Wednesday, 25 January 2012

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Alhamdulillah, Alhamdulillah Alhamdulillah.... rezeki anak2.. dariMu Ku bermohon & dariMu jua hambaMu ini percaya... takkan semua yang akan diberi olehNya buat setiap hamba-hambaNya. Syukur.. rezeki anak2... 2:45ptg panggilan dari Jabatan... mengatakan 'TAHNIAH' sudah membuatkan airmata saya mengalir.. airmata kejayaan ... thank God.. tiada kata yang dapat diucapkan melainkan pelukan dari teman2 yang amat memahami & melihat setiap liku2 hidup yang saya lalui.... Alhamdulillah...

Semoga saya diberi kesabaran & ketabahan hati dalam menjalani tanggungjawab ini. Ya Allah.. berilah kemudahan kepada hambaMu ini dan tunjukkan lah jalan kepada hambaMu ini supaya hambaMu ini tidak alpa dengan rezeki yang diturunkan olehMu mahupun melupakan mereka2 yang tidak putus mendoakan kebaikan buat hambaMu ini dan juga anakanda tersayang...

Alhamdulillah... for the longest time.. my wish.. my dreams... its presents to my beloved kids SB & PG... love you so much.... somehow became reality.. Thank God

And also thank you my friends, family and all those who know me... always pray for me.. Alhamdulillah... syukur.. Thank You...


Tuesday, 24 January 2012

Semoga Ianya Menyebelahi Kami

Alhamdulillah.. Syukur... tahun baru yang penuh makna. Semoga rezeki & usaha yang dilakukan demi anak2 tersayang diberkati Allah.

Syukur, Syukur, Syukur... Alhamdulillah... walaupun masih sendirian namun adanya permata hati yang sentiasa disisi benar2 membuatkan saya semakin tabah. Thank God padaMu tidak putus2 hambaMu ini berdoa semoga diberi kemudahan, dibuka pintu rezeki dan sentiasa dilindungi dari mereka2 yang hanya mementingkan diri sendiri.. Thank God dariMu jua hambaMu ini sentiasa diberi petunjuk pada hamba2 yang bukan terbaik buat kami... Syukur....

Semoga keputusan interview memberi kejutan pada anak2, bonda & ayahanda tersayang. Terima kasih kepada semua rakan2 blogger/ officemate, saudara-mara, adik beradik dan semua yang mengenali saya kerana tidak henti2 mendoakan kebaikan pada saya & anak2.

Semoga Ianya menyebelahi kami... buat anakanda tersayang...

Wednesday, 18 January 2012

Senyum Hingga ke Telinga

Hmmm.... senyum hingga ke Telinga yer... mana taknyer esok cuti. Celebrate BirthDay both of my kids SB, PG and..... also me...... hmmm...

Istimewa pula bila difikirkan. Mana taknyer 3 beranak lahir dalam bulan yang sama... hmmm... patutla cara berfikir, kelaku, minat dan semuanyer sama.... great...

Hmmm.. esok ada banyak yang perlu dibuat nie.. so kena relax utk malam nie. Tidur awal... mana tahu mood nak gie midnight movie dengan 2 budak kecik nie menjadi pula.. tapi skrg nie movie ape yang best yer???? hmmm...

SB dah 2 hari demam nie.. tapi mood nak ke sekolah tetap baik.. siap kata 'I don't want miss my class'.... hmmm... PG macam biasa sihat... dan yang baik tue sekarang nie dah rajin membantu.... thank you dear... love you...

Tengok jam dah nak 2:30pm dah nie.. hmmm.. so kena prepare utk kelas CNE petang... dengar citer tajuk CNE kali nie best so ... lebih baik gie dah tu sekarang nie dah start KPI nanti pemarkahan menurun pulak.....

Saturday, 7 January 2012

DiKisah Lalu Menggambarkan Kisah Kita Yg Kini..

Dalam hidup ini sebagai hambanya yang kerdil, kita tidak akan lari dari kesilapan. Saya selalu ingatkan diri saya dan akan sentiasa saya berdoa agar dijauhkan dari manusia2 yang ingin memisahkan saya dari anak2 saya, kerjaya, ibu bapa dan mahu pun dari agama saya ISLAM...

Mudah sahaja pada saya, jika dikisah yang lalu kita sentiasa menjaga, menyayangi, mencintai dan mengasihi lalu tidak mengabaikan kasihNya kekasih kita yang telah pergi InsyaALLAH.. kebahagiaan yang abadi yang akan kita kecapi biarpun telah dipisahkan jauh darinya.

Dia KasihNya 'Di Awan Biru' yang telah pergi menemui Illahi. Masih lagi kebahagiaan & ketenangan yang saya kecapi bersama anak2 kecil ini. Mereka ketenangan saya dan mereka juga CERMIN kebahagiaan saya... setiap keputusan saya adalah demi kebaikan mereka. Setiap ketegasan saya adalah untuk mempertahankan kasihnya saya pada anak2 ini.

Keakraban saya bersama anak2 tidak dapat saya gambarkan kini. Mereka bagaikan kawan saya dimana2. Setiap pergerakan saya pasti ada mereka. Kami mempunyai minat yang sama & apa yang saya buat pasti akan menjadi perhatian mereka. Kedua2nya semakin rajin membantu saya di rumah. Di luar rumah masing2 sudah tahu bagaimana untuk menjaga diri.... mummy tak susah2 lagi nak pegang tangan mereka seperti baru2 arwah daddy mereka pergi dahulu. Yang mereka buat setiap kali berjalan akan mereka pastikan gerak kaki mereka tidak boleh jauh dari mummy nya ini.

Shopping barang2 dapur saya hanya beri kertas yang tertulis senarai2 barang yang nak dibeli. Kejap lagi sampai sahaja di Pasaraya SB yang sudah pandai membaca akan pegang kertas itu dan sudah semestinya sudah tahu dimana barang2 yang saya mahu itu tempatnya akan beliau ambil & letakkan di trolley yang saya tolak bersama PG.

Yang paling bagus sekali sekarang ini SB dah tahu lihat expired date barang... hmmm sudah semestinya saya yang ajar. Tips mummy untuk anak2... he learn very well now... ur my SmartBoy...

Kata PG .. mummy I love U... u know why.. because u not only my mummy but ur my friend....

Pada saya sebagai ibu & ayah pada anak2 yang masih kecil ini bukanlah semudah yang dilihat. Kadang kala ada juga keletihan & tidak tinggal juga kadang kala kesihatan saya terganggu.. demam... itu sudah biasa pada saya... namun apa yang saya buat adalah lebih kepada menjaga pemakanan dan mengambil suppliment yang membantu saya supaya segar dan sihat sentiasa.

Ape yer nak saya share kan... hmmm.. nanti saya bagi tip2 kesihatan saya untuk kita share kan bersama yer.... kita maghrib dulu....

Soalan CepuMas..

Pagi tadi terbaca email teman... tup2 tanyer 'Konsep Perkahwinan'. Hmmm.. ape nak jawab nie.. mudah sahaja pada saya & jika tersalah tue perbetulkan saya yer... Elok juga update dgn pukpek saya tentang nie mana tau atendant merangkap Cik PA saya yang bujang di klinik tue terbaca site saya nie... he3..

Islam ini indah... Konsep Perkahwinan dalam Islam juga adalah mudah. Dimana adanya ikatan pernikahan yang sah antara lelaki & perempuan yang secara fitrahnya saling tertarik antara satu sama lain. Allah juga mensyariatkan perkahwinan kepada setiap hambanya selaras dengan kehendak fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan.... hmmm faham tu Cik PA.. he3..

Dengan adanya ikatan perkahwinan dari pernikahan yang sah ini mendorong seseorang itu untuk bekerja keras untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Ia juga bukan sahaja dapat merapatkan kasih, sayang dan kecintaan sesama pasangan bahkan ianya juga mampu merapatkan hubungan antara 2 keluarga yang saling tidak mengenali sebelum ini... hmmmm...

Perkahwinan juga ada kelebihannya... kalau dulu tue yang bujang2 tue mahupun yang balik semula bujang tue... ehhemmm... berkahwin dengan pilihan masing2 akan secara automatiknyer terus mampu mengatur & mengubah kehidupan mereka yang bercelaru dulu... ke kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Namun apapun, sematlah dihati setiap pasangan ini akan rasa penuh tanggungjawabnya akan tanggungjawab masing2 barulah kekal abadi & bahagia serta ceria hidup berumah tangga ini.

Apapun diingatkan bagi kaum wanita.. setinggi mana pun pangkat kita di office. En Husband tetap ketua rumah. En Husband kat luar tue ingat yer.. jangan cakap jer kat isteri 'saya suami' tapi tanggungjawab tgk kanan tgk kiri. Tanggungjawab sebagai suami terhadap keluarga adalah berat... bukan sahaja menjaga keperluan dan kesejahteraan rumahtangga tetapi juga perlu berusaha untuk mendidik & memperelokkan akhlak anak2 & isteri dengan cara memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan Allah... iaitu agama Kita ISLAM.. Jadi banyakkanlah bersabar En Husband dalam melayani kerenah2 isteri & anak2 ini.

Buat isteri.. sudah semestinya bukan sahaja sebagai isteri perlu menjaga perut anak2 & suami tetapi peliharalah akhlak, aurat dan hal2/ mahupun rahsia suami demi kesejahteraan berumahtangga... Wahhh.. hebat...

Apapun Berkahwinlah teman2 jika sudah sampai masanya untuk anda berkahwin... kerana:
  1. Harus Berkahwin - tiada tuntutan mendesak untuk berkahwin
  2. Wajib berkahwin - Mampu tunaikan nafkah zahir & batin, takut terjerumus kepada maksiat/ zina.
  3. Sunat berkahwin - Mampu zahir/ batin & ingin berkahwin serta tidak bimbang melakukan zina.
  4. Makruh berkahwin - tidak mampu memberi nafkah zahir & batin.
Perkahwinan merupakan sunnah Rasullulah dalam usaha mengatasi masalah social yang berlaku di dalam masyarakat. Jadi berkahwinlah pada mereka yang kini sedang bercinta... pernikahan dari ikatan yang sah mampu melahirkan individu serta masyarakat yang soleh...

Notes: Kadang2 nak update blog nie.. terasa tempias kat diri sendiri.. huh3...

Biarpun Telah 2tahun kepermegianMu

Hari ini genap sudah 2 tahun saya sekeluarga telah kehilangan adik tersayang. Walaupun sayu dengan pemergian arwah adik akibat dari penyakit cancer yang dihadapinya.. kami redha akan pemergiannya walaupun masih ada kerinduan akan adik yang sentiasa menghiasi keceriaan hari2 kami.

Hari ini, selepas waktu maghrib kami buat bacaan yaasin bersama2 keluarga kami yang kecil ini. Biarpun hanya keluarga kecil ini sahaja.. namun keakraban kami tetap kekal selamanya demi kasih kekasih kami dari arwah adik & arwah suami tenang di tempat yang telah abadi buat mereka.

Setiap kali JANUARI pasti akan ada kesedihan & airmata pada kami. Dari pemergian adik dan di ikuti pemergian arwah suami pula pada Mac tahun yang sama 2010. Bagaikan mimpi saya kehilangan 2 orang yang tersayang. Jauh hati saya pergi hingga terlalu rindu pada mereka.

Masih segar akan pesan arwah suami pada saya semasa menziarah kubur arwah adik pada Januari itu.. 'mummy, kalau daddy tidak ada nanti. Daddy lebih suka jika dikuburkan di kubur yang dekat dengan masjid sebab daddy nak dengar orang mengaji al- quran'... Ya.. daddy, mummy telah tunaikan janji itu utk kasihNya & rinduNya pada kamu.

Arwah suami yang amat penyayang.. sukar benar untuk saya gambarkan bagaimana penyabarnya arwah dalam menangngani setiap situasi.. tidak kira dalam melayan kerenah kami anak beranak.

Hanya dengan 1 tragedi.. malam 28 Mac 2010.. sekelip mata saya kehilangan arwah suami di depan mata saya. Pergi takkan kembali.. biarpun sudah 2 tahun kejadian yang menimpa arwah namun airmata tetap hadir buat isterinya ini. Perginya didakapan saya.. terlalu sayu hati ini melihat tangannya yang semakin lemah memegang jari jemari saya di saat itu. Matanya melihat mata ini bagaikan mahu mengatakan sesuatu pada saya yang dia akan pergi buat selama2 nya..

Pesan daddy sebelum kejadian tidak pernah akan saya duga ianya adalah pesanan terakhir.. malam terakhir akan memisahkan kami antara dunia yang sementara ini. 'mummy, esok jemput anak2 dari sekolah yer... daddy tak tahu balik bila. Jangan jauh dengan anak2'.....................

2Tahun ketiadaan arwah kasutnya masih saya simpan.. dan diari dari beg hitamnya masih saya simpan kerana hanya itu sahaja kenangan yang dapat saya lepaskan kerinduan padanya. Melihat tulisannya di diari.. melihat kasut kesayangannya itu membayangkan saya akan kakinya yang comel itu.

Anak2 kadang2 suka bertanya kepada saya bagaimana daddy... dan akan saya katakan daddy sama seperti kamu berdua. Baik & bijak seperti kamu dan kenapa daddy pergi meninggal kita bertiga. Itu adalah janji ALLAH takkan sesaat ia abaikan jika sudah sampai masanya untuk daddy pergi menemuiNya Yang Maha SegalaNya.

SB selalu katakan pada saya... 'mummy, daddy kata abang kena jaga mummy & adik kalau daddy tak ader'. Sayu hati ini mendengar anak kecil ini berkata sedemikian. Walau usianya masih muda tetapi kematangan dengan kisah lalu membuatkan beliau tahu akan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki dan abang kepada adik perempuannya.

PG wajahnya saling tak tumpah wajah daddy nya. Senyumannya & telatahnya sekaligus mampu menyejukkan hati & keletihan saya bekerja. PG selalu katakan pada saya 'adik x mahu jauh dengan mummy.. adik nak selalu ada dengan mummy'... yer adik mummy takkan jauh dengan kamu berdua... mummy selalu letakkan kasih & sayang mummy buat kamu selamanya di hati ini seperti kasihNya mummy pada arwah daddy kamu 'Di Awan Biru'.

Akan mummy simpan & abadikan blog ini buat kamu agar suatu hari nanti sampai masanya akan diambil alih oleh kamu berdua blog ini... biarlah ia kenangan buat kamu.. bagaimana kamu di masa kecilmu dan bagaimana mummy kamu di masa kecilmu.

AkhirNya 'Di Awan Biru' Bermuka Baru


Hmmm.. hampir sebulan nak edit semua nie dan sudah sampai masanya untuk aktif semula. Untuk pengetahuan semua KasihNya 'Di Awan Biru' telah digantikan dari blog lama 'Impian Isma'. Tahun baru blog pon baru.. tuan empunye blog masih yang lama... he3..

Ingat mudah nak edit muka baru blog nie rupe2nye payah juga.. nasib baik ada blogger2 lain yang meletakkan tip2 utk edit background/ templets or banner2 blog... hmmm.. tak payah pergi kelas baca jer blog mereka sudah boleh cuba di blog sendiri. ape pon thank blogger2.

Blog baru kali nie.. my kids suke sgt2.. ader karton & color kesukaan mereka katanyer. SB nampak excited mana taknye semenjak setahun sudah pandai membaca nie blog mummy jadi salah satu tempat bacaannya. PG no respon.. paling habis pon suke dengar lagu yang mummy letakkan di blog.

Blog baru buat saya semakin hari semakin kerap nak update.. hmm.. harap2 mood rajin nie berkekalan..

Buat follower dari 'Impian Isma' dahulu saya harap dapat follow ke blog 'di Awan Biru' ini pula yer... harap maaf kerana blog lama tidak saya aktifkan semula. Sedih juga blog yang telah saya aktif dari 2008 hingga ke 2011 itu tidak dapat saya paparkan semula. Namun kenangan dari blog 'Impian Isma' tidak saya ketepikan namun masih saya abadikan dihati kerana ialah permulaan segala2 sehingga kepergian arwah suami ke Rahmatullah.. KasihNya 'Di Awan Biru'.

Thursday, 5 January 2012

'PinkyGirl' Kerap Merajuk

Hmmm.. semenjak sekolah bermula nie.. PG suke merajuk. Muncung panjang jerrr... mane taknyer sebelum nie pergi jer sekolah PG tak duduk diam teacher biarkan sekejap. Kemudian suke jalan2 tengok kawan2.

Tahun nie PG dah mula masuk ke kelas dah takder dah sessi outdor seperti 2 tahun yang sebelum ini. PG nampak stress... tapi dalam stress & merajuk tue mummy nampak ok jerrr.... makin manje mummy tengok ader la.

Harap2 PG dapat sesuaikan keadaan dalam 2 ke 3 minggu nie. SmartBoy!! mummy pulak... mummy tengok semakin bijak dan padanya ke sekolah tue memang kesukaannya. SB melihatkan perkembangan yang membanggakan mummy membaca dari English ke Bahasa Melayu semakin fasih... sekarang nie pun segala Majalah2 mummy SB suka baca.

Mummy harap tahun ini kamu semakin dapat menyesuaikan keadaan. Mummy sayang kamu. Study Smart dan jangan lupa dengar cakap mummy.. kalau mummy tegur mahupun senyap seketika bukan kerana marah tapi mummy mahu kamu tahu mummy sayang kamu berdua.

Tuesday, 3 January 2012

'JANUARI' Kami Di Awan Biru


Setiap kali tahun baru pasti akan ada kepiluan... pilu akan kenangan lalu yang membuatkan kami yang 2 tahun lalu ada Sirman yang sentiasa meraikan Birthday kami... daddy, mummy & My2D... 'Januari Family'..

Dahulu akan ada Lily Putih buat saya dari Sirman... bunga kesukaan saya sehingga kini. Kenangan lalu buatkan kadangkala airmata tiba2 mengalir. Di hati ini mengingatkan saya betapa rindunya saya pada dia dia awan biru... bagai mimpi tragedi lalu buatkan saya terpisah jauh darinya kasih kekasih yang disayangi.

Segalanya tidak seperti dulu.. semuanya buat anak2 tersayang... ketabahan, keredhaan dan kepasrahan hati mengharungi ujian2 Allah saya lalui.. kerna saya percaya akan ada hikmah disebalik pengorbanan ini buat anak2 comel saya...

Januari 2012.. My2D sudah semakin dewasa.. yang abg sudah 6tahun manakala adik sudah 4thn.. melihat mereka ke sekolah hari nie.. sayu rasanya, entah kenapa pagi nie di depan pagar sekolah hari ni 2 beradik nie peluk cium saya dengan tiba2.... bila saya bertanya 'kenapa peluk mummy ni'... kata BigBrother 'abang dengan adik sayang mummy'... saya senyum sepanjang jalan selepas meninggalkn mereka.... tapi airmata mengalir juga... terlalu sedih tak mampu saya menipu diri saya sendiri... kerana untuk membesarkan mereka banyak kesedihan & kepiluan tanpa arwah saya harungi demi anak2. Saya kuatkan hati perlu bertahan dan cekalkan hati ini.... dan jangan sesekali saya tunjukkan saya menangis depan mata anak2 kecil ini.

Apa lagi yang saya perlukan di dunia ini melainkn melihat anak2 ini membesar di depan mata ini selagi bernyawa. Setiap hari sebelum tidur pasti akan lihat anak2 kecil ini tidur di bilik nya... ciuman di dahi mereka x pernah saya lupakan... kerna hanya itu yang mampu saya lakukan buat mereka menyenang saya ibunya yang terlalu menyayanigi mereka hingga hujung nyawanya..

Hampir 2thn, kami tanpa arwah.. semua kenangan bersama arwah tidak pernah kami lupakan. Bigbrother sentiasa ingat akan daddy yang tidak pernah lekang dengan senyumannya... daddy yang penyayang dan amat penyabar dalam apa yang dilakukannya.... tidak pernah mengeluh malah sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian... Kata2 arwah tidak pernah saya lupakan 'mummy masalah tetap masalah... kita tidak boleh lari dari masalah tapi kita perlu cari jalan penyelesaiannya... jadikan ia pengalaman bukan mengeluh'.... dan itulah yang saya lakukan sehingga kini... tetap mengharungi ujian yang datang.. cari jalan penyelesaian supaya ujian itu tercatit di diari hidup saya selama2nya.... pengalaman mengajar erti kedewasaan yang sebenar.

Sunday, 1 January 2012

JiwaKu Tetap Di Blog


Apabila segala kembali seperti biasa. Hampir seharian mengemaskini blog baru ini... jenuh juga refresh balik my mind ini utk edit segala2nya yang biasanya di buat oleh arwah suami. Namun akhirnya berjaya juga... itu maknanya bijaklah isterinya ini utk blogging2 nie... kih3...

Kini saya Alhamdulillah.. segala2nya semakin tenang & inilah jiwa saya yang sebenarnyer.. Blog adalah segala2nya. Tetap di hati... dan 'akulah jiwa2 pencinta blogger'. Di sinilah jugalah keceriaan yang sebenarnyer buat saya.

Alhamdulillah pengalaman mengajar saya menjadi insan yang kerdil ini di sisi Allah yang sentiasa pasrah & redha dengan segala ujiannya. Tak pernah rasa terpencil di bumi ini walaupun kasih kekasihnya jauh di awan biru.

3bulan tanpa blog bagaikan sepi.. sunyi namun jari jemari ini pasti dengan buku pinknya yang sentiasa dibawa kemana2 & tiada siapa yang tahu di mana saya simpan buku itu sehingga kini. Ialah adalah diari bagi segala2nya. Kata teman kisah2 yang saya lalui jika dijadikan novel pasti akan seperti 'Lagenda Budak Setan' ataupun 'Ombak Rindu'.... hmmmm ... ye ker... takyah kot dijadikan novel biarlah mereka2 yang pernah wujud di dalam hidup saya yang akan mengenangnya buat seumur hidupnya...

Saya pasti seceria dulu.. kerna saya percaya:

Allah tidak pernah menjanjikan langit selalu biru
Allah tidak pernah menjanjikan jalan hidup tanpa batu
Allah tidak pernah menjanjikan matahari tanpa batu
Allah tidak pernah menjanjikan kebahagiaan tanpa kesedihan
Allah tidak pernah menjanjikan kejayaan tanpa perjuangan

Kadang2 kita dapatkan kilat, petir dan badai tapi bukankah kita tahu akan hadir pada masanya nanti pelangi setelah hujan....

Allah menjanjikan kemudahan bersama kesulitan
Allah janjikan rahmat dalam ujian
Allah janjikan ganjaran dalam kesabaran
Allah janjikan keteguhan hati dalam perjuangan

Semoga senyuman, keceriaan & ketabahan hati saya bersama anak2 kekal abadi buat selama2nya... InsyaAllah..