Tuesday, 28 January 2014

Melihat Mereka Membesar


Hampir 5tahun membesarkan anak-anak. Kehidupan semakin bertambah ceria bukan kerana saya telah berkahwin semula tetapi semangat yang saya miliki dari takdir yang harus saya lalui di kisah yang lalu dengan membesarkan anak-anak sendirian. Itu yang membuatkan hati saya kuat apatah lagi melihat mereka membesar di mata sendiri dengan susah dan senang bersama mereka. Anak-anak yang menguatkan hati ibu untuk terus ceriakan hari-hari kamu.

Keceriaan hari-hari saya adalah dengan kehadiran anak-anak ini. Melihat perkembangan dalam pembelajaran Danish di sekolah membuatan saya lagi kuat. Abang yang sentiasa berusaha menjadikan contoh kepada adik tersayang Dhiya.

Mudah untuk kita merasakan kuatnya ikatan kasih antara kita dan anak-anak. Cuba lihat apabila kita berjalan bagaimana anak-anak kita berjalan.. Adakah dia akan mengambil tangan kita untuk dipimpinnya. Itulah yang dilakukan oleh dua beradik ini buat ibunya ini. Hanya ibu buka tangan ini pasti jari-jari comel mereka ini akan menggenggam jari ibunya ini. 

Kemudian cuba kita tanya siapa idola anak manja kita... kalau dijawabnya ibu. Cuba perhatikan cara pemakaiannya di rumah dan ketika diluar? adakah mirip ibunya... dan itulah dia sikap anak manja ibu Dhiya. Keseluruhan minat ibu dimiliki olehnya.. buat kata mak 'klon mak dia masa kecil2'.. sayang anak ibu. Anak manja yang kuat merajuk, tapi bila ibu marah dialah yang akan menyejukkan hati ibu. Abang macam biasa relax sahaja.

Teringat ibu waktu mula-mula arwah daddy tiada. Danish dah mula pandai bawa diri dan sentiasa bantu ibu di rumah mahupun waktu kita berjalan-jalan diluar. Pasti kamu yang akan menjaga adik. Dhiya pulak ketika itu masih memakai pampers terus tidak mahu memakai pampers.. siap kata 'mummy adik taknak pampers, adik nak shi shi kat toilet'... hmmmm... adik bijak macam abang.

Bersiar=siar di luar pasti kamu akan jadi perhatian ramai kerana melihat telatah abang yang sentiasa memegang tangan adik kemudian kamu bergurau senda bersama. Ada juga yang mengadai kamu 'kembar' namun hakikatnya tidak. 

Ibu ingat lagi setiap kali kita travel pasti bag travel ibu sediakan buat kamu berdua. Mana setiap bag pasti ada wet tissue, mineral water dan towel. Kamu berdua pon dah tahu apa nak buat bila dah travel dengan ibu dan tak pernah sekali kamu susahkan ibu setiap kali kita travel. Namun kita tetap enjoy bersama dan apa yang ibu mahu kamu tidak berasa sunyi akan kasihnya seorang ayah.

Mungkin tahun ini ibu kena buat plan travel buat kita bersama dan mungkin kali ini kena plan properly bukan macam dulu anytime kita boleh travel. Ini memandangkan abang Danish sudah bersekolah dan kita kena rancang baik-baik agar persekolahan abang tidak terganggu.

Cuma buat masa nie ibu kena banyak focus dekat si manja Dhiya dalam bacaan... nie pandai cakap english n chinese pon x boleh juga adik kena pandai baca juga penting tue. Nie nak mengaji iqraq lagi.. tak boleh main-main dah.. manja-manja jugak ada kala ibu kena bertegas dengan adik demi kebaikan adik. mmuuuaahhh...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.