Skip to main content

Tidak Semudah Mata Yg Melihat

Malam yang terlalu sayu... amat terasa terlalu rindukan pada KasihNya kekasih di Awan Biru. Semenjak bertukar ke uniform baru.. byk tanggungjawab yang bertambah... semakin bertambah jadual harian saya. Wake-up time pon sudah semakin awal.. kalau dulu bangun 4:30pg tetapi sekarang awal 1/2jam... masak, siapkan beg/ bekal makanan anak2 utk ke sekolah.... kmdn mengaji Al-Quran, solat dan sebagainya.... keluar rumah pon semakin awal juga. Alhamdulillah anak2 amat memahami situasi kerja saya sekarang ini...

Kata salah seorang teman yang mengenali saya dgn rapat...' Jika ada arwah pasti dia bangga dengan kan..'. Awrah pasti akan bangga dengan isterinya ini.. semangatnya ketabahannya dan kecekalan hatinya sentiasa disematkan dihati ini... dia bagaikan sentiasa ada bersama saya... dia segalanya... airmata pasti mengalir disetiap kepayahan yg saya lalui tanpanya... Hanya Allah yang mengetahui bgmn & apakah yg saya lalui sehingga kini.

2 minggu di penempatan baru.. jawatan baru. Bukanlah semudah pada mata yang melihat... mungkin ada yang akan berkata mudanya KJ nie... namun akan saya usahakan disebalik usia saya itu ada kebijakkan akal dalam melaksanakan tanggungjawab yang perlu saya laksanakan setiap hari. Semoga pengalaman kerja di jawatan lama membantu saya dalam memahami setiap masalah atau kepayahan yang saya lalui kini.

Di hari pertama di tempat baru... adalah hari yang benar2 menduga ketabahan hati saya... diawal pagi sedang saya mendengar nurses passing over report mata saya terlihat pesakit2 cancer di wad saya... sayu hati teringatkan arwah adik yg melawan penyakit cancernya 2tahun dahulu... Dihati tak putus2 saya katakan ' Ya Allah... berilah ketabahan & kekuatan hati mereka dalam melawan penyakit cancer yang mereka hidapi'....

Hampir 2 minggu saya berusaha cekalkan hati supaya tidak menangis di depan pesakit2 di wad saya ini. Saya tekadkan di hati, semoga kata2 semangat saya nanti akan mendorong mereka utk melawan penyakit mereka ini....

Buat staff di wad saya.. terima kasih kerana memahami dan sentiasa bekerjasama dgn saya sepanjang saya bertugas dari pagi ke petang... semoga segala usaha saya dipermudahkan.. Amin..

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi imp...

OPPO smartphone hilang huh3..

sekadar gambar hiasan.. heh3.. Huh3.... sedihhhhhhhhh... handphone hilang. nasib smartphone nie ada kebaikannya.. buah hati nak call pon kena guna phone mak mertua.. Gini ler, nasib suami isteri dok jauh2... ada 7bulan lagi nak habis study nie macam-macam ujian datang. Alhamdulillah.. Allah kasih pada kita namanya tue..  Buat Mamat bongok yang ambil phone tue x mengaji lebih tentang kebaikan smartphone nie. Ha!!!! ambik la sgt phone tue.. tp telefon mainan la utk ko... skrg phone tue automatik x boleh berfungsi utk ko... dgn NO Imei n SD yang aku ada dah aku bank!!!! phone utk selama2nya... Bongok.. Hahahaha... 1st time marah kat blog nie... selalu jiwang2 jer... ha!!!! NAMPAK...!!!!! Note: selalu ingatkan diri untuk lebih redha.. Allah akan beri yang lebih baik selepas nie... Ameen...

Cukuplah Jika Ianya Sekadar Meringankan Kesedihan Seseorangan..

Dalam hidup ini pada saya cukuplah jika dapat saya meringankan kesedihan seseorang... bukan mudah untuk meharungi hidup setelah perginya kasih yang terdahulu menemuiNya... takdir yang telah tersurat buat kita dan bukan semudah mata yang melihat berbanding kita yang melalui ujian ini... perginya mereka yang kita rindui buatkan kita sedar bahawa ianya hanya pinjaman buat kita sebagai hambaNya... Saya percaya kita takkan dapat menghilangkan kesedihan yang dihadapi oleh yang 'berduka' itu. Cukuplah sekurang-kurangnya saya boleh memberi ketenangan serta sokongan bagi beliau terus yakin akan jalan yang harus dilaluinya... Kadang2 bila difikirkan balik tak semua hambaNya akan diberi ujian sebegini... yakinlah wahai yang 'berduka' Allah memilih kamu kerna dia yakin kamu dapat mengharunginya dengan sebaik2nya... Kesedihan akan kehilangan sememangnya mengambil masa yang lama... kita takkan menjangka bila akan kesedihan itu berakhir... hati selalu berkata duka ini membuatkan kita ...