Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Seperti Baru Semalam Pemergiannya

Hari nie sudah genap 2tahun pemergian arwah suami ke rahmatullah... namun hati & fikiran ini terasa seperti baru semalam arwah pergi meninggalkan saya & anak2. Tragedi yang menimpa masih bermain2 difikiran... Namun keredhaan akan takdir yang meminsahkan kami sebegini tidak pernah saya lupakan. Seharian saya sebokkan diri agar tidak terasa akan tarikh ini. Namun pada teman yang masih mengingati tarikh ini pasti memahaminya... dan ada juga yang menegur 'masih ingat tak hari ini hari apa'.... seperti biasa senyum sinis yang akan saya berikan... masih ada yang masih mengingatinya. Buat kata seorang teman... 'budak nie senyum jer dia... macam takder jer masalah dia'... apapun biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya... Entah kenapa hari ini seperti tenang sahaja hari2 saya di tempat kerja. Anak2 juga tidak banyak kerenah tetapi kenapa tiba2 aku menangis nie.. Pagi nie pulak di depan sekolah anak bujang mummy SB cium dahi mummy dan sempat pula cakap 'mummy!! abang

Tidak Semudah Mata Yg Melihat

Malam yang terlalu sayu... amat terasa terlalu rindukan pada KasihNya kekasih di Awan Biru. Semenjak bertukar ke uniform baru.. byk tanggungjawab yang bertambah... semakin bertambah jadual harian saya. Wake-up time pon sudah semakin awal.. kalau dulu bangun 4:30pg tetapi sekarang awal 1/2jam... masak, siapkan beg/ bekal makanan anak2 utk ke sekolah.... kmdn mengaji Al-Quran, solat dan sebagainya.... keluar rumah pon semakin awal juga. Alhamdulillah anak2 amat memahami situasi kerja saya sekarang ini... Kata salah seorang teman yang mengenali saya dgn rapat...' Jika ada arwah pasti dia bangga dengan kan..'. Awrah pasti akan bangga dengan isterinya ini.. semangatnya ketabahannya dan kecekalan hatinya sentiasa disematkan dihati ini... dia bagaikan sentiasa ada bersama saya... dia segalanya... airmata pasti mengalir disetiap kepayahan yg saya lalui tanpanya... Hanya Allah yang mengetahui bgmn & apakah yg saya lalui sehingga kini. 2 minggu di penempatan baru.. jawatan baru. Buka