Muhammad...   Dhiya Nabihah...   Berlari anak2 ini dengan ketawa   Ketawa memeluk kaki kecil daddy   Daddy yang sentiasa ada menceriakanmu     5tahun berlalu   Bagai semalam kejadian itu   Takdir yang memisahkan ibu & daddy   Nyawa ibu jauh pergi tinggalkan ibu     Andai ditanya ibu   Ibu masih ingatkan daddy?   Pasti duhai anak   Dia sahabat baik ibu   Dia nyawa ibu   Dia teman tawa & tangis ibu     Dia keceriaan ibu   Ibu semadikan kasih sayang ibu   Ibu simpan airmata ibu    Ibu cekalkan hati ibu   Semua buat kamu     Wajah anak2 ibu   Lambang keceriaan ibu dahulu   Semangat & nyawa ibu   Itulah kamu anak ibu     Dia bos ibu   Dia pengkritik hebat ibu   Dia luangkan masanya untuk kasihnya   Dia tak mengeluh kerana kita     Daddy ada impian   Impian setinggi gunung    Semua buat kamu   Anak2 ibu     Kini ibu & amanah   Amanah untuk mencapai impian itu   semua buat kamu   Nyawa ibu     Jaga diri baik2   anak2 ibu sayang   Daddy tak pernah jauh dengan kita...