Tiada apa lagi yang menggembirakan hati seorang ibu hanya dengan melihat anak yang dijaga semakin meningkat dewasa. Teringat pada mula-mula arwah tiada dulu. Anak teruna inilah kawan & penguat semangat ibu untuk menjalani urursan hariannya dalam mengurus mereka berdua. Danish memang dari kecil susah untuk bercakap hanya bila perlu sahaja dia akan berkata & bertanya. Tapi sesiapa yang mula rapat dengannya dia akan mula ramah. Minat sangat pada buku-buku, beli sahajalah apa sahaja buku buatnya pasti akan dibacanya sehingga habis. Satu perkara yang ibu selalu akan bising & membebel dengan abang Danish nie satu jer... asal balik sahaja kasut sekolah macam baru balik kebun. Kasut Putih boleh jadi hitam. Alhamdulillah pelajaran tiada masalah pada abang nie, minat pada pelajaran itu ada... di Daycare juga tiada rungutan dari teacher mahupun pengasuh beliau. Malah anak kesayangan pada teacher nya di Daycare. Di rumah, sudah boleh diharap membantu ibu di dapur....