Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Hikmah disebalik Ujian Allah

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidk pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita tau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga mematangkan kita. Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri

Kasih Kekasihnya di awan Biru

Alhamdulillah.. Akhirnya saya kembali semula di tempat yang sebenar2nya buat saya. Syukur padaNya dan biarlah kali ini.. blog ini hanya buat pada mereka2 yang benar2 menerima seadanya kami. Menerima siapanya penulis blog ini... kerana 'Kasih Kekasihnya Di Awan Biru'. Dihati ini masih ada dia yang di awan biru.. kekal abadi di hati. Kekuatan dan ketabahan hati ini semuanya dipelajari dari suami yg amat menyayangi diri ini... Dia yang terdahulu menemuiNya. Hanya Allah yang mengetahui bgmn rindunya pada kasih kekasihnya ini. Hanya Dia Yang Maha SegalaNYA mengetahui bgmn hambaNya ini melalui liku2 hidup ini. Namun syukur & redha ini tidak pernah putus kerana dariNya jua hambaNya ini sentiasa diberi petunjuk bagi kemudahannya dalam mengharungi hidup ini. 'Cintaku bagai embun pagi hari.. disirami, dihiasi sinarnya mentari. Cintaku takkan mungkin ternodai walau hujan badai dtg mengganggu cintaku satu' Note: Carilah cinta kerana Allah. kerana cinta itu abadi hingga ke hujun