Friday, 14 February 2014

Segak Berbusana Melayu

Dengan perkembangan teknologi & kemodenan dunia masa kini. Mungkin sukar untuk kita melihat anak-anak muda masa kini untuk berpakaian Busana Melayu. 

Berpakaian sepertimana di Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Dengan pemakaian tanjak yang unik, berbaju melayu bercekak musang @teluk belanga, berseluar potongan gunting acheh @ gunting cina dan bersamping dengan gaya ikatan laksamana melamar/ janda berhias/ fajar menyinsing/ ayam teleng/ ikatan pancung/ dendang perantau & lain-lain. Ianya tidak lengkap tanpa bengkung yang dililit rapi dipinggang si pemakai.

Untuk kelihatan lebih anggun dan  tradisional, aksesori tambahan dikenakan pada busana yang dipakai seperti kerongsang, cincin, dokoh, pending dan sebagainya..tidak lengkap bagi si pemakai sekiranya 'pakaian diri' seperti keris tidak disisipkan bersama, kerana keris itu adalah lambang kekuatan bagi bangsa melayu sejak dari zaman dahulu lagi.

Nie kalau diikutkan kata cerita Sirman banyak nak kena taip jadi diringkaskan... Dari minat terus menjadi hobi kami... anak-anak juga mengikut... hmmm..

Pada saya, tertariknya dari minat ke hobi ini adalah kerana apabila mula berbusana melayu nie membuatkan saya terasa berada di zaman-zaman dahulu.

Hang Tuah Moden Berbusana Melayu.

Banyak kelebihan & keunikan berbusana melayu ini yang dapat kita lihat. Cuba perhatikan tanjak-tanjak yang dipakai oleh mereka... kesemuanya berlainan, unikkan?... Cuba kita lihat pula cara pemakaian tanjak Pengantin Moden masa kini? berbezakan.... bak kata Sirman, itu tanjak 'pakistan'...cara pembuatan tanjak 'pakistan' itu sendiri tidak mengikut spesifikasi atau asas sebenar tanjak melayu..itu yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu..kemudian untuk memakai tanjak juga ada adab dan cara-caranya..itu juga perlu dipelajari..bukan main hentam keromo je..he3...

Cuba kita lihat pula gaya & cara pemakaian busana melayu setiap pemakai juga berbeza. Ada diantaranya memakai baju sikap @ baju hias. Segakkan.... Bagi yang tidak mahu memakai baju sikap @ baju hias..selempang, sibai atau selendang boleh juga dipakai sebagai sebahagian dari pelengkap busana melayu itu sendiri.


Apapun, saya amat bangga masih ada lagi anak-anak muda yang masih mengingati & bermotivasi tinggi untuk meneruskan tradisi & berjuang dalam memartabatkan WARISAN BANGSA MELAYU.... TAHNIAH...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.