Thursday, 6 February 2014

Al-Fatihah Duhai Sahabat

Sedang asyik dengan kerja-kerja di wad nie.. tiba-tiba dapat panggilan dari teman sekerja petang nie memaklumkan sahabat seanggakatan kami 'KJ' telah pergi ke Rahmatullah.. setelah hampir seminggu bertarung nyawa dengan ujianNya arwah pergi menemui Illahi.

Sayu sungguh rasanya, kebaikannya, kemanisan senyumannya... membuatkan saya teringat2. November 2013, waktu saya oncall pagi.. itulah kali terakhir saya menerima laporan oncall malam dari beliau.. namun inilah janjiNya.. takkan seminit mahupun lebih jika itulah ketentuannya.. kita akur akan takdirnya. Allah lebih mengetahui akan rancanganNya.. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan golongan yang beriman.. Buat keluarga arwah semoga tabah dalam mengharungi Ujian Allah ini.. Buat anak-anak arwah semoga kamu dipermudahkan dalam segala urusanmu.. menjadi anak-anak yang soleh & solehah.. 

Al- Fatihah...

Note: Selalu mengingatkan diri ini supaya sentiasa dibersihan hati... supaya sentiasa mampu tersenyum walaupun dalam kepayahan dalam MEMBANGKITKAN kepercayaan di kalangan masyarakat bahawa kerjaya NURSING ini adalah yang terindah dalam kehidupan harianku.. Amin.. syukurku padaMu..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.