Skip to main content

Posts

MH17 ;-(

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang terlibat dalam MH17. Semoga seluruh keluarga arwah dikurniakan ketabahan & kekuatan dalam menghadapi ujian & musibah ini. 'Orang yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Seseungguhnya kami adalah kepunyaan Allah & kepadaNya jualah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk'.  (Surah Al-Baqarah:156-157)

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat....

Danish Sudah Mula Berpuasa

Hari nie masuk minggu ke-2 Danish berpuasa. Tengok sekarang nie abang dah mula membiasakan diri untuk berpuasa penuh bulan nie. Cuma bila petang abang balik ke sekolah ibu tengok mukanyer letih kemudian asyik tidur sahaja sepanjang jalan. Minggu pertama puasa ada juga abang cuba-cuba nak minum air. Katanya 'abang rasa haus ibu'... sian tapi kena belajar sikit-sikit yer abang. Tapi dalam lapar-lapar tue bermain.. bergurau dengan adik tak pula dia rasa haus.. jadi ibu biarkan ajerlah janji kamu tak minta minum sepanjang berpuasa nie. Saat-saat yang dinanti untuk menjamu selera Bab berbuka puasa.. hmmm, abang akan berbuka puasa sepuas-puasnya. Ibu tengok abang makan ayam pun ibu dah nampak abang betul-betul menikmati makanan yang dihidangkan. Apapun ibu tengok abang bukanlah cerewet bab-bab menu makan nie. Tak kira berpuasa atau tidak abang akan makan apa yang ada tapi kalau lauknyer kena dengan selera abang bertambah la nasi 2 ke 3 kali nyer.  Favorite food ma...

Di Saat Kita Diuji...

Didalam kehidupan kita ini, perlu adanya pengorbanan.Pengorbanan memerlukan perjuangan seiring dengan ketabahan hati bagi meneruskan liku-liku pahit, perit dan manis kehidupan. Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi kehidupan ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekatiNya. Yakinkan diri, Kuatkan azam dan cita-cita. Jangan tunjukkan kelemahan diri kita kepada Syaitan yang tidak pernah berhenti menghasut kita agar terus lemah. Yakinlah dalam diri bahawa setiap ujian adalah tanda Allah sayang kepada kita. Ketahuilah bahawa selepas setiap ujian itu selesai pasti akan datang ujian yang seterusnya. Maka bersedialah untuk menghadapinya. Gambar ketika menghadiri kursus di Bangunan MNA, Petaling  Jaya Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuanNya.Apa yang ditetapkan buat kita adalah yang terbaik. Buat Teman yang baru sahaja sehilangan insan tersayang tem...

Happy Nurses Day - 2014

Happy Nurses Day Buat semua jururawat Di Malaysia & seluruh pelusuk dunia. Walaupun tahun ini sambutan Nurses Day disambut serba sederhana di PICC baru-baru ini. Namun hadiah sejambak bunga rose dan kehadiran Menteri Kesihatan Malaysia YB Datuk Seri Dr S.Subramaniam & Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia YBhg Datuk Dr Noor Hisham dalam majlis tersebut membuat kami berasa syukur kerana sudian mereka meluangkan sedikit masa untuk merasmikan pembukaan majlis dan sekaligus memeriahkan majlis yang serba ringkas ini. Tema tahun ini 'Nurses: A Force For Change- Vital Resource for Health' bertepatan dengan budaya perubahan bagi perkhidmatan jururawat secara menyeluruh dan mencapai status kesihatan Negara Maju.  Apapun pada pendapat saya mengikut pada kemajuan teknologi & perkembangan kemajuan dunia kini penjagaan kesihatan sudah semestinya akan berubah & berkembang. Dengan itu, sudah semestinya profession jururawat kini menjadi penyumbang aktif & inovasi dalam...

Bila Dah Jumpa Air

Hmmm... nak dijadikan cerita anak-anak nie macam biasa bila dibawa berjalan pasti ada sahaja yang diimpikannya. Kemudian bila dah sampai ke destinasi yang dituju pasti kalau dilihatnya swimming pool or beach pasti 15minit sekali tanya ayah... 'bila nak swimming ayah? boleh swimming tak ayah?' Yang suka bodek ayah pastinya bum-bum Dhiya dah semestinya mengempel sahaja tepi ayah selagi tak dijawab itu jugalah yang disoalnya. Ayah yang penuh kesabaran dah semestinya melayan kerenah anak-sampai tak tahu entah berapa banyak pictures anak diambilnya. Cer tengok muka bum-bum yang semestinya takkan senyum selagi yang dihajatinya tak dipenuhi. Senyum payah sekali. Brother Danish macam biasa sentiasa cool. Nie tengok pulak kan muka bum-bum dah berubah sepanjang kat pool ketawa sahaja yang peliknya siap ada kawan pulak tue... bum-bum x3... However, Syukur Alhamdulillah, relaxing together with family was fun... especially ayah thank you with huge because always be pati...

April yang Busy

Hari weekend begini macam biasa rehat di rumah.. dan macam biasa juga dengan kesibukan di tempat kerja menanti saat akan di audit minggu hadapan ada 2 3 fail perlu di semak dan di update. Jadi fail-fail nie kenalah dibawa ke rumah untuk dikemaskini kalau tak kena berkampung lagi di wad. Bulan nie nampaknyer tak cukuplah rehat gamaknyer yer mak jemah. Bulan mei nie preparation untuk sambutan Hari Juruawat Sedunia pulak... dan nampankyer nie mesti kena oncall malam pulak. Apapun tempat kerja juga yang membuatkan hati lebih tenang... rumah ke2 selain rumah sendiri. Semoga tempat baru mak jemah di cardiology meningkatkan lagi ilmu pengetahuan perawatan & pengurusan wad. Hmm... upload lily flower .. my favorite flower... harap my lovely lily tenang di sana. Miss you a lot.