Skip to main content

Jagalah Hati Mereka Apabila Berbicara

Hati!!!... Sungguh istimewa, Allah ciptakan hati menjadi hak milik kita dan segala rahsia peribadi setiap di antara kita tersimpan di dalamnya. Tiada siapa yang akan mengetahuinya melainkan hanya Allah dan diri kita sendiri yang mengetahui akan isinya.

Namun tidak salah rasanya jika kita berkongsi apa yang terpendam dalam di dalam hati. Kalau cinta luahkan dengan indah, kalau marah lepaskanlah geramnya dan kalau lapar.... mencekiklah jawabnya...

Hmmm... bila berkata tentang "MARAH" adakah kita sedar bahawa setiap percakapan yang diluahkan oleh kita akibat dari marah... cemburu dan sebagainya itu telah kita lepaskan tanpa memikirkan hati-hati mereka yang kita "andaikan" mahupun "aibkan".... hmmmm.... bagaimana tue... ketahuilah bahawa setiap percakapan itu sekaligus melambangkan siapa diri kita yang sebenarnyer... bukan org kita marahkan itu. Agak2 sempat tak kita nak minta maaf andai esok adalah hari terakhir kita atau dia di bumi Allah ini... tanyalah hati.

Senyumlah teman... sedarlah dan bangkitlah tak kemana dengan "andaian" itu... kenalilah siapa mereka yang kita katakan itu... itu yang terbaik buat kita sebagai hambanya yang kerdil ini... Mudah sahaja untuk diberi contoh... tanya diri anda: BERAPA ORANG ADIK BERADIK ANDA? ADAKAH SETIAP MEREKA SAMA PERWATAKKANNYA? KEMUDIAN ADAKAH KITA TAHU ADAKAH HUJAN PADA HARI ESOK? Jadi fikir2kan.... tidak akan sama sifat diantara kita dan tiada apa yang dapat kita jangkakan apa yang akan terjadi pada kita dikemudian hari nanti....

Dalam kehidupan ini, adakalanya kita perlu menjadi pendengar, memerhati dan berbicara. Apapun yang kita dengar dan lihat, hakikatnya tidak semua butir perkara yang keluar dari mulut orang lain tidak semestinya kita jadikan sesuatu bayangan ngeri buat kita tetapi berfikirlah secara waras sebab itu Allah kurniakan kita akal untuk berfikir....

Kemungkinan yang kita dengari tidak menyenangkan kita, maka terimalah secara berlapang dada kerana kita manusia memang ada yang berbeza. Kalau titik perbezaan yang diperbesarkan, maka titik pertemuan dari Allah itulah yang kita pertikaikan dariNya.

Apapun hati tetap bahagia walaupun banyak dengan "andaian" manusia yang tidak mengenali siapa kita. Bagi diri ini, keseronokkan dan kegembiraan diri sendiri sudah tidak terkejar lagi... ia telah jauh pergi 2tahun lalu sejak pemergian kasih kekasih yang dirindui. Hati tetap pilu akan kerinduan yang hanya Dia yang mengetahui siapa saya? dan seteguh mana hati ini demi anak2 tercinta...

Dalam kehidupan ini, kebahagiaan, keceriaan dan kegembiraan anak-anak sahaja yang menjadi penyejuk hati. Tak pernah sesekali diletakkan kepentingan diri.. namun kasihnya anak2 buatkan hati terus tulus ikhlas membesarkan mereka biarpun dengan airmata. Kesedihan dan kelukaan yang anak-anak lalui amat mengguris hati. Moga anak-anak kecil mummy sentiasa dirahmati dan kehidupan mereka diberkati.

Sesungguhnya, sebagai hambanya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki. Begitu juga dengan kehidupan, setiap apa yang dilalui, pandang, dengar dan lihat di dalamnya terkandung pelbagai pengetahuan. Andainya ia berkenaan pengalaman seseorang mahupun baik dan buruk jadikan pengajaran.... bukan akibat dari itu ianya di "andaikan" pada orang lain pula... apalah salah dia pada anda? tanya diri anda sendiri? letakkan diri anda, jika anda ditempatnya? bagaimana? adakah anda sekuat dan setabah hatinya? senyumlah duhai hati.... berlapang dadalah duhai hati....

Pengalaman membuatkan kita lebih mengerti tentang hakikat kehidupan di dunia ini. Kesedaran dan keinsafan akan lahir dengan sendirinya tanpa kita sedari apabila kita memandang dengan mata hati, dan berfikir dengan minda yang POSITIF. 

Percakapan perlu dijaga dan usah diluahkan mengikut sesedap rasa. Hati2 kerana dibimbangi ada hati yang terluka kerana kita tidak tahu akan penderitaan dan kepedihan kehidupan seseorang yang kita sendiri tidak ketahui bagaimana dia melaluinya.

Ingatlah, ketawanya... senyumannya belum tentu melambangkan kegembiraan, senyuman menawan juga tidak menjamin ada kebahagiaan dan keceriaan yang diserlahkan... tetapi hatinya???...

Oleh itu, kita perlu mengenali dan memerhati serta berhati-hati kerana kita tidak mampu untuk menyelami apa yang tepahat di sanubari insan yang kita sendiri tidak cuba untuk mengenalinya....

Anda, saya dan kita semua.... hanyalah hambaNya.... manusia biasa. Kalau boleh kita mahu buatkan semua orang gembira tetapi ada kalanya kita kecundang. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa alangkah baiknya jika kita membenci seseorang janganlah keterlaluan.... dan lebih baik kita bersihkan hati kita agar gembira dan bahagia terus dari hati kita yang tulus.

Moga kita tidak cepat berputus asa dalam melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di buka bumi ini. Kita sekadar mampu merancang dan berusaha tetapi segala yang berlaku adalah atas kehendak dan keizinan Allah jua..... Amin.

Nabi Muhammad lagi bersabda bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelakaannya (Hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaNya. Dan sesiapa yang  meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya". (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat..

Jom Tonton RoboCop 2014

Nak story dulu sebelum nan tonton wayang ngan family minggu nie.. Belum tengok version 2014 filem RoboCop lagi.. tapi dah ada kakitangan yang cakap filem nyer lebih kurang sama dengan filem yang dulu. Hmm... tak kisah la janji dapat tengok filem ni jugak.. anak-anak dah excited dah nie... maklumlah filem-filem cyborg macam nie memang SB (Danish) suka sangat-sangat... Apapun, hanya yang lahir pada tahun 70-80an sahaja yang akan memahami... nak tahu kenapa download dulu filem RoboCop 1987 nie dari Youtube.. nanti akan faham... promote2.. Note: macam biasa sebelum tonton wayang nak ajak Sirman bawa gie makan ayan penyet dulu baru masuk panggung nanti lapor...