Skip to main content

Spirit & Strength For My 2D

Hari nie demi memenuhi hasrat anak-anak... mummy stay di Dewan utk rehearsal "Fairwell Party" 2D & Friends. Macam2 gelagat anak-anak ini... di awal pagi saya hantar 2D nie. sampai ke tengah hari... saya senyum sahaja melihat mereka membuat persembahan.... semuanya bersemangat untuk buat yang terbaik buat tontonan ibu bapa mereka nanti.

Dalam kejauhan tue saya jenguk 2D happy teramat.. mana taknyer mummy datang hanya untuk mereka. PG siap tersengeh di stage tengok mummy lambai tangan dari jauh.... punyer nak support anak.. mummy dgn tanpa segan silu lambai tangan.. nie bukan ape hanya nak bagi PG nampak mummy nie yang still staying to her on stage.... hmmmm... PG nie kadang-kadang mengingatkan saya di waktu kecil... buat kata mak.. macam mana saya kecil-kecil dulu tengok PG itulah saya... manja tetapi semangat mak kuat.... tapi bila difikirkan PG nie apa-apa pon mesti nak mummy.... berkepit jer ngan mummy.

SB macam biasa semestinya nak bagi mummy tengok yang terbaik darinya. Exam baru-baru nie pon amat membanggakan mummy... thank you sayang... you did well & mummy love you so much... Alhamdulillah syukur... Seperti yang SB sendiri tahu tiada apa yang menjauhkan saya pada mereka kerana my spirit & strength also coming from them.. thank god... 

Hmmm... Sebelum ke Dewan hari nie... breakfast buat 2D, pancake kegemaran mereka... milo panas sudah semestinya... siap request malam nie pon nak menu yang sama tapi rasanya mummy kena change to another menu... hmmm suprise for both of you.... miss u both... 

Hmmmm... mummy nak gie keje pulak nie... tak sabar nak jemput kamu balik dari sekolah petang nie... sepertii biasa even badan di hospital tetapi jasad tetap di sekeliling anak-anak ini... semoga yang terbaik diberikan buat mereka... biarpun kadangkala badan mummy nie tak berdaya namun bila melihat kamu hati nie kembali kuat kerana melihat wajah kamu sudah melegakan hati mummy yang sedih ini.... wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi imp...

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat....

Jom Tonton RoboCop 2014

Nak story dulu sebelum nan tonton wayang ngan family minggu nie.. Belum tengok version 2014 filem RoboCop lagi.. tapi dah ada kakitangan yang cakap filem nyer lebih kurang sama dengan filem yang dulu. Hmm... tak kisah la janji dapat tengok filem ni jugak.. anak-anak dah excited dah nie... maklumlah filem-filem cyborg macam nie memang SB (Danish) suka sangat-sangat... Apapun, hanya yang lahir pada tahun 70-80an sahaja yang akan memahami... nak tahu kenapa download dulu filem RoboCop 1987 nie dari Youtube.. nanti akan faham... promote2.. Note: macam biasa sebelum tonton wayang nak ajak Sirman bawa gie makan ayan penyet dulu baru masuk panggung nanti lapor...