Happy Nurses Day Buat semua jururawat Di Malaysia & seluruh pelusuk dunia. Walaupun tahun ini sambutan Nurses Day disambut serba sederhana di PICC baru-baru ini. Namun hadiah sejambak bunga rose dan kehadiran Menteri Kesihatan Malaysia YB Datuk Seri Dr S.Subramaniam & Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia YBhg Datuk Dr Noor Hisham dalam majlis tersebut membuat kami berasa syukur kerana sudian mereka meluangkan sedikit masa untuk merasmikan pembukaan majlis dan sekaligus memeriahkan majlis yang serba ringkas ini. Tema tahun ini 'Nurses: A Force For Change- Vital Resource for Health' bertepatan dengan budaya perubahan bagi perkhidmatan jururawat secara menyeluruh dan mencapai status kesihatan Negara Maju. Apapun pada pendapat saya mengikut pada kemajuan teknologi & perkembangan kemajuan dunia kini penjagaan kesihatan sudah semestinya akan berubah & berkembang. Dengan itu, sudah semestinya profession jururawat kini menjadi penyumbang aktif & inovasi dalam...