Skip to main content

Tiada Apa Yang Dapat Dibanggakan..??

Tiada apa yang dapat dibanggakan dalam hidup ini sebagai sebagai seorang wanita.... hanya apabila dianugerahkan oleh Allah kepada saya menjadi seorang ibu... mummy kepada 2 cahayamata yang semakin dewasa.

Hari2 yang difikirkan hanya utk mereka. Setiap yang saya usahakan untuk berjaya dalam kerjaya saya kini... hanya dihati adalah mereka. Biarpun kadang kala airmata yang menjadi teman dimalam hari namun tidak pernah saya letakkan di hati ini utk berputus asa.

Anak adalah anugerah dari Allah... ianya adalah amanah Allah utk saya jaga.. dan dari kain yang putih lahirnya anak2 ini.... dan yang akan mewarnainya juga adalah saya...

Biarpun mereka sudah ketiadaan daddy.. namun tidak pernah anak2 ini terasa akan kekurangan mereka tanpa daddy... sayalah mummy dan daddy buat mereka. Dihati ini abadi kasihNya di Awan Biru... kekuatan dan ketabahan ini pasti akan terbayang akan mata dan wajah arwah suami di hari terakhirnya... dan akan ku berpegang pada janji dan amanah terakhirnya sehingga ke hujung nyawa.

2012 adalah tahun ketiga kami tanpa arwah... Alhamdulillah setiap hajat arwah pasti akan saya laksanakan seperti yang dikehandakinya... syukur... semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan hati buat saya demi anak2 ini.

Tahun baru juga adalah lembaran baru yang membahagiakan saya... satu persatu keceriaan yang datang... Alhamdulillah... syukur....

Januari 2012 bukan sahaja bulan kelahiran saya dan anak2.... tetapi ia juga hadiah yang di nanti2kan oleh saya selama 9tahun perkhidmatan saya sbg SN... kenaikan pangkat adalah hadiah buat anak2 tersayang... airmata mak dan abah tanda kebanggaan dan rasa terharu kerana melihat kepayahan anaknya ini ada juga rahmatnya... ianya juga hadiah buat mak abah yang tidak putus2 berdoa yang terbaik buat anak mak ini...

Tahun baru!!! hanya 3 shj target utk tahun ini.. hmmm aper tue!!! hmmmm 'Biarlah Rahsia'... semoga target ini tercapai sblm hujung tahun.

Buat anak2 mummy sayang... jadual kita tahun nie ketat sikit... SB kena focus dgn study lebih sedikit bagi persediaan kamu ke standard 1 next year... PG mummy yang cute.... tahun nie dah mula follow kelas tuisyen dgn SB... happy sangat sekarang... mummy nak PG rajin sikit follow SB yang rajin buat revision di rumah...

Bila terbangun dari tidur tiada apa yang saya cari melainkan melihat PG yang tidur disebelah saya kemudian jenguk pula SB di bilik sebelah..... pagi nie tgk SB tidur dengan buku cerita baru yang saya beli baru2 nie.... hmmm patutla bilik tidur kamu terang shj... bila dah tahu membaca nie buku cerita pon dibawa bersama....


Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat..

Jom Tonton RoboCop 2014

Nak story dulu sebelum nan tonton wayang ngan family minggu nie.. Belum tengok version 2014 filem RoboCop lagi.. tapi dah ada kakitangan yang cakap filem nyer lebih kurang sama dengan filem yang dulu. Hmm... tak kisah la janji dapat tengok filem ni jugak.. anak-anak dah excited dah nie... maklumlah filem-filem cyborg macam nie memang SB (Danish) suka sangat-sangat... Apapun, hanya yang lahir pada tahun 70-80an sahaja yang akan memahami... nak tahu kenapa download dulu filem RoboCop 1987 nie dari Youtube.. nanti akan faham... promote2.. Note: macam biasa sebelum tonton wayang nak ajak Sirman bawa gie makan ayan penyet dulu baru masuk panggung nanti lapor...