Skip to main content

Posts

Anak2 Mummy Sayang...

Malam nie.. mata tak boleh nak tido awal... ada kerja skit. Siapkan roster raya staff.. hmmmm... esok oncall!!! takperlah semoga dipermudahkan segalanya. Malam tadi bawa anak2 makan di luar... kedai yang biasa kami pergi bersama arwah.... Hmm... sampai di sana, ingatkan SB tak ingat lagi tempat tue... tup2 SB kata "haaa!!! mummy abang tahu tempat nie kita selalu pergi ngan arwah daddy kan"..... hmmmm... bila dengar SB kata "arwah daddy" sayu hati nie. Biarpun bukan mudah untuk kami melalui hidup ini tanpanya... namun hati kami selalu ada dia... kasihnya kami padanya... rindunya.... Kadang2 terfikir sampai bila jari ini akan terus menaip.... akan kisah2 kami tanpanya. Namun tiada lain pada hati ibu ini melainkan inilah kenangan akan kisah seorang ibu buat anak2nya yang tersayang....  SB sudah lancar membaca sekarang... alhamdulillah, kini SB sudah fasih berbahasa english... bahasa melayu dah semestinya... PG advance sikit dari SB... sebab banyak ckp ...

Jagalah Hati Mereka Apabila Berbicara

Hati!!!... Sungguh istimewa, Allah ciptakan hati menjadi hak milik kita dan segala rahsia peribadi setiap di antara kita tersimpan di dalamnya. Tiada siapa yang akan mengetahuinya melainkan hanya Allah dan diri kita sendiri yang mengetahui akan isinya. Namun tidak salah rasanya jika kita berkongsi apa yang terpendam dalam di dalam hati. Kalau cinta luahkan dengan indah, kalau marah lepaskanlah geramnya dan kalau lapar.... mencekiklah jawabnya... Hmmm... bila berkata tentang "MARAH" adakah kita sedar bahawa setiap percakapan yang diluahkan oleh kita akibat dari marah... cemburu dan sebagainya itu telah kita lepaskan tanpa memikirkan hati-hati mereka yang kita "andaikan" mahupun "aibkan".... hmmmm.... bagaimana tue... ketahuilah bahawa setiap percakapan itu sekaligus melambangkan siapa diri kita yang sebenarnyer... bukan org kita marahkan itu. Agak2 sempat tak kita nak minta maaf andai esok adalah hari terakhir kita atau dia di bumi Allah ini... tany...

Kerna Dia Airmata & Kenangan

Dia masih tetap terindah Dia yang teristimewa dalam hidupku Dia suamiku.... taman hatiku Dan Dia jugalah airmata kenangan laluku Dia masih indah dalam hatiku Dia semangat hatiku Dia kekuatan cintaku Dan Dia jugalah kerinduan hatiku Dia kenangan cintaku Dia kesayanganku Dia kebahagiaanku Dan Dia jugalah kepergian kesayuan hatiku Dia kasihku Di Awan Biru Dia pergi tinggalkanku akan janjiMu Illahi Dia pergi tanpa sesiapa menyangka Dia kepergian kisah cinta kasihku yang abadi Dia kepasrahan akan takdirku Dia abadi di hatiku agar tidak larut dalam kesendirian Dia bagai kabut pagi yang tidak lagi mengiringi pagiku Dia ketulusan cintaku yang bersemadi abadi bersamanya Note: Tersenyumlah duhai hati yang sedang menangis, kerna senyuman mampu merobohkan karang-karang hati yang terdalam. Kemanisan & kelembutan senyummu itu juga mampu membangkit kekuatan hati yang rapuh. Kehangatan senyumanmu juga mampu mencairkan hati yang sedang beku. SENYUMLAH buat mereka yang kita sayangi... mereka yang m...

Adam Buat Hawa

Firman Allah Taala: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, kemudian Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar Kamu saling mengenal satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa, Sesungguhnya Allah maha mengetahui" - surah Al-Hujuraat (49-13) Andainya sikit daripanya cinta seorang wanita itu hendak diberi pada seorang yang akan digelar suami, maka pilihlah seorang lelaki yang: KUAT AGAMANYA Biarlah sesibuk manapun, solat fardu tetap terpelihara dan terjaga. Utamakanlah lelaki yang kuat pengamalan agamanya. Lihat sajalah bagaimana Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang yang tinggi yang ada pada diri Saidina Ali biarpun dia peluda paling miskin dari harta akan tetapi kaya rohaninya. BAIK AKHLAKNYA Ketegasannya nyata akan tapi dia berlembut dan bertolak ansur pada hakikatnya. Sopan tut...

Cantiknya Wanita itu

CANTIK??? "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya... kerana itulah pintu hatinya. Tempat dimana cinta itu ada"... Wanita CANTIK ialah: Melukis kekuatan melalui masalah Tersenyum saat tertekan Tertawa saat hati sedang menangis Tabah di saat terhina Mempesonakan kerana memaafkan Mengasihi tanpa balasan Bertambah kuat dalam doa & pengaharapan Illahi Ya Allah.. Walaupun dirimu tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan ALLAH MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH Seoarang wanita itu akan terselah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya. TERSENYUM SAAT TERTEKAN Percaya atau tidak, kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya kita diantara orang yang disekelilingnya tidak akan mampu meneka pera...

Kenapa Wanita Mengalirkan Airmata??

Hmmm... adakah kita terfikir " Kenapa Wanita Mengalirkan Airmata?"dan pernahkah kita terfikir mengalirnya airmata wanita itu adalah sebahagaian dari kekuatan yang khusus buatnya apabila diperlukan. Bercakap tentang kekuatan wanita... adakah kita terfikir bahawa: Kekuatan seorang wanita adalah..... Bukan terletak pada kariernya, Jabatannya, profesoinnya. Bukan kepada kekuasaanya, pendidikannya, gelarannya Bukan pula terletak ketika dia menjadi polis, tentera, jururawat dan sebagainya Akan tetapi, kekuatan wanita adalah ketika ia menjadi ibu, isteri, anak, menantu, adik, kakak, teman dan wanita berkarier... Kenapa wanita mempunyai perasaan yang sangat peka? Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal. Maka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan. Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, airmatanya pun mengalir. Bukan kerana lemah, tapi dengan airmata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada di dadanya beban kehidupannya dan permasalahan...

Setitis Cahaya Di Aidilfitri

Di sekitar suria yang menyinar Hadirnya mendung meliputi cahaya Di sebalik senyum tawa riang Timbul tangis hiba di fajar mulia Kekosongan melanda diriku Bak sembilu menyayat di kalbu Mengenang nasib diri sebatang kara Mengharungi cabaran berliku Takbir menusuk jiwa ku Terkenangkan kisah-kisah lalu Keinsafan menghantui diri Berkekalan ' kan ku ulang kembali Sepatah doa mengiring diri Setitik cahaya untuk meniti Pedoman buat di hari muka Moga ketenangan teman yang setia Artis : Aishah Klik Disini : http://www.youtube.com/watch?v=poIg0dS0Ml4 Notes: Hanya Allah yang lebih mengetahui dan mengenali hambanya yang kerdil ini. Jauh hati ini terlalu rindukan kasihNya Di Awan Biru... x mampu menahan airmata kerna terlalu merinduinya... Semoga lebaran kali ini akan menambahkan lagi kekuatan hati ini supaya semakin tabah demi anak2 tersayang..