Friday, 7 March 2014

Bila Anak Teruna semakin Dewasa

Tiada apa lagi yang menggembirakan hati seorang ibu hanya dengan melihat anak yang dijaga semakin meningkat dewasa. Teringat pada mula-mula arwah tiada dulu. Anak teruna inilah kawan & penguat semangat ibu untuk menjalani urursan hariannya dalam mengurus mereka berdua. 

Danish memang dari kecil susah untuk bercakap hanya bila perlu sahaja dia akan berkata & bertanya. Tapi sesiapa yang mula rapat dengannya dia akan mula ramah. Minat sangat pada buku-buku, beli sahajalah apa sahaja buku buatnya pasti akan dibacanya sehingga habis.


Satu perkara yang ibu selalu akan bising & membebel dengan abang Danish nie satu jer... asal balik sahaja kasut sekolah macam baru balik kebun. Kasut Putih boleh jadi hitam. Alhamdulillah pelajaran tiada masalah pada abang nie, minat pada pelajaran itu ada... di Daycare juga tiada rungutan dari teacher mahupun pengasuh beliau. Malah anak kesayangan pada teacher nya di Daycare.

Di rumah, sudah boleh diharap membantu ibu di dapur. Setakat membasuh pinggan mangkuk & vacum keseluruhan bilik serta ruang tamu. Cuma kadang-kadang tue bila abang rajin, adik suka usik abang sampai abang naik angin ngan adiknyer.

Makanan favorite abang Danish macam biasa Nasi Goreng Kimchi. Resepi yang ibu dapat dari staf kemudian masak buat family di rumah suka rupanya abang makan siap bertambah lagi. Kemudian, satu lagi bihun goreng buatlah bihun singapore ke bihun biasa ke pasti dimakan oleh abang.

Sekarang nie, abang dah mula pandai makan nasi berlauk.. ikan masak asam, hmmm pedas letak kicap pon tak ape. Kemudian siap puji ibu lagi... ibu hari nie ibu masak sedap la?? habis selama nie ibu masak tak sedap ke?? hmmm

Bab bangun tidur pula, susah sikit nak-nak bila waktu sekolah. Mana taknyer 5hari waktu sekolah habis2 waktu sekolah sebelah malam mereka akan dihantar ke kelas tuisyen & kelas mengaji mengikut jadual yang ditetapkan oleh cikgu/ ustaz.

Weekend, macam biasa waktu bersama keluarga. Ibu & ayah kena luangkan masa untuk 2 beradik nie. Abang macam biasa kena cuci kasut sekolah sendiri & macam biasa seperti pesanan ibu abang Danish akan prepare buku-buku untuk kelas Isnin beliau. So takderlah tertinggal & terlupa pada Isnin hari nanti.

Ibu selalu fikir sekarang nie waktu kecil anak-anak akan sentiasa dengan ibu. Tapi adakah dewasa kamu berdua nanti akan sentiasa bersama menemani/ menziarahi ibu??? Best Of Luck My Son... May Allah Bless You.

Monday, 3 March 2014

Kenali DENGGI & Pencegahan

Kebalakangan ini semakin banyak pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad disebabkan denggi. Jadi mungkin ini dapat membantu bagi kita untuk mengenali & menangani dari ia dihidapi dari salah seorang dari keluarga kita.

Denggi adalah jangkitan virus yang menyebabkan demam. Denggi merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Ia merupakan masalah kesihatan yang besar pada masa ini. 

Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim?

Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes aegypti). Nyamuk-nyamuk ini membiak di dalam air bertakung dan selalunya menggigit pada hari siang. Oleh itu, seseorang yang digigit oleh nyamuk Aedes boleh mendapat penyakit ini. 

Virus denggi tidak bermusim, tetapi pada musim monsun, jumlah kes meningkat sebab cuaca panas dan lembap, dan terdapat air bertakung, di mana nyamuk dapat membiak dengan baik.

Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti?

Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan simptom-simptom penyakit virus: 
  1. Demam
  2. Hidung berair
  3. Batuk
  4. Ruam kulit yang ringan

Kanak-kanak yang lebih besar selalunya mengalami simptom-simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa: 
  1. Demam panas;
  2. Sakit di bahagian belakang mata dan pada sendi-sendi;
  3. Sakit kepala;
  4. Ruam kulit bertompok merah dan putih.
Ini mungkin diikuti dengan: 
  1. kurang selera makan
  2. loya
  3. muntah
  4. gatal di tapak kaki
  5. rasa sangat lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh.

Apa yang saya perlu lakukan jika anak saya mempunyai simptom-simptom tersebut?
Jika anak anda menghidapi demam panas yang tidak dapat diubati oleh ubat untuk beberapa hari, dan diikuti dengan ruam kulit atau sakit sendi, hubungi doktor dengan segera sebab rawatan perubatan boleh mengelakkan komplikasi. Oleh sebab simptom denggi dan demam chikungunya adalah seakan-akan sama, doktor anda akan membuat ujian darah untuk mengesahkan diagnosis. 

Selalunya, rawatan diberikan untuk mengurangkan simptom-simptom; ubat antiradang untuk sakit sendi dan ubat-ubatan lain untuk menurunkan suhu akan dipreskripsikan. Rehat yang banyak, makanan ringan dan berkhasiat, dan mengelap badan akan membuatkan anak anda berasa selesa. 

Jangkitan denggi boleh berlarutan sehingga 10 hari tetapi jika terdapat komplikasi lain seperti pendarahan, mungkin anak anda perlu dimasukkan ke hospital. Pencegahan dan rawatan awal adalah penting sebab jika tidak dirawat, denggi boleh menyebabkan pendarahan, kegagalan ginjal, konvulsi dan kematian bagi kes-kes teruk. 

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan kebarangkalian anak saya dijangkiti penyakit ini?

Tiada vaksin untuk mencegah denggi dan cara terbaik untuk melindungi anak anda ialah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap nyamuk yang menyebarkan virus tersebut.

Nyamuk membiak di dalam air bertakung dan cuaca yang panas dan lembap, jadi pastikan rumah anda dan kawasan sekitar anda bebas dari air bertakung yang terbuka, tumbuh-tumbuhan mati dan pasu bunga kosong, terutamanya pada musim 
air hujan, dimana mengaliran saliran air tidak dapat mengalir dengan baik. Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. 

Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik, pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik. Alat-alat elektrik yang menggunakan gelombang ultrabunyi dan elektromagnetik untuk menghapuskan serangga perosak juga boleh didapati. 

Langkah-langkah pencegahan lain termasuk: 
  1. Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang, terutamanya apabila dia ke taman atau taman permainan.
  2. Pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik daripada pakaian berwarna gelap.
  3. Pasang jaringan nyamuk pada tingkap.
  4. Gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba.
  5. Bayi yang lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan di dalam kelambu semasa tidur; penghawa dingin juga boleh membantu menghalang nyamuk sebab pintu dan tingkap bilik selalunya akan ditutup.
Walaupun anak anda telah menghidap denggi, ini tidak bermakna ia mempunyai imuniti terhadap tiga virus denggi lain yang berkait rapat. Di samping itu, demam denggi berdarah (DHF), iaitu satu jenis jangkitan yang teruk, selalunya dijangkiti oleh mereka yang sudah sensitif kepada virus denggi. Oleh itu, pencegahan adalah pilihan yang lebih selamat.

Sunday, 2 March 2014

" FB Skin Care" Tanpa Mercury

Dah hampir seminggu mencuba produk "Farra Beauty Skin Care" ini & banyak perubahan telah berlaku. Bekas-bekas jerawat pon makin pudar, warna kulit makin sekata & yang penting sekali kulit semakin cerah muda gituu....

Ini bukan nak promote saje2 nie sebab dah hampir 3bulan jerawat melanda disekitar pipi kiri nie yang buatkan jiwa frust gila2.. last sekali pergi ke shop kecantikan ternampak produk nie... so terjebaklah untuk mencuba.. hmm... bagus produk nie rupanyer...


Yang penting sekali, "Farra Beauty Skin Care"  juga salah satu produk tanpa mercury. Kulit muka kelihatan 'natural beauty' biarpun tiada memakai sebarang make up. So sesuailah sangat2 buat mak jemah yang hanya suka memakai lipstick & maskara jer nie... heh3..

Dimana kesan mercury yang berlebihan pada produk kecantikan mampu mencerahkan kulit dalam beberapa hari sahaja hingga menyebabkan kesan sampingan kepada pemakai panas, pengelupasan kulit yang severe & ada juga yang kulitnya seperti udang kena bakar kemerahan kesan daripada kandungan mercury yang ada pada produk night creamnya.

Hmmm... nanti saya tunjukkan keberkesanan produk ini selepas 2minggu saya gunakan produk nie yer... sekarang awal lagi.. hehehehe...

Saturday, 1 March 2014

Sekitar Majlis Bacaan Yasin di Wad

Alhamdulillah di awal tahun baru ini sekali lagi dapat juga unit kami mengadakan majlis bacaan Yasin seperti mana yang dirancang. Biarpun ianya majlis yang ringkas namun kehadiran pengurus-pengurus, Ketua Jururawat di setiap wad, jururawat-jururawat, PPK dan yang dihormati pesakit-pesakit yang amat kami hargai.


Semoga dengan majlis ini mengeratkan lagi hubungan kami diantara setiap pesakit-pesakit di bawah jagaan kami yang sedang menjalani rawatan di wad ini. Semoga pesakit-pesakit kami diberi kekuatan dalam mengharungi ujian-ujian Allah ini.



NOTE: Semoga hati kami terus tabah & bersemangat untuk berbakti kepada masyarakat.