Wednesday, 26 February 2014

Tengok Budak Nie


Hahahaha!!! 4tahun lalu budak kecik nie tak boleh panjat tiang2 di taman permainan... jadi dia tengok jerlah abang dia main. Time nie, ibu tengok jerlah dia mengomel kat abangnyer... sambil-sambil tue minta izin kat ibu 'mummy yang nie adik boleh main tak' dengan nada suara pelat2nyer... Kemudian akan tanya berulang-ulang....

SEKARANG ......
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

Haaa!!!!! budak kecik nie yang panggil namanya 'adik' nie dah 6tahun sekarang & hari nie 1st day ibu allowed 'adik' panjat tangga besi yang diidam-idamnya selama nie. Seronok rupanye dia, siap sengih & senyum manje kat ibu sebab dah lepas untuk memanjat nie. Good Girl 'adik'... Love You so Much...

Tuesday, 25 February 2014

Part time Farmer


Semenjak tengok Mam2 besor dok citer pasal pokok-pokok bunga nie nampaknyer semanggat makin berkobar-kobar nak jugak cuba-cuba jadi 'Part time Farmer' kat rumah. Buat masa nie try ngan pokok hadiah dari kak long dulu... haaa!!!! dah seminggu pokok nie duduk dalam rumah nampaknyer menjadi nie... hidup segar kat meja makan nie.

Asal bangun pagi jer... siap dok belek2 pokok nie.. tukar airnyer hari-hari.. takut sgt mati bila balik kerja nanti.. hahahaha... mak jemah... mak jemah...

Apapun next pokok akan menjelma.. hmmmm.. tengah fikir nie pokok aper yerrrr????

Wednesday, 19 February 2014

Jom Tonton RoboCop 2014



Nak story dulu sebelum nan tonton wayang ngan family minggu nie.. Belum tengok version 2014 filem RoboCop lagi.. tapi dah ada kakitangan yang cakap filem nyer lebih kurang sama dengan filem yang dulu.

Hmm... tak kisah la janji dapat tengok filem ni jugak.. anak-anak dah excited dah nie... maklumlah filem-filem cyborg macam nie memang SB (Danish) suka sangat-sangat...


Apapun, hanya yang lahir pada tahun 70-80an sahaja yang akan memahami... nak tahu kenapa download dulu filem RoboCop 1987 nie dari Youtube.. nanti akan faham... promote2..

Note: macam biasa sebelum tonton wayang nak ajak Sirman bawa gie makan ayan penyet dulu baru masuk panggung nanti lapor...

Tuesday, 18 February 2014

Kerja-Kerja ??? yang membukit


Dah hampir 2 minggu busy.. Waaa!!!! letih sangat2.. balik sahaja rumah pasti tidur awal. Nak tonton tv pon takder mood. Mana taknyer tv dah tonton tuan dulu.Makan pon dah kekedai nie. Banyak perkara perlu di selesaikan dari hal2 wad, outsources hingga ke staffing... macam-macam perlu diselesaikan.

Alhamdulillah, Syukur.... anak-anak & Sirman memahami. Tapi dalam keletihan nie pon balik rumah kena bantu PG (Dhiya) untuk membaca... dah hampir seminggu nie nampak PG dah boleh membaca buku-buku mudah yang dibeli. Harap dengan membaca nie dapat membantu untuk menarik minat PG untuk membaca... 

Hopefully biarlah semuanya dapat diselesaikan minggu nie... bukan ape weekend oncall pulak. Nie ada plan nak ajak Sirman & anak-anak gie tonton wayang.. ROBOCOP... filem favorite zaman kecik2 nie.. nak bawa anak-anak tonton macam mana pula kehebatan filem ini dengan dulunye kan.

Friday, 14 February 2014

Pewaris Generasi Moden

Pewaris generasi moden, anakanda Danish bersama ayahandanya berbusana melayu di Majlis Rumah Terbuka Anak Melayu di Ladang Alam Warisan, Sri Menanti...Negeri Sembilan.

Majlis ini diadakan pada tahun lepas, perbagai acara diadakan. Meriah sekali.. semua yang hadir berbusana melayu. Terasa kembali di zaman silam. Miss this moment...harap tahun ini saya diberi kesempatan untuk hadir sekali lagi di majlis sebegini.

Sudah mula menunjukkan minat

Bijak membawa diri bersama-sama tetamu yang hadir

Segak Berbusana Melayu

Dengan perkembangan teknologi & kemodenan dunia masa kini. Mungkin sukar untuk kita melihat anak-anak muda masa kini untuk berpakaian Busana Melayu. 

Berpakaian sepertimana di Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Dengan pemakaian tanjak yang unik, berbaju melayu bercekak musang @teluk belanga, berseluar potongan gunting acheh @ gunting cina dan bersamping dengan gaya ikatan laksamana melamar/ janda berhias/ fajar menyinsing/ ayam teleng/ ikatan pancung/ dendang perantau & lain-lain. Ianya tidak lengkap tanpa bengkung yang dililit rapi dipinggang si pemakai.

Untuk kelihatan lebih anggun dan  tradisional, aksesori tambahan dikenakan pada busana yang dipakai seperti kerongsang, cincin, dokoh, pending dan sebagainya..tidak lengkap bagi si pemakai sekiranya 'pakaian diri' seperti keris tidak disisipkan bersama, kerana keris itu adalah lambang kekuatan bagi bangsa melayu sejak dari zaman dahulu lagi.

Nie kalau diikutkan kata cerita Sirman banyak nak kena taip jadi diringkaskan... Dari minat terus menjadi hobi kami... anak-anak juga mengikut... hmmm..

Pada saya, tertariknya dari minat ke hobi ini adalah kerana apabila mula berbusana melayu nie membuatkan saya terasa berada di zaman-zaman dahulu.

Hang Tuah Moden Berbusana Melayu.

Banyak kelebihan & keunikan berbusana melayu ini yang dapat kita lihat. Cuba perhatikan tanjak-tanjak yang dipakai oleh mereka... kesemuanya berlainan, unikkan?... Cuba kita lihat pula cara pemakaian tanjak Pengantin Moden masa kini? berbezakan.... bak kata Sirman, itu tanjak 'pakistan'...cara pembuatan tanjak 'pakistan' itu sendiri tidak mengikut spesifikasi atau asas sebenar tanjak melayu..itu yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu..kemudian untuk memakai tanjak juga ada adab dan cara-caranya..itu juga perlu dipelajari..bukan main hentam keromo je..he3...

Cuba kita lihat pula gaya & cara pemakaian busana melayu setiap pemakai juga berbeza. Ada diantaranya memakai baju sikap @ baju hias. Segakkan.... Bagi yang tidak mahu memakai baju sikap @ baju hias..selempang, sibai atau selendang boleh juga dipakai sebagai sebahagian dari pelengkap busana melayu itu sendiri.


Apapun, saya amat bangga masih ada lagi anak-anak muda yang masih mengingati & bermotivasi tinggi untuk meneruskan tradisi & berjuang dalam memartabatkan WARISAN BANGSA MELAYU.... TAHNIAH...

Tuesday, 11 February 2014

5 Panduan Bagi Makanan Yang Selamat


NOTE: Selalu ingatkan anak-anak untuk mencuci tangan sebelum n selepas makan tau bermain apabila setiap kali berada di sekolah.. love u kids

Saturday, 8 February 2014

Kenali Bakteria dalam Makanan yang Contaminated

7 Bakteria Dalam Makanan Yang Boleh Menyebabkan Kita Sakit.

Faktor penyebab rebakan  penyakit boleh hadir dari mana-mana sahaja. Bahkan dari makanan yang kita makan. Tanpa kita sedari, di dalam makanan yang diambil terdapat bakteria yang boleh menyebabkan infeksi penyakit dan berkemungkinan membawa kepada kematian.

Disini, saya ingin share sedikit informasi yang mungkin dapat dijadikan rujukan buat kita bersama: http://www.myhealthnewsdaily.com/get news.php

1. Bakteria E. coli

Bakteria ini jua dikenali sebagai Eecherichia coli, ia hidup dalam usus manusia dan haiwan seperti lembu, khinzir & kambing. Bakteria ini terdapat dalam daging yang dimasak setengah masak, susu mentah & air yang tercemar.

Tanda gejala yang disebabkan oleh bakteria ini adalah diarhea, abdominal pain/ cramp & vomiting yang berterusan sehingga 5 ke 10 hari. Walaupun sebahagian besar infeksi yang disebabkan oleh bakteria ini tidak merbahaya, tetapi ada sejenis E-Coli 0157:H7 yang boleh menyebabkan melena stool 'najis berdarah', chronic kidney injury dan bahkan boleh menyebabkan kematian.

Untuk mencegah infeksi yang disebabkan oleh bakteri E. coli ini, masaklah daging sehingga benar-benar masak, cuci buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum makan atau memasaknya, dan hindari dari mengambil susu mentah yang tidak dimasak.

2. Campylobacter

Campylobacter adalah bakteria berbentuk spiral dan berada pada ayam dan lembu yang tanda gejala infeksi disertai dengan diarrhea, cram, abdominal pain dan demam sehingga 2-5 hari.

Berkemungkinan terjadi gejala melena stool, drowsiness and non stop vomiting. Biasanya ia berterusan sekitar seminggu.

Menurut WHO, infeksi Campylobacter atau campylobacteriosis biasanya boleh dihidapi kepada peringkat kanak-kanak, bayi, warga emas dan pesakit yang menghadapi masalah neutropenic or immunocompromised .

Cara untuk mencegah infeksi Campylobacter adalah dengan memasak daging hingga benar-benar matang, mencuci tangan dan membersihkan semua peralatan dapur setelah digunakan dan hanya minum susu yang telah dimasak sahaja.

3. Listeria

Listeria monocytogenes adalah bakteria yang ditemui di dalam tanah dan air, selain itu ia juga terdapat dalam makanan mentah dan susu yang tidak di pasteurizer. Tidak seperti bakteri lainnya, Listeria dapat tumbuh dan membiak dalam suhu sejuk sekalipun.

Tanda gejala infeksi termasuk demam, menggigil, headache, abdominal pain dan vomiting. Infeksi ini berisiko kepada kanak-kanak, bayi, ibu hamil, warga emas dan pesakit yang immunocompromised 'sistem kekebalan melawan penyakit yang lemah'.

Untuk mencegah infeksi Listeria, cucilah sayur dan buah-buahan seperti tembikai dan timun sehingga bersih sebelum dimakan. Jika cairan daging tumpah, segeralah bersihkan tumpahan tersebut untuk mencegah pembiakan dan penyebaran bakteri Listeria.

4. Vibrio

Bakteria Vibrio parahaemolyticus hidup di air masin dan sering ditemui dalam makanan laut yang mentah. Jika kita makan kerang mentah atau setengah masak adalah berisiko untu mendapat infeksi bakteria jenis ini.

Bakteria ini akan menunjukkan gejala infeksi dalam masa 24 jam. Gejala yang muncul seperti diarhea  dengan abdominal pain, fatigue, demam, muntah, dan badan menggigil. Gejala dapat bertahan hingga tiga hari.

Infeksi ini lebih sering terjadi pada pesakit yang mengalami masalah system kekebalan melawan penyakit yang lemah. Infeksi ini dapat dicegah dengan memasak makan laut hingga benar-benar matang/ masak.

5. Toxoplasma

Kebanyakan pesakit yang mengalami infeksi toksoplasmosis karena mempunyai kucing yang membawa parasit, makan daging mentah yang telah tercemar atau tidak dimasak dengan matang, atau minum air yang mengandung parasit.

Orang yang mengembangkan toksoplasmosis, mengalami gejala sama seperti flu isitu nyeri tubuh, sakit kepala, dan demam. Tapi gejala yang disebabkan oleh bakteria toxoplasma sangat sedikit karena sistem kekebalan tubuh biasanya menjaga tubuh kita dari infeksi parasit ini.

Parasit ini juga dapat menyebabkan masalah serius seperti kerusakan pada otak, mata dan organ lainnya pada wanita hamil dan orang dengan sistem kekebalan yang lemah.

Untuk mencegah infeksi akibat toxoplasma, masaklah makanan dengan secukupnya, mencuci tangan saat memegang makanan, minum air yang steril, dan jika hamil, jauhi kotoran kucing.

6. Salmonella

Salmonella adalah kelompok bakteri yang biasa ditemui dalam unggas, telur, daging lemhu dan kadang-kala pada buah dan sayuran yang tidak dicuci. Infeksi salmonella dapat menyebabkan gejala seperti demam, diare, kram perut dan sakit kepala, yang dapat berlangsung hingga 4 sampai 7 hari.

Kebanyakan pesakit akan sembuh dari infeksi ini tanpa pengobatan, tetapi kadang kala infeksi karena bakteria ini akan semakin serius jika terjadi pada warga emas, bayi dan pesakit yang mempunyai masalah sistem imun yang lemah. 

Anak di bawah usia 5 tahun paling mudah dijangkiti infeksi salmonella iji. Jika tidak segera dirawat  ia akan menular melalui darah ke organ lain dan berisiko terhadap kematian.

Untuk mencegah infeksi, hindari makan telur, unggas, atau daging yang mentah atau setengah masak. Daging mentah harus disimpan berasingan dari bahan makanan lain agar tidak tercemar atau kata nama lain mengelakkan 'cross infection'. Cuci tangan dan peralatan dapur dengan bersih setelah menyentuh makanan mentah.

7. Norovirus

Norovirus adalah jenis virus yang menyebabkan gastroenteritis, suatu penyakit yang menyebabkan keradangan usus. Virus ini biasanya ditemui dalam makanan atau minuman yang tercemar dan juga dapat menyebar melalui interaksi dengan orang yang terinfeksi.

Tanda gejala mual, abdominal pain / cramp, muntah, diarhea, sakit kepala, demam dan fatigue yang berterusan selama beberapa hari.

Kebanyakan pesakit boleh sembuh dari penyakit ini dengan sendirinya, tetapi bagi pesakit yang mengalami masalah hydration yang teruk karena muntah dan diarhea, perlu mendapatkan perawatan segera ke hospital.

Untuk mencegah terinfeksi oleh norovirus, cuci tangan Anda dengan sabun dan air dan selalu menjaga kebersihan makanan yang Anda makan.

NOTE:

1. APAPUN YANG PENTING AMBILLAH SUMBER MAKANAN YANG SIHAT
2. AMALKAN TEKNIK PENCUCIAN TANGAN YANG BETUL
3. BIASAKAN DIRI UNTUK MEMBAWA WET & DRY TISSUE APABILA BERSIAR-SIAR
4. AMBILLAH MINUMAN YANG DITAPIS & DIMASAK..... MUDAHKAN...

Friday, 7 February 2014

Prihatin Kami Kepada Masyarakat

Alhamdulillah.. syukur pada Illahi kerana hari ini saya masih lagi diberi kekuatan untuk bersama-sama rakan terbaik saya 'nurses' untuk terus menjaga pesakit-pesakit yang sedang bertarung nyawa untuk terus melawan penyakit yang mereka hidapi sekian lamanya.

Syukur & terima kasih tidak terhingga kerana masih lagi pesakit-pesakit ini memberi kepercayaan kepada kami sebagai Nurses yang merawat mereka. Walaupun, kebelakangan ini banyak sangat tomahan tidak berasas diberikan kepada carrier Nursing ini.

Apapun itu sudah lali buat kami... yang penting apabila setiap kali saya melihat pesakit-pesakit di wad ini... pasti ia membuatkan hati saya & rakan-rakan nurses yang lain bertungkus lumus memastikan mereka sentiasa diberi perawatan yang terbaik sepanjang mereka berada di wad ini.

Kami ada target kami yang amat dirancang dengan terperinci.. setiap perancangan & perlaksanaan perawatan pesakit dibuat dengan kerjasama diantara nurses, KJ & doktor di wad ini tidak pernah putus begitu sahaja. Bahkan kami sentiasa berusaha & membincangkan yang terbaik buat pesakit-pesakit di wad ini.

Apa yang buat kami impikan agar pesakit-pesakit ini semakin sihat dari mula mereka datang ke wad ini hingga ke hari-hari yang seterunya. Mereka bukan adik beradik kami, mereka bukan saudara kami bahkan bukan juga anak-anak mereka. TETAPI KAMI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA MASYARAKAT YANG PRIHATIN. 

Benar!! Kami takkan dapat rasa akan kesakitan mereka tetapi kami sanggu berkongsi kesedihan mereka bahkan sentiasa bersama mereka dalam memberi perawatan yang terbaik itulah perancangan kami. Kami sanggup mengambil risiko yang tinggi dalam memikul tanggungjawab yang besar ini. Senyuman & usikan kami kepada pesakit ini juga adalah ubat terbaik buat mereka sepanjang menjalani rawatan di wad ini.

Banyak yang boleh saya katakan tentang carrier yang di ibarat  'bidadari suci' ini. Namun biarlah kami simpan kerana hanya yang seangkatan dengan kami sahaja yang tahu mengapa kami mengabaikan setiap andaian negatif segelintir masyarakat yang suka mengkritik carrier ini.



Note: Thn 1999- Mula mengenali buku-buku perubatan membuatkan saya terlalu excited, Thn 2002- hati semakin membakar untuk menpraktikkan pengamalan & pembelajaran yang dimiliki, Thn 2008- sambung pengajian keperingkat Ijazah.. hati happy dengan kerjaya yang dimiliki, 

Thn 2011- Kenaikan pangkat sbg KJ, Thn 2014- hati terus ke 'Master' semoga dipermudahkan urusan... pengalaman hanya 13thn dlm perkhidmtan namun dah berkali-kali perpindah tempat.. pengalaman yang semakin membakar..

Sentiasa ingatkan diri agar sentiasa terus senyum dan silent... agar hati ini terus di hati masyarakat .. teruskan pengajian bukan semata-mata untuk wang & pangkat tetapi menambah pengalaman dengan ilmu2 yang seiring dengan teknologi terkini... syukur


Thursday, 6 February 2014

Al-Fatihah Duhai Sahabat

Sedang asyik dengan kerja-kerja di wad nie.. tiba-tiba dapat panggilan dari teman sekerja petang nie memaklumkan sahabat seanggakatan kami 'KJ' telah pergi ke Rahmatullah.. setelah hampir seminggu bertarung nyawa dengan ujianNya arwah pergi menemui Illahi.

Sayu sungguh rasanya, kebaikannya, kemanisan senyumannya... membuatkan saya teringat2. November 2013, waktu saya oncall pagi.. itulah kali terakhir saya menerima laporan oncall malam dari beliau.. namun inilah janjiNya.. takkan seminit mahupun lebih jika itulah ketentuannya.. kita akur akan takdirnya. Allah lebih mengetahui akan rancanganNya.. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan golongan yang beriman.. Buat keluarga arwah semoga tabah dalam mengharungi Ujian Allah ini.. Buat anak-anak arwah semoga kamu dipermudahkan dalam segala urusanmu.. menjadi anak-anak yang soleh & solehah.. 

Al- Fatihah...

Note: Selalu mengingatkan diri ini supaya sentiasa dibersihan hati... supaya sentiasa mampu tersenyum walaupun dalam kepayahan dalam MEMBANGKITKAN kepercayaan di kalangan masyarakat bahawa kerjaya NURSING ini adalah yang terindah dalam kehidupan harianku.. Amin.. syukurku padaMu..