Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

April yang Busy

Hari weekend begini macam biasa rehat di rumah.. dan macam biasa juga dengan kesibukan di tempat kerja menanti saat akan di audit minggu hadapan ada 2 3 fail perlu di semak dan di update. Jadi fail-fail nie kenalah dibawa ke rumah untuk dikemaskini kalau tak kena berkampung lagi di wad. Bulan nie nampaknyer tak cukuplah rehat gamaknyer yer mak jemah. Bulan mei nie preparation untuk sambutan Hari Juruawat Sedunia pulak... dan nampankyer nie mesti kena oncall malam pulak. Apapun tempat kerja juga yang membuatkan hati lebih tenang... rumah ke2 selain rumah sendiri. Semoga tempat baru mak jemah di cardiology meningkatkan lagi ilmu pengetahuan perawatan & pengurusan wad. Hmm... upload lily flower .. my favorite flower... harap my lovely lily tenang di sana. Miss you a lot.

Reshufle 5th times

Lama tak menjengah blog nie.. kesibukan di tempat kerja menghadkan masa untuk update semuanyer di blog. 14 April baru-baru nie buat kali ke-5 perpindahan selama 12tahun perkhidmatan.. ambil mood baru lagi. Kali nie di unit Cardiology pula... setelah 2tahun di unit Hematologi. Pengalaman yang mencabar dan banyak yang saya pelajari selama di sana begitu juga 10tahun perkhidmatan di Disiplin Orthopedik. Di wad baru nie tiada jauh bezanya cara mengurus wad.. kakitangan semuanya seperti biasa sentiasa memberi kerjasama. Mereka sendiri telah mengenali saya sebelum masuk untuk mengurus di wad mereka. Hanya perkara baru yang perlu saya pelajari adalah buku 'Booking' kemasukan pesakit ke wad yang seperti 'pisang goreng panas' ... dimana setiap hari pasti akan ada kemasukan pesakit dari semua unit. Alhamdulillah, mungkin kerap kali berpindah ini membuatkan saya tidak janggal dengan perkara baru yang akan dipelajari. Apapun saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan k

Cute Ke Budak Nie?

Budak Kecil nie Best Friend Forever Ibu. Selalu bahasakan diri 'adik'... manjelah konon..hehehe. Kadang-kadang tue, BFF ibu nie suka buat ibu marah kat dia. Tapi pandai pujuk hati ibu... itu yang buat ibu cair lepas marah kat adik nie. Penyejuk hati ibu & inilah anak dara yang kadang kala membayangkan. Agaknyer macam nielah ibu masa kecil-kecil dulu. Buat kata mak nak tengok macam mana ibu masa kecil tengok adik. Ibu teringat saat2 arwah daddy tinggalkan kita... adikla teman tidur ibu. Selalu kata kat ibu.. 'ibu I love You'... I love you to adik... belajar rajin2 yer adik... jadikan abang contoh terbaik adik. Daddy ada impian yang tinggi buat adik & abang cuma ketentuanNya memisahkan dia dengan kita.