Kehidupan ini bukan sekadar hanya kerja-kerja rutin harian yang kita lakukan tetapi kehidupan adalah 'KESEMPATAN' yang Allah berikan kepada kita sebelum kita kembali kepadaNya. Kesempatan atau peluang buat kita mencurahkan kasih dan sayang kepada insan-insan yang kita sayang. Kesempatan untuk kita mengenali insan-insan disekeliling kita.
Atau kata nama lainnya kesempatan untuk kita berbahagi suka duka kehidupan kita bersama-sama dia yang kita sayang...
Hidup akan terus berjalan seiring dengan berjalan waktu pagi siang dan malam... tidak ada kata 'tidak berkesempatan untuk mengenali insan yang kita sayang'... Jangan sia-siakan insan-insan yang menyayangi kita. Rugilah kita sekiranya disia- siakan 'Kesempatan' yang ada sebelum ia terjadi nanti...
NOTE: Buat Sirman, terima kasih kerana sentiasa buat kehidupan kami ceria. Terima kasih kerana sentiasa mengadakan masa buat kami. Terima kasih kerana sentiasa prihatin dengan kebajikan PG & SB. Terima kasih kerana buatkan anak2 ini dapat kembali rasanya KASIH & SAYANG dari seorang ayah. Terima kasih kerana tidak buatkan kami sunyi... Terima kasih kerana sentiasa mengusik PG yang terlalu sayangkan AYAH... THANK YOU b... ;-)
Comments
Post a Comment