Skip to main content

Posts

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian
Recent posts

OPPO smartphone hilang huh3..

sekadar gambar hiasan.. heh3.. Huh3.... sedihhhhhhhhh... handphone hilang. nasib smartphone nie ada kebaikannya.. buah hati nak call pon kena guna phone mak mertua.. Gini ler, nasib suami isteri dok jauh2... ada 7bulan lagi nak habis study nie macam-macam ujian datang. Alhamdulillah.. Allah kasih pada kita namanya tue..  Buat Mamat bongok yang ambil phone tue x mengaji lebih tentang kebaikan smartphone nie. Ha!!!! ambik la sgt phone tue.. tp telefon mainan la utk ko... skrg phone tue automatik x boleh berfungsi utk ko... dgn NO Imei n SD yang aku ada dah aku bank!!!! phone utk selama2nya... Bongok.. Hahahaha... 1st time marah kat blog nie... selalu jiwang2 jer... ha!!!! NAMPAK...!!!!! Note: selalu ingatkan diri untuk lebih redha.. Allah akan beri yang lebih baik selepas nie... Ameen...

Yang Dipendam Dihati

Pada yang pernah terlihat, namun tidak benar2 mengenali siapa penulis blog ini akan pasti akan tertanya2 siapalah wanita yang blog tidak seberapa ini. Kenapalah dia asyik mengatakan pada setiap kata2nya pada yang telah pergi menemui Illahi. Semuanya bermula di blog ini... ibu ini telah memulakan penulisan blognyer dari tahun 2008 ketika itu arwah suami yang juga salah seorang blogger. Namun blog ibu yang dimulakan dari 2008 -2010 telah saya privatekan bagi bacaan dan kenangan abadi yang sentiasa bersemadi dihati..  Kami mempunyai hobi yang sama dan berkongsi bulan kelahiran yang sama. Karektor kami adalah sama... sangat2 pemendam namun antara kami berdua tiada pula kami begitu... pada pandangan rakan2 yang mengenali kami bukan sahaja suami isteri tetapi kami adalah sahabat baik yang tidak pernah lekang ke mana2. Ada juga yang tertanya2 diamana senyum tawa saya yang dahulu amat mudah ketawa ketika adanya arwah suami????... ianya tidak seperti dahulu keceriaan ibu pasti ak

Pesanan Ibu Buat Abang

Hari ini genap 4 bulan saya berjauhan dengan keluarga tersayang. Lagi sayu hati berjauhan dengan bonda tempat mengadu, tempat bermanja dan dialah yang lebih mudah memahami serta yang akan faham bagaimana anaknya ini. 2minggu anak2 tinggal bersama saya di johor ini... malam ini mereka akan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk memulakan sessi persekolahan mereka. Sedih & airmata sepanjang perjalanan untuk menghantar mereka ke stesyen bas. Teringat ibu akan kepayahan kita dahulu, bagaimana kita selepas seminggu daddy tinggalkan kita bertiga. Hanya wallet yang hanya RM150 yang ada dalam dompet daddy untuk kita meneruskan hidup tanpanya. Kita pulang dengan menaiki bas ekspress... airmata mengalir sepanjang perjalanan dan bila mata ibu ke arah langit biru ketika itu pasti akan ibu terasa daddy telah jauh pergi meninggalkan kita seperti mana jauhnya awan itu untuk kita gapai. Malam ini, ibu tak dapat tidur dengan lena mungkin kerana dengan assignment ini juga dan diselangi aka

Sebulan di Johor.

Sebulan di Johor, bukan perkara mudah bagi seorang isteri & ibu untuk berjauhan dengan keluarga tersayang. Bermacam perasaan timbul: Bimbang, sedih dan rindu yang teramat bermain di fikiran disetiap saat sepanjang berjauhan dengan mereka. Bila dapat mendengar suara di telefon sudah cukup melegakan hati ini untuk seketika. Namun airmata tetap mengalir... mana tidaknyer.. anak manja Dhiya yang kini berusia 6tahun tak pernah jauh dari Ibunya ini. Manakala abang Danish yang amat memahami gerak hati ibu ini pasti akan sentiasa menjadi pendengar yang baik buat saya & ayahnya. Sepanjang setahun ini, sudah pasti semua tanggungjawab yang biasanya saya & suami akan bahagikan bersama akan diambil sepenuhnya oleh suami. Perasaan terharu teramat kerana suami amat memahami akan keadaan saya di sini. Sentiasa tidak lekang untuk menghubungi saya setiap masanya yang terluang walaupun didalam keadaan busy di office mahupun di rumah. Rindu & terlalu sayang padanya... terima k

Sahabat Baik Ibu

Muhammad... Dhiya Nabihah... Berlari anak2 ini dengan ketawa Ketawa memeluk kaki kecil daddy Daddy yang sentiasa ada menceriakanmu 5tahun berlalu Bagai semalam kejadian itu Takdir yang memisahkan ibu & daddy Nyawa ibu jauh pergi tinggalkan ibu Andai ditanya ibu Ibu masih ingatkan daddy? Pasti duhai anak Dia sahabat baik ibu Dia nyawa ibu Dia teman tawa & tangis ibu Dia keceriaan ibu Ibu semadikan kasih sayang ibu Ibu simpan airmata ibu  Ibu cekalkan hati ibu Semua buat kamu Wajah anak2 ibu Lambang keceriaan ibu dahulu Semangat & nyawa ibu Itulah kamu anak ibu Dia bos ibu Dia pengkritik hebat ibu Dia luangkan masanya untuk kasihnya Dia tak mengeluh kerana kita Daddy ada impian Impian setinggi gunung  Semua buat kamu Anak2 ibu Kini ibu & amanah Amanah untuk mencapai impian itu semua buat kamu Nyawa ibu Jaga diri baik2 anak2 ibu sayang Daddy tak pernah jauh dengan kita Dia de

Rindu Nyawa Ibu

Hari ini minggu ke-3.. saya di Johor. Berjauhan dengan anak2 adalah yang paling perih untuk saya lalui. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaiamana untuk saya berjauhan dengan NYAWA IBU ini. Hari2 ibu pasti ingatkan kamu berdua, makan minum ibu tak sepertimana adanya kamu dihadapan mata ibu. Sedih & airmata ibu disetiap hari2 ibu.  Setiap kali ibu sampai di kolej pasti akan ibu buka notebook ibu melihat telatah kamu di video yang ibu rakam. Semangat & keyakinan ibu hanya kamu berdua. Sebab itu ibu akur untuk berjauhan dengan kamu duhai anak ibu tersayang. Ibu harap kamu belajarlah pandai2 janganlah buat ibu rasa bimbang mahupun menangis lagi. Tahun depan adalah hari penting buat adik. Ibu tahu adik pasti tidak sabar untuk ke sekolah. Buat kata adik, adik dah makin besar... kawan2 dah panggil adik 'kakak'. Sedih ibu jauh dengan adik. Tapi apalah daya ibu adik. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa ibu teramat menyangi kamu berdua. Lama kita tak luangkan bersamaka