuhan Kasih Sayang Daripada Allah

Alhamdulillah... k ini saya masih lagi diberi kesempatan untuk update blog yang tidak seberapa ini. Namun cukuplah sekadar mengisi isian harian saya yang kadang kala terlalu padat dengan jadual harian sebagai hambaNya. Apapun hati tetap yakin bahawa pengisian hidup ini  telah ditetapkan oleh Allah. Segalanya telah ditentukan oleh Allah... kadang kala bahagia dan kadang kala ia diselangi dengan keperitan yang membuatkan hati sayu & perit untuk melaluinya. Apapun cukuplah sekadar bersyukur dan redha... kerna hati yakin bahawa ia adalah petunjuk kepada kasih dan sayangnya Allah kepada kita. Hari nie... masih berehat dirumah, masih melalui proses pemulihan dari keperitan yang dialami. Ujian dariNya.. redha & tidak sesekali hati terasa luruh untuk tidak menerima ujian ini. Sunyinya hati tiadanya "kasih Di Awan Biru" di waktu sebegini. Pasti dia selalu dan sentiasa di sisi...  Namun cukuplah sekadar untuk saya terus fahami dan menyakinkan hati bahawa.... ...

Spirit & Strength For My 2D

Hari nie demi memenuhi hasrat anak-anak... mummy stay di Dewan utk rehearsal "Fairwell Party" 2D & Friends. Macam2 gelagat anak-anak ini... di awal pagi saya hantar 2D nie. sampai ke tengah hari... saya senyum sahaja melihat mereka membuat persembahan.... semuanya bersemangat untuk buat yang terbaik buat tontonan ibu bapa mereka nanti. Dalam kejauhan tue saya jenguk 2D happy teramat.. mana taknyer mummy datang hanya untuk mereka. PG siap tersengeh di stage tengok mummy lambai tangan dari jauh.... punyer nak support anak.. mummy dgn tanpa segan silu lambai tangan.. nie bukan ape hanya nak bagi PG nampak mummy nie yang still staying to her on stage.... hmmmm... PG nie kadang-kadang mengingatkan saya di waktu kecil... buat kata mak.. macam mana saya kecil-kecil dulu tengok PG itulah saya... manja tetapi semangat mak kuat.... tapi bila difikirkan PG nie apa-apa pon mesti nak mummy.... berkepit jer ngan mummy. SB macam biasa semestinya nak bagi mummy tengok yang terba...

"Kaki Oh Kaki"

Nilah akibat dah hampir 14thn tak main netball... konon2 oklah takkan apa2... tup2 kena tolak sikit dah tergeliat kaki... huh3... sakitx50. Nie nak berjalan pon dah terdengkot2... sapulah minyak kat kaki nie dgn harapan eloklah esok nyer yer kaki... Apapun menyeronokkan... happy juga nak ketawa pon ader mana taknyer... macam2 gelagat boleh tengok masa games bermula... apa2 pon melihat adik2 misi bermain netball ada juga bakat terpendam dikalangan mereka nie.... tahniah pada team yang menang... biarpun team kami menang "meja makanan" tapi team kamilah yang hebat tiap2 tahun.... tahniah2.. hahahaha.... tq chip tapi tahun depan kami makesure menang dua-dua sekali sebab tahun nie bagi peluang dulu ada dikalangan kami tgh on-call kemudian cuti belajar pulak.... huh3... On-call juga tadi ... hmmmm... alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ada lagi ilmu baru yang dapat dipelajari.... Syukur... tq Sir dgn kuih cakoi and others kuih muih... kenyang juga utk menu makan...

Anak2 Mummy Sayang...

Malam nie.. mata tak boleh nak tido awal... ada kerja skit. Siapkan roster raya staff.. hmmmm... esok oncall!!! takperlah semoga dipermudahkan segalanya. Malam tadi bawa anak2 makan di luar... kedai yang biasa kami pergi bersama arwah.... Hmm... sampai di sana, ingatkan SB tak ingat lagi tempat tue... tup2 SB kata "haaa!!! mummy abang tahu tempat nie kita selalu pergi ngan arwah daddy kan"..... hmmmm... bila dengar SB kata "arwah daddy" sayu hati nie. Biarpun bukan mudah untuk kami melalui hidup ini tanpanya... namun hati kami selalu ada dia... kasihnya kami padanya... rindunya.... Kadang2 terfikir sampai bila jari ini akan terus menaip.... akan kisah2 kami tanpanya. Namun tiada lain pada hati ibu ini melainkan inilah kenangan akan kisah seorang ibu buat anak2nya yang tersayang....  SB sudah lancar membaca sekarang... alhamdulillah, kini SB sudah fasih berbahasa english... bahasa melayu dah semestinya... PG advance sikit dari SB... sebab banyak ckp ...

Jagalah Hati Mereka Apabila Berbicara

Hati!!!... Sungguh istimewa, Allah ciptakan hati menjadi hak milik kita dan segala rahsia peribadi setiap di antara kita tersimpan di dalamnya. Tiada siapa yang akan mengetahuinya melainkan hanya Allah dan diri kita sendiri yang mengetahui akan isinya. Namun tidak salah rasanya jika kita berkongsi apa yang terpendam dalam di dalam hati. Kalau cinta luahkan dengan indah, kalau marah lepaskanlah geramnya dan kalau lapar.... mencekiklah jawabnya... Hmmm... bila berkata tentang "MARAH" adakah kita sedar bahawa setiap percakapan yang diluahkan oleh kita akibat dari marah... cemburu dan sebagainya itu telah kita lepaskan tanpa memikirkan hati-hati mereka yang kita "andaikan" mahupun "aibkan".... hmmmm.... bagaimana tue... ketahuilah bahawa setiap percakapan itu sekaligus melambangkan siapa diri kita yang sebenarnyer... bukan org kita marahkan itu. Agak2 sempat tak kita nak minta maaf andai esok adalah hari terakhir kita atau dia di bumi Allah ini... tany...

Kerna Dia Airmata & Kenangan

Dia masih tetap terindah Dia yang teristimewa dalam hidupku Dia suamiku.... taman hatiku Dan Dia jugalah airmata kenangan laluku Dia masih indah dalam hatiku Dia semangat hatiku Dia kekuatan cintaku Dan Dia jugalah kerinduan hatiku Dia kenangan cintaku Dia kesayanganku Dia kebahagiaanku Dan Dia jugalah kepergian kesayuan hatiku Dia kasihku Di Awan Biru Dia pergi tinggalkanku akan janjiMu Illahi Dia pergi tanpa sesiapa menyangka Dia kepergian kisah cinta kasihku yang abadi Dia kepasrahan akan takdirku Dia abadi di hatiku agar tidak larut dalam kesendirian Dia bagai kabut pagi yang tidak lagi mengiringi pagiku Dia ketulusan cintaku yang bersemadi abadi bersamanya Note: Tersenyumlah duhai hati yang sedang menangis, kerna senyuman mampu merobohkan karang-karang hati yang terdalam. Kemanisan & kelembutan senyummu itu juga mampu membangkit kekuatan hati yang rapuh. Kehangatan senyumanmu juga mampu mencairkan hati yang sedang beku. SENYUMLAH buat mereka yang kita sayangi... mereka yang m...