Skip to main content

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini.

Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah. 


Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3..

Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian ibu. Walapun pahit dan sedih kita pendam sama-sama.. ada masa kamu akan bersuara pada ibu bercerita apa yang kamu impikan.. ada kala kamu uji akan kesabaran kamu dengan kenakalan kanak-kanak kamu.

Bila ibu fikirkan.. Allah bukan sahaja menguji ibu untuk menjaga kamu sebagai anak yatim tetapi Allah juga menguji akan kekuatan dan kesabaran ibu sepanjang memelihara kamu sehingga kamu benar-benar mampu berdikari kelak. Kadang-kadang ibu selalu fikir.. cepatlah kamu dewasa... tetapi bila ibu fikirkan balik nangis.... sebab ibu takut nanti bila kamu dah besar kamu jauh dengan ibu.. ibu cepat rindu sebab ibu terlalu sayang....... anak-anak ibu.

Danish.. Dhiya.. ingat pesan ibu jangan sesekali sematkan dihati untuk jauhkan diri antara adik beradik. Abang Danish.. ingat pesan ibu sayang dan jaga adik Dhiya dan Little Dihyah. Buat kakak Dhiya pun begitu sayang abang dan adik. Little Dihyah ingat pesan ibu.. ibu selalu bisik ditelinga adik tiap2 malam... sayang abang dan kakak sampai ke hujung nyawa.. biar ibu dan ayah dah tiada kamu mesti sentiasa bersama. Ibu sayang kamu ketat2..

Note: Semoga anak2 ibu sentiasa dibawah lindungan Allah dan sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat... ameen...

Comments

Popular posts from this blog

Yang Dipendam Dihati

Pada yang pernah terlihat, namun tidak benar2 mengenali siapa penulis blog ini akan pasti akan tertanya2 siapalah wanita yang blog tidak seberapa ini. Kenapalah dia asyik mengatakan pada setiap kata2nya pada yang telah pergi menemui Illahi. Semuanya bermula di blog ini... ibu ini telah memulakan penulisan blognyer dari tahun 2008 ketika itu arwah suami yang juga salah seorang blogger. Namun blog ibu yang dimulakan dari 2008 -2010 telah saya privatekan bagi bacaan dan kenangan abadi yang sentiasa bersemadi dihati..  Kami mempunyai hobi yang sama dan berkongsi bulan kelahiran yang sama. Karektor kami adalah sama... sangat2 pemendam namun antara kami berdua tiada pula kami begitu... pada pandangan rakan2 yang mengenali kami bukan sahaja suami isteri tetapi kami adalah sahabat baik yang tidak pernah lekang ke mana2. Ada juga yang tertanya2 diamana senyum tawa saya yang dahulu amat mudah ketawa ketika adanya arwah suami????... ianya tidak seperti dahulu keceriaan ibu pasti ak

OPPO smartphone hilang huh3..

sekadar gambar hiasan.. heh3.. Huh3.... sedihhhhhhhhh... handphone hilang. nasib smartphone nie ada kebaikannya.. buah hati nak call pon kena guna phone mak mertua.. Gini ler, nasib suami isteri dok jauh2... ada 7bulan lagi nak habis study nie macam-macam ujian datang. Alhamdulillah.. Allah kasih pada kita namanya tue..  Buat Mamat bongok yang ambil phone tue x mengaji lebih tentang kebaikan smartphone nie. Ha!!!! ambik la sgt phone tue.. tp telefon mainan la utk ko... skrg phone tue automatik x boleh berfungsi utk ko... dgn NO Imei n SD yang aku ada dah aku bank!!!! phone utk selama2nya... Bongok.. Hahahaha... 1st time marah kat blog nie... selalu jiwang2 jer... ha!!!! NAMPAK...!!!!! Note: selalu ingatkan diri untuk lebih redha.. Allah akan beri yang lebih baik selepas nie... Ameen...