Bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri???Ada pelbagai cara boleh kita lakukan bagi meningkatkan keyakinan diri terutama apabila berhadapan dengan masyarakat. Apa yang pasti, keyakinan diri ini bukan sahaja tertakluk kepada penampilan, tapi turut mengaitkan pembawaan kita semasa berhadapan dengan orang ramai,cara berpakaian dan juga cara kita berkomunikasi.
Keyakinan diri yang kita tampilkan kepada orang ramai secara tidak langsung akan menentukan kepribadian kita. Jadi adalah lebih baik jika kita cuba untuk memperbaiki akan serba sedikit kelemahan yang kita ada sekarang ini sebagai pembaharuan penampilan kita dari masa ke semasa. Rasa kurang keyakinan diri ini merangkumi seperti rasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai/ tidak yakin dalam berkomunikasi/ malu / pendiam/ takut untuk memberi idea-idea dan sebagainya.
Mungkin tipsini akan dapat membantu:
Belajar untuk menerima, menyayangi dan hormati diri kita sendiri.
Anggaplah diri kita ini adalah unik . Di mana kita memiliki keistimewaan yang tersendiri.
Jika kita sentiasa membenci diri sendiri, ini membuktikan bahawa kita lemah. Jadi mulai sekarang di dalam pemikiran kita katakan 'dengan sejujurnya Aku menghargai, menghormati dan menyayangi diri akusendiri'.
Penampilan yang kemas dan rapi mengikut situasi di mana kita berada dan kita selesa dengan penampilan kita sendiri.
Kebersihan , gaya rambut, gaya fesyen yang sesuai dapat memberikan pengaruh kepada emosi kita dan emosi orang lain tentang siapa dan bagaimana layanan yang kita terima dari orang lain. Jadi mulakan transformasi penampilan diri kita. Dari segi berat badan pun kita boleh kurangkan ikut kesesuaian ketinggian kita supaya nampak bergaya.
Menjaga kesihatan mental dan fizikal supaya kita nampak sihat dan anggun.
Sihat dalaman dan sihat luaran banyak mempengaruhi cara kita berfikir dan kemampuan kita terhadap betapa kita benar-benar menyayangi diri kita.
Dengan senyuman kita akan dapat menghubungkan perasaan yang baik dari dalam diri kita kepada orang lain. Orang lain akan rasa hormat dengan senyuman yang ikhlas yang kita berikan. Kemesraan akan terjalin kerana orang yang yakin adalah orang yang pemurah senyumannya.
Berdiri dengan tegak dan santai. Naikkan sedikit dada, tegakkan bahu dan angkatkan sedikit kepala kita. Tunjukkan keyakinan cara berjalan , cara bediri, cara duduk yang menyatakan diri anda adalah orang penting dan amat berharga. Tetapi jangan sesekali menunjukkan gaya bahawa kita adalah orang yang sombong.
Jangan merasakan diri kita adalah orang yang terpencil apabila kita berada di sesuatu tempat. Anggaplah diri kita bahawa di tempat tersebut kita menguasainya.
Dengan cara ini orang lain akan rasa senang dengan kehadiran kita . Kita diterima dengan sebaiknya. Biasanya kita hanya menumpukan kelemahan dan kekurangan pada diri kita hingga menyebabkan kita rasa rendah diri yang membawa kepada kurang berkeyakinan diri.
Jika berada di majlis orang ramai pastikan anda duduk dibahagian nhadapan.
Biasakan diri bagi meningkatkan keyakinan anda . Buangkan rasa takut keran orang penting akan berada di barisan yang palig hadapan.
Kita perlu menunjukkan penampilkan diri yang menyakinkan kepada orang disekeliling kita. Tampilkan keistimewaan kita yang tersendiri bagi membezakan kita dengan orang lain.
Untuk menuju kesempurnaan bersedia untuk menerima kesilapan yang bakal kita lakukan.
Kita bukan sengaja untuk buat lebih kurang tetapi kita juga manusia biasa dan tiada manusai yang boleh terus sempurna. Kita ibarat seperti pokok yang tumbuh dari biji benih. Katakan bahawa 'aku akan buat lebih baik lagi'. Pengalaman yang kita terima berulang kali akan menguatkan lagi keyakinan diri kita pada sesuatu perkara yang kita lakukan.
Hubungan mata menujukkan kita adalah orang yang yakin terhadap tingkahlaku kita.
Sayangi orang di sekitar kita nescaya kita akan disayangi. Anggaplah kita ingin membantu orang lain dan pasti ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri kita. Hanya orang yang yakin adalah orang yang bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain seperti yan g ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
NOTE: Tidak pernah meletakkan dalam diri sebagai orang yang gagal- namun sentiasa menganggap masih ada kekurangan & kelemahan yang perllu diperbaiki. Sikap prihatin & sentiasa berusaha untuk menyayangi insan yang menyayangi dii ini. Thank You Allah.. SYUKUR...
Comments
Post a Comment