Hampir 5tahun membesarkan anak-anak. Kehidupan semakin bertambah ceria bukan kerana saya telah berkahwin semula tetapi semangat yang saya miliki dari takdir yang harus saya lalui di kisah yang lalu dengan membesarkan anak-anak sendirian. Itu yang membuatkan hati saya kuat apatah lagi melihat mereka membesar di mata sendiri dengan susah dan senang bersama mereka. Anak-anak yang menguatkan hati ibu untuk terus ceriakan hari-hari kamu. Keceriaan hari-hari saya adalah dengan kehadiran anak-anak ini. Melihat perkembangan dalam pembelajaran Danish di sekolah membuatan saya lagi kuat. Abang yang sentiasa berusaha menjadikan contoh kepada adik tersayang Dhiya. Mudah untuk kita merasakan kuatnya ikatan kasih antara kita dan anak-anak. Cuba lihat apabila kita berjalan bagaimana anak-anak kita berjalan.. Adakah dia akan mengambil tangan kita untuk dipimpinnya. Itulah yang dilakukan oleh dua beradik ini buat ibunya ini. Hanya ibu buka tangan ini pasti jari-jari comel mereka ini akan...