Skip to main content

Hadapi Dengan Senyuman

Heh heh heh.. senyum2 kambing.... senyumlah kita kepada mereka-meraka yang berada disekeliling kita. Biarlah orang kata kita senyum 'bagai kera sumbang' janji kita tak menganggap senyum itu sebagai perkara yang remeh dalam hidup seharian kita. 

Meskipun senyum yang kita berikan itu sederhana sahaja namun penyampaian kita itu memberi manfaat kesihatan yang luar biasa. Senyum memberikan suasana hati kita ketika itu, tersenyum juga mampu memberikan rasa bahagia yang luar biasa. 

Rasa 'jelous you' orang kat kita... hahahahaha..... Ha!!! yang nie bukan senyum nie ketawa namanya.
Kadang-kadang kita rasa ragu akan manfaat senyuman kepada kesihatan kita sendiri, ada baiknya kita baca tujuh alasan penting 'Mengapa KITA harus senyum' kan kan. 

1. Tersenyum Menunjukkan ketenangan kita dalam mengatasi situasi harian kita.Melemparkan senyuman kepada orang lain bukanlah sesuatu perkara yang sulit untuk kita lakukan bahkan ia memberikan pandangan yang baik berkenaan sikap kita dalam berhadapan dengan orang yang disekeliling kita. Cuba kita lihat bila kita tersenyum pada orang yang disekeliling kita pasti diantara mereka akan membalas senyuman itu. ha!!!! ini dah terang-terang mencerminkan bahawa senyuman mampu menjadi tarikan spontan seseorang itu untuk membalas senyuman itu sekaligus membuat kita rasa tenang & bahagia dalam melaksanakan apa sahaja rintangan yang kita lalui seharian kan... hmmmm.


2. Tersenyum mampu menghilangkan stress or medikal term ' Depression'Pernah kita rasakan waktu kita  stress segala  otot-otot rahang kita akan terasa kaku. Dari otot-otot rahang & otot leher kita ketika terasa tegang/ melayu kata 'ketat' hingga menyebabkan sakit kepala. Ha!!! pernah tak orang menegur kita 'ketat jer muka hari nie'. Ha!!!, itu namanyer airmuka kita kurang manis dari hari-hari sebelumnya tue... faham-faham jer lah yer....Hmmm... sebenarnya senyuman nie salah satu daripada formula 'awet muda' tau. Senyuman membantu meminimalkan garis kerutan di dahi kita... cer tengok dahi kita sendiri.. kedut tak... ha!!! comel tak kak ton!!!. hahahahaha..... Untuk itu, jangan ragu untuk tersenyum setiap hari.


3. Tersenyum meningkatkan sistem kekuatan badanKetika kita tersenyum, badan kita secara natural akan terasa relax. Ketika itu, sistem kekuatan badan akan dapat berfungsi secara optimal dimana ia dapat melawan dari perasaan panik dan selsema.


4. Senyum dapat menurunkan tekanan darahTersenyum mampu menghilangkan ketegangan fikiran dan membuat otot-otot wajah kita relax. Secara tidak langsung ia membantu dalam mengawal tekanan darah kita ke tahap yang normal. Duduk dan menikmati pemandangan, bermain dengan haiwan peliharaan atau melakukan sesuatu yang santai, tersenyumlah selama 5 minit dan pasti kita akan rasakan perbezaannya.


5. Tersenyum adalah terapi bagi menyembuhkan sakitTersenyum membantu tubuh kita secara natural menyeluarkan endorphin dan serotonin yang bekerjasama untuk membantu kita merasakan semakin sihat dan meminimalkan rasa sakit yang kita alami.


6. Tersenyum Fomula awet muda!Tersenyum membantu menghindarkan garis-garis kerutan di dahi. Dek kita asyik tepek face-lift dan method kecantikan mahal kat muka tapi senyum tidak... hmmm udah2lah baik kita adaptasikan senyuman yang berterusan di bibir kita nie agar otot-otot yang ada tue tidak mengendur mengikut usia yang semakin meningkat nie. Atau dengan kata lain mempertahankan keremajaan dan kejelitaan kita ini agar tidak nampak dimakan usia.


7. Tersenyum membuat Anda Tampil peraya diri & suksesOrang yang tampak percaya diri lebih mungkin untuk dipromosikan naik jabatan dalam bisnis. Jadi menempatkan senyum di tempat kerja, bahkan dalam pertemuan proyek yang mungkin membuat Anda stres, dan lihat bagaimana orang lain merespon Anda.Tersenyum bisa menularkan kebahagiaan, untuk itu jangan ragu untuk tersenyum, sudahkah anda senyum hari ini?

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat..

OPPO smartphone hilang huh3..

sekadar gambar hiasan.. heh3.. Huh3.... sedihhhhhhhhh... handphone hilang. nasib smartphone nie ada kebaikannya.. buah hati nak call pon kena guna phone mak mertua.. Gini ler, nasib suami isteri dok jauh2... ada 7bulan lagi nak habis study nie macam-macam ujian datang. Alhamdulillah.. Allah kasih pada kita namanya tue..  Buat Mamat bongok yang ambil phone tue x mengaji lebih tentang kebaikan smartphone nie. Ha!!!! ambik la sgt phone tue.. tp telefon mainan la utk ko... skrg phone tue automatik x boleh berfungsi utk ko... dgn NO Imei n SD yang aku ada dah aku bank!!!! phone utk selama2nya... Bongok.. Hahahaha... 1st time marah kat blog nie... selalu jiwang2 jer... ha!!!! NAMPAK...!!!!! Note: selalu ingatkan diri untuk lebih redha.. Allah akan beri yang lebih baik selepas nie... Ameen...