Skip to main content

How To 'Growing your Confidence'


Bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri???Ada pelbagai cara boleh kita lakukan bagi meningkatkan keyakinan diri terutama apabila berhadapan dengan masyarakat. Apa yang pasti, keyakinan diri ini bukan sahaja tertakluk kepada penampilan, tapi turut mengaitkan pembawaan kita semasa berhadapan dengan orang ramai,cara berpakaian dan juga cara kita berkomunikasi.


Keyakinan diri yang kita tampilkan kepada orang ramai secara tidak langsung akan menentukan kepribadian kita. Jadi adalah lebih baik jika kita cuba untuk memperbaiki akan serba sedikit kelemahan yang kita ada sekarang ini sebagai pembaharuan penampilan kita dari masa ke semasa. Rasa kurang keyakinan diri ini merangkumi seperti rasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai/ tidak yakin dalam berkomunikasi/ malu / pendiam/ takut untuk memberi idea-idea dan sebagainya. 


Mungkin tipsini akan dapat membantu:


Belajar untuk menerima, menyayangi dan hormati diri kita sendiri.

Anggaplah diri kita ini adalah unik . Di mana kita memiliki keistimewaan  yang tersendiri.
Jika kita sentiasa membenci diri sendiri, ini membuktikan bahawa kita lemah. Jadi mulai sekarang di dalam pemikiran kita katakan 'dengan sejujurnya Aku menghargai, menghormati dan menyayangi diri akusendiri'.


Penampilan yang kemas dan rapi mengikut situasi di mana kita berada dan kita selesa dengan penampilan kita sendiri.
Kebersihan , gaya rambut, gaya fesyen yang sesuai dapat memberikan pengaruh kepada emosi kita dan emosi orang lain tentang siapa dan bagaimana layanan yang kita terima dari orang lain. Jadi mulakan transformasi penampilan diri kita. Dari segi berat badan pun kita boleh kurangkan ikut kesesuaian ketinggian kita supaya nampak bergaya.
 

Menjaga kesihatan mental dan fizikal supaya kita nampak sihat dan anggun. 
Sihat dalaman dan sihat luaran banyak mempengaruhi cara kita berfikir dan kemampuan kita terhadap betapa kita benar-benar menyayangi diri kita. 


Senyuman adalah sesuatu yang istimewa dimana akan meningkatkan keyakinan diri kita . 
Dengan senyuman kita akan dapat menghubungkan perasaan yang baik dari dalam diri kita kepada orang lain. Orang lain akan rasa hormat dengan senyuman yang ikhlas yang kita berikan. Kemesraan akan terjalin kerana orang yang yakin adalah orang yang pemurah senyumannya.


Posture tubuh badan menunjukkan keyakinan bahawa kita suka penampilan yang baik dalam diri kita. 
Berdiri dengan tegak dan santai. Naikkan sedikit dada, tegakkan bahu dan angkatkan sedikit kepala kita.  Tunjukkan keyakinan cara berjalan , cara bediri, cara duduk yang menyatakan diri anda adalah orang penting dan amat berharga. Tetapi jangan sesekali menunjukkan gaya bahawa kita adalah orang yang sombong.


Tingkatkan Maruah diri kita.
Jangan merasakan diri kita adalah orang yang terpencil apabila kita berada di sesuatu tempat. Anggaplah diri kita bahawa di tempat tersebut kita menguasainya.


Tumpukan perhatian pada orang di persekitran kita. Lihat segala kebaikan yang mereka ada dan hargai meraka dan berikan pujian yang sepatutnya. 
Dengan cara ini orang lain akan rasa senang dengan kehadiran kita . Kita diterima dengan sebaiknya. Biasanya kita hanya menumpukan kelemahan dan kekurangan pada diri kita hingga menyebabkan kita rasa rendah diri yang membawa kepada kurang berkeyakinan diri.
 

Jika berada di majlis orang ramai pastikan anda duduk dibahagian nhadapan.
Biasakan diri bagi meningkatkan keyakinan anda . Buangkan rasa takut keran orang penting akan berada di barisan yang palig hadapan.


Suarakan dengan yakin apa sahaja pendapat anda. 
Kita perlu menunjukkan penampilkan diri yang menyakinkan kepada orang disekeliling kita. Tampilkan keistimewaan kita yang tersendiri bagi membezakan kita dengan orang lain.

Untuk menuju kesempurnaan bersedia untuk menerima kesilapan yang bakal kita lakukan.

Kita bukan sengaja untuk buat lebih kurang tetapi kita juga manusia biasa dan tiada manusai yang boleh terus sempurna. Kita ibarat seperti pokok yang tumbuh dari biji benih. Katakan bahawa 'aku akan buat lebih baik lagi'. Pengalaman yang kita terima berulang kali akan menguatkan lagi keyakinan diri kita pada sesuatu perkara yang kita lakukan.


Bercakap dengan mengekal hubungan mata menunjukan anda hormat pada orang yang kita sedang bercakap.
Hubungan mata menujukkan kita adalah orang yang yakin terhadap tingkahlaku kita.

Anggap diri kita adalah penting dan siapa sahaja yang berada di sisi kita adalah orang penting.
Sayangi orang di sekitar kita nescaya kita akan disayangi. Anggaplah kita ingin membantu orang lain dan pasti ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri kita. Hanya orang yang yakin adalah orang yang bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain seperti yan g ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w


NOTE: Tidak pernah meletakkan dalam diri sebagai orang yang gagal- namun sentiasa menganggap masih ada kekurangan & kelemahan yang perllu diperbaiki. Sikap prihatin & sentiasa berusaha untuk menyayangi insan yang menyayangi dii ini. Thank You Allah.. SYUKUR...

Comments

Popular posts from this blog

2016 yang semakin berlalu..

Lama sudah tak updated blog nie.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 .. semoga harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.. begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia saya, Danish dan Dhiya... dan ditambah lagi dengan penyejuk hati ibu, ayah, abang Danish dan kakak Dhiya.. dimana lahirnya Little Dihyah.  Takdir dan ketentuan Allah lahirnya Little Dihyah pada bulan yang sama.. Januari. Kesian ayah sorang-sorang di bulan September. Tapi mudahlah ayah nak wishing us Haapy Birthday anak beranak ....kih3.. Danish kini sudah berusia 10 tahun dan Dhiya pula sudahpun 8 tahun. Sekejap masa berlalu.. kamulah peneman ibu dikala kita dalam kesusahan dan kesunyian tanpa daddy. Kamu anak yang baik sentiasa berusaha memenuhi impian

Akibat Tidak Berfikir Sebelum Bertindak

Hari nie tidak semena2 dari media sosial & media elektronik kita semua boleh tengok akibat dari tindakan wanita yang 'Kurang Berfikir Sebelum Bertindak'. Apapun kita jadikan ikhtibar dari kejadian yang menimpa uncle ini... kesian warga emas di maki hamun dek wanita yang cerdik pandai nie. Pada saya, dalam kehidupan harian kita ini... Berfikir & bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi & kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks pengurusan gaya hidup kita. Biarlah kita miskin harta benda namun  KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA .... Ingat!!!! Amalan berfikir & bertindak nie melambangkan peribadi kita.  Biar tidak cantik TETAPI MANIS DALAM TUTUR BAHASA... Nilai kita berfikir & bila masa perlu atau boleh kita bertindak selepas berfikir juga menyumbang kepada kesan yang akan kita hadapi kemudiannya... Fikirkan... andai tindakan yang diambil dengan penuh ketelitian & kesabaran maka baiklah yang kita dapat..

Jom Tonton RoboCop 2014

Nak story dulu sebelum nan tonton wayang ngan family minggu nie.. Belum tengok version 2014 filem RoboCop lagi.. tapi dah ada kakitangan yang cakap filem nyer lebih kurang sama dengan filem yang dulu. Hmm... tak kisah la janji dapat tengok filem ni jugak.. anak-anak dah excited dah nie... maklumlah filem-filem cyborg macam nie memang SB (Danish) suka sangat-sangat... Apapun, hanya yang lahir pada tahun 70-80an sahaja yang akan memahami... nak tahu kenapa download dulu filem RoboCop 1987 nie dari Youtube.. nanti akan faham... promote2.. Note: macam biasa sebelum tonton wayang nak ajak Sirman bawa gie makan ayan penyet dulu baru masuk panggung nanti lapor...