Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Rakyat Malaysia Berkabung

Sayu sungguh pagi ini.. hari ini kita rakyat Malayisa akan menerima sebahagian daripada mangsa MH17. Suasana sedih amat jelas terasa.. semoga dipermudahkan segala urusan istiadat penerimaan jenazah & pengebumian mangsa-mangsa MH17. Salam Takziah buat seluruh keluarga arwah.. Semoga tabah dalam mengharungi ujian-ujian Allah ini.

Rindu Awak 200%

Bulan ini adalah waktu bagi saya menghabiskan bakian cuti rehat yang ada sebelum memulakan pengajian di Johor Bahru. Difikiran siang & malam memikirkan akan bermulalah 'rindu awak 200%' pada anak-anak nanti. Pada ayahnya rindunya akan semakin lebih lagi tak lagi 200% tapi berkali-kali ganda... terima kasih kerana sentiasa berkorban membahagikan masa, kasih, sayang & kerjaya buat anak-anak. Bercerita tentang waktu sekarang ini, saya kerap berbual dengan buah hati, semangat hati & nyawa ibu Danish & Dhiya yang ibu ini akan berjauhan dengan kamu.  Mula ceritanya: Hari Selasa tengah hari sebelum ibu hantar Danish ke sekolah seperti biasa ibu akan luangkan masa 1jam or 45minit buat kamu macam mana biasanya ibu lakukan setiap hari jumaat. Mulanya ibu letakkan tangan ibu di kepala kamu, ibu cium kepala kamu & ibu bertanya 'sayang ibu tak'.. jawab kamu 'sayang'. Kata ibu ' nanti ibu nak masuk belajar lagi, next month ibu dah mula jauh de

Permohonan BERJAYA

Alhamdulillah, syukur kepada Allah... impian yang dinanti tiba jua. Untuk step seterusnya setelah habis ke peringkat degree sampailah masa untuk focus kepada pengajian ke peringkat post basik yang sudah sedia maklum buat semua jururawat bahawa career seperti kami 'as a practitioners nurse' perlu mengambil course post basik sekurang-kurangnya sekali untuk kami melanjutkan pengajian keperingkat master & PHD.. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh pengajian selama setahun ini. Semoga selepas ini kembali dengan next step pula master program pula... InsyaAllah. Terima kasih juga buat anak-anak yang sangat-sangat cooperated dalam memahami career ibu yang sentiasa busy. I'm proud to both of you kids..you are always on my mind & heart. My dearest husband, I would like to thank you for being the best husband & dad in the world for us. I will be forever thankful to Allah for giving me a wonderful husband like you. Thanks for making me complete.

Pakaian Tradisoinal Kami 2014

Seperti tahun-tahun sebelum ini, buat kali ke2nya kami sekeluarga akan menghadiri Majlis Terbuka Anak-anak Melayu di Ladang Alam Warisan , Negeri Sembilan. Majlis kali ini semakin meriah seperti sebelum-sebelumnya & semakin ramai anak-anak melayu yang hadir memeriahkan majlis. Yang paling unik di majlis ini kita pasti akan dapat lihat betapa indahnya apabila kita lihat muda mudi kita berserta anak-anak kecil bersama-sama ibu dan bapanya berpakaian tradisional lama. Ditambah pula dengan sekeliling suasana 100% seperti kita berada di zaman silam seperti mana kehidupan ibu bapa kita dahulu. Sesi bergambar kenangan bersama sekeluarga tersayang Anakanda bergaya manja bersama ayahanda yang penyayang. Bonda senyum keletihan manakala anakanda masih mampu tersenyum sinis Pelbagai acara diadakan diadakan di majlis ini dari siang hingga ke malam tidak putus pengunjung akan hadir terutama kepada yang pernah menghadirinya sebelum ini pasti tidak akan melepaskan peluang