Friday, 24 October 2014

Sebulan di Johor.

Sebulan di Johor, bukan perkara mudah bagi seorang isteri & ibu untuk berjauhan dengan keluarga tersayang. Bermacam perasaan timbul: Bimbang, sedih dan rindu yang teramat bermain di fikiran disetiap saat sepanjang berjauhan dengan mereka.

Bila dapat mendengar suara di telefon sudah cukup melegakan hati ini untuk seketika. Namun airmata tetap mengalir... mana tidaknyer.. anak manja Dhiya yang kini berusia 6tahun tak pernah jauh dari Ibunya ini. Manakala abang Danish yang amat memahami gerak hati ibu ini pasti akan sentiasa menjadi pendengar yang baik buat saya & ayahnya.

Sepanjang setahun ini, sudah pasti semua tanggungjawab yang biasanya saya & suami akan bahagikan bersama akan diambil sepenuhnya oleh suami. Perasaan terharu teramat kerana suami amat memahami akan keadaan saya di sini. Sentiasa tidak lekang untuk menghubungi saya setiap masanya yang terluang walaupun didalam keadaan busy di office mahupun di rumah.

Rindu & terlalu sayang padanya... terima kasih kerana sudi & sentiasa menjadi kawan terbaik isteri yang serba kekurangan ini. Berjauhan buatkan saya & suami semakin memahami antara satu sama lain. Perkenalan yang singkat dahulu disudahi dengan perkahwinan.. di saat pernikahan itulah saat2 bermulanya untuk kita sama saling kenal mengenali... waktu untuk kita mula untuk bercinta dengan jalan yang diredhai olehNya... yang terbaik buat kita.

Semoga Allah melindungi kita sekeluarga & diberi kebahagiaan dunia & akhirat. Buat anak2 ibu & ayah tersayang jadilah anak yang soleh & solehah yang sentiasa berbakti kepada ibu & ayahmu serta masyarakat. Biar rupa & paras kita tidak cantik namun biarlah hati kita bersih & cantik di mata masyarakat & keluarga. Ibu & ayah sangat2 menyangi kamu... kamu kebahagiaan kami.