Tuesday, 28 January 2014

Melihat Mereka Membesar


Hampir 5tahun membesarkan anak-anak. Kehidupan semakin bertambah ceria bukan kerana saya telah berkahwin semula tetapi semangat yang saya miliki dari takdir yang harus saya lalui di kisah yang lalu dengan membesarkan anak-anak sendirian. Itu yang membuatkan hati saya kuat apatah lagi melihat mereka membesar di mata sendiri dengan susah dan senang bersama mereka. Anak-anak yang menguatkan hati ibu untuk terus ceriakan hari-hari kamu.

Keceriaan hari-hari saya adalah dengan kehadiran anak-anak ini. Melihat perkembangan dalam pembelajaran Danish di sekolah membuatan saya lagi kuat. Abang yang sentiasa berusaha menjadikan contoh kepada adik tersayang Dhiya.

Mudah untuk kita merasakan kuatnya ikatan kasih antara kita dan anak-anak. Cuba lihat apabila kita berjalan bagaimana anak-anak kita berjalan.. Adakah dia akan mengambil tangan kita untuk dipimpinnya. Itulah yang dilakukan oleh dua beradik ini buat ibunya ini. Hanya ibu buka tangan ini pasti jari-jari comel mereka ini akan menggenggam jari ibunya ini. 

Kemudian cuba kita tanya siapa idola anak manja kita... kalau dijawabnya ibu. Cuba perhatikan cara pemakaiannya di rumah dan ketika diluar? adakah mirip ibunya... dan itulah dia sikap anak manja ibu Dhiya. Keseluruhan minat ibu dimiliki olehnya.. buat kata mak 'klon mak dia masa kecil2'.. sayang anak ibu. Anak manja yang kuat merajuk, tapi bila ibu marah dialah yang akan menyejukkan hati ibu. Abang macam biasa relax sahaja.

Teringat ibu waktu mula-mula arwah daddy tiada. Danish dah mula pandai bawa diri dan sentiasa bantu ibu di rumah mahupun waktu kita berjalan-jalan diluar. Pasti kamu yang akan menjaga adik. Dhiya pulak ketika itu masih memakai pampers terus tidak mahu memakai pampers.. siap kata 'mummy adik taknak pampers, adik nak shi shi kat toilet'... hmmmm... adik bijak macam abang.

Bersiar=siar di luar pasti kamu akan jadi perhatian ramai kerana melihat telatah abang yang sentiasa memegang tangan adik kemudian kamu bergurau senda bersama. Ada juga yang mengadai kamu 'kembar' namun hakikatnya tidak. 

Ibu ingat lagi setiap kali kita travel pasti bag travel ibu sediakan buat kamu berdua. Mana setiap bag pasti ada wet tissue, mineral water dan towel. Kamu berdua pon dah tahu apa nak buat bila dah travel dengan ibu dan tak pernah sekali kamu susahkan ibu setiap kali kita travel. Namun kita tetap enjoy bersama dan apa yang ibu mahu kamu tidak berasa sunyi akan kasihnya seorang ayah.

Mungkin tahun ini ibu kena buat plan travel buat kita bersama dan mungkin kali ini kena plan properly bukan macam dulu anytime kita boleh travel. Ini memandangkan abang Danish sudah bersekolah dan kita kena rancang baik-baik agar persekolahan abang tidak terganggu.

Cuma buat masa nie ibu kena banyak focus dekat si manja Dhiya dalam bacaan... nie pandai cakap english n chinese pon x boleh juga adik kena pandai baca juga penting tue. Nie nak mengaji iqraq lagi.. tak boleh main-main dah.. manja-manja jugak ada kala ibu kena bertegas dengan adik demi kebaikan adik. mmuuuaahhh...


Monday, 27 January 2014

Happy Birthday To Us


Happy Birthday!!! to my lovely kids & me.. heh3. Berapa Umur ibu? statement 'Biarlah Rahsia" heh3. Apapon melihat dari tahun ke tahun anak-anak semakin membuat hati semakin kuat untuk membesarkan mereka. Semangat arwah kekal abadi di hati.

My SB 'Danish' and My PG ' Dhiya' sudah semakin faham akan apa yang mereka lalui sekarang. Sikap manja Dhiya anak kesayangan ibu membuatkan ibu semakin susah nak berjauhan dengannya. Danish yang semakin dewasa dan banyak perkara yang hendak beliau explore tidak ubah seperti sikap arwah daddy yang sentiasa usaha nak tahu banyak perkara.. Danish penguat kasih ibu.. kekuatan ibu..

Selamat hari ulangtahu yang ke 8thn buat Danish dan yang ke 6thn buat Dhiya. Jangan putus asa dalam hidup, yakin diri dan jangan lupa pengorbanan insan-insan yang tidak putus membantu kita. Ibu sayang kamu.. mmuuuuaahhhh...

36Tahun Usia Arwah Daddy



Hari nie genap 36tahun arwah daddy. Tak pernah lupa akan tarikh ini. Kekal abadi di hati dan anak-anak juga mengingatinya. Semoga arwah tenang di sana. Sesungguhnya saya amat merindui arwah. Tak pernah lupa akan wajahnya dan setiap kali mengingatinya pasti airmata menjadi teman... betapa rindunya hati ini. 

Rindu akan bunga lily yang sentiasa arwah hantar buat diri ini... Namun doa ini tidak pernah putus agar saya redha demi membesarkan anak-anak tersayang. Buat arwah kami tidak pernah melupakan kasih dan sayang seorang daddy malah kami rindukan peluk cium daddy buat kami..

Al-Fatihah..

Suratan Kehidupan Ini

Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua

Salam terakhir salam teristimewa

Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang



Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu



Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya



Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu



Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan



Salam ku yang terakhir


Artis: Sudirman

NOTE:
Mendengar lagu ini teringat saya kembali di saat terakhir arwah yang sentiasa mahu mendengar lagu ini di laptopnya di saat2 terakhirnya sebelum suratan yang harus kami terima dari Illahi. Sayu hati & bagai tidak percaya sudah 2tahun arwah telah meninggalkan kami. Rindunya hati ini padanya... Mungkin tiada siapa yang akan memahaminya & hanya yang menghadapinya sahaja yang akan merasai akan kesedihan & kerinduan pada kasihNya kekasih yang terdahulu menemui Illahi.... Semoga Allah sentiasa memberi ketabahan & kekuatan kepada saya dalam mengharungi suratan hidup ini... Amin.

Thursday, 23 January 2014

Erti Kehidupan & Keceriaan

Kehidupan ini bukan sekadar hanya kerja-kerja rutin harian yang kita lakukan tetapi kehidupan adalah 'KESEMPATAN' yang Allah berikan kepada kita sebelum kita kembali kepadaNya. Kesempatan atau peluang buat kita mencurahkan kasih dan sayang kepada insan-insan yang kita sayang. Kesempatan untuk kita mengenali insan-insan disekeliling kita. 
Atau kata nama lainnya kesempatan untuk kita berbahagi suka duka kehidupan kita bersama-sama dia yang kita sayang... 
Hidup akan terus berjalan seiring dengan berjalan waktu pagi siang dan malam... tidak ada kata 'tidak berkesempatan untuk mengenali insan yang kita sayang'... Jangan sia-siakan insan-insan yang menyayangi kita. Rugilah kita sekiranya disia- siakan 'Kesempatan' yang ada sebelum ia terjadi nanti...
NOTE: Buat Sirman, terima kasih kerana sentiasa buat kehidupan kami ceria. Terima kasih kerana sentiasa mengadakan masa buat kami. Terima kasih kerana sentiasa prihatin dengan kebajikan PG & SB. Terima kasih kerana buatkan anak2 ini dapat kembali rasanya KASIH & SAYANG dari seorang ayah. Terima kasih kerana tidak buatkan kami sunyi... Terima kasih kerana sentiasa mengusik PG yang terlalu sayangkan AYAH... THANK YOU b... ;-)