Friday, 15 November 2013

IndahNya Ujian Allah Dengan Kesabaran.

Alhamdulillah... syukur semoga setiap insan yang disayangi sentiasa dilindungi Allah dan terus sejahtera dalam pelindunganNya. Kata hati dan setiap yang tersirat di hati ini terlalu sukar untuk diluahkan. Namun hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana saya kuatkan hati ini untuk terus mengharunginya dengan redha.

Syukurku PadaMu Ya Allah... Sesungguhnya ujianMu itu sukar tetapi INDAHnya hati ini untuk menerimanya. 

Rindu kasihnya 'daddy'

Ada kala aku kuat untuk harungi ujianMu dan ada kala aku terus jatuh tersungkur bila terlalu perit untuk meneruskan ujianMu Ya Allah.... Rindu sgt2 pada daddy.. teringat sgt2 saat dia bersama kami... tawa gurau sendanya tak lekang pada kami...aku yang terlalu dimanjakan.. anak2 yang sentiasa menceriakan hari2 kami.

Teringat kata. Teman2.. bimbang dgn keadaan aku waktu arwah pergi tinggalkn kami.. dia tahu aku trlalu rapat dgn arwah, phone di poket uniform pasti berbunyi.. sampai semua dah boleh tahu Sirman call nk tanya kabar... bila terlalu rindu berjauhan video call yang akan diterima dari arwah.

Sehinggakan hari2 pemergian arwah pasti phone yang aku pegang... rindunya dgn kata2 "mummy buat ape? Dah mkn? Habis keje nnt mkn dgn daddy yer.. daddy tak sempat mkn lg" Rindunya saat2 itu... Dia Kasih Di Awan Biru yg Kekal Bersemadi di Hati.

Pagi tadi teman anak daddy SmartBoy ambil anugerah cemerlang... kalau daddy ada .. mummy dh boleh bayangkan senyum daddy & sure SB dapat peluk cium dari daddy.... buah hati mummy daddy.. 

Anak kecil daddy PinkyGirl dh besar skrg... nk follow abg katanya sbb abg dpt byk pingat... PG semakin nmpk comel mcm daddy.. tgk PG ketawa pasti teringat daddy.... rindu sgt2... 

Selalu curi2 tengok gambar daddy di phone... gmbr daddy peluk anak2... senyum daddy... n gmbr mummy dgn daddy yg debab dulu.... skrg dh kurus dah daddy sebab skrg mummy 2+1 'mummy +daddy' buat kata SB ...mummy mcm 'mummyDom'.. 

Daddy selalu pesan 'kena kuat... jgn nangis, jangan putus asa... ingat anak2'... kadang2 rasa marah bila daddy selalu ingatkn mummy dgn kata2 ni... tapi bila daddy dah tiada mummy rindu nasihat daddy... rindu kata2 mengusik daddy... mcm mn nie daddy... :-( :-( :-( :-( :-( :-(

Wednesday, 13 November 2013

Have Some Rest


Minggu berehat bersama anak-anak. Hmmm.... rindu setelah hampir 4bulan bekerja. Cuti weekend shj huh3...

No wonder now I harder work pressure with depression playing on my head.. Waaa!!!... I'm stressful.. madam kindly to approved my leave.  My cute face already numbness & stiffness.. hehehe..

This is sign & symptoms of stressful at work, working in long hours without rest and heavy workload. Hopefully everything will be better once I'm back from vacation with my lovely kids later...

Note: Think to be..... Refreshing my mind, Delete all the problems, undo all my mistakes, save the HAPPY MOMENTS...

Hadapi Dengan Senyuman

Heh heh heh.. senyum2 kambing.... senyumlah kita kepada mereka-meraka yang berada disekeliling kita. Biarlah orang kata kita senyum 'bagai kera sumbang' janji kita tak menganggap senyum itu sebagai perkara yang remeh dalam hidup seharian kita. 

Meskipun senyum yang kita berikan itu sederhana sahaja namun penyampaian kita itu memberi manfaat kesihatan yang luar biasa. Senyum memberikan suasana hati kita ketika itu, tersenyum juga mampu memberikan rasa bahagia yang luar biasa. 

Rasa 'jelous you' orang kat kita... hahahahaha..... Ha!!! yang nie bukan senyum nie ketawa namanya.
Kadang-kadang kita rasa ragu akan manfaat senyuman kepada kesihatan kita sendiri, ada baiknya kita baca tujuh alasan penting 'Mengapa KITA harus senyum' kan kan. 

1. Tersenyum Menunjukkan ketenangan kita dalam mengatasi situasi harian kita.Melemparkan senyuman kepada orang lain bukanlah sesuatu perkara yang sulit untuk kita lakukan bahkan ia memberikan pandangan yang baik berkenaan sikap kita dalam berhadapan dengan orang yang disekeliling kita. Cuba kita lihat bila kita tersenyum pada orang yang disekeliling kita pasti diantara mereka akan membalas senyuman itu. ha!!!! ini dah terang-terang mencerminkan bahawa senyuman mampu menjadi tarikan spontan seseorang itu untuk membalas senyuman itu sekaligus membuat kita rasa tenang & bahagia dalam melaksanakan apa sahaja rintangan yang kita lalui seharian kan... hmmmm.


2. Tersenyum mampu menghilangkan stress or medikal term ' Depression'Pernah kita rasakan waktu kita  stress segala  otot-otot rahang kita akan terasa kaku. Dari otot-otot rahang & otot leher kita ketika terasa tegang/ melayu kata 'ketat' hingga menyebabkan sakit kepala. Ha!!! pernah tak orang menegur kita 'ketat jer muka hari nie'. Ha!!!, itu namanyer airmuka kita kurang manis dari hari-hari sebelumnya tue... faham-faham jer lah yer....Hmmm... sebenarnya senyuman nie salah satu daripada formula 'awet muda' tau. Senyuman membantu meminimalkan garis kerutan di dahi kita... cer tengok dahi kita sendiri.. kedut tak... ha!!! comel tak kak ton!!!. hahahahaha..... Untuk itu, jangan ragu untuk tersenyum setiap hari.


3. Tersenyum meningkatkan sistem kekuatan badanKetika kita tersenyum, badan kita secara natural akan terasa relax. Ketika itu, sistem kekuatan badan akan dapat berfungsi secara optimal dimana ia dapat melawan dari perasaan panik dan selsema.


4. Senyum dapat menurunkan tekanan darahTersenyum mampu menghilangkan ketegangan fikiran dan membuat otot-otot wajah kita relax. Secara tidak langsung ia membantu dalam mengawal tekanan darah kita ke tahap yang normal. Duduk dan menikmati pemandangan, bermain dengan haiwan peliharaan atau melakukan sesuatu yang santai, tersenyumlah selama 5 minit dan pasti kita akan rasakan perbezaannya.


5. Tersenyum adalah terapi bagi menyembuhkan sakitTersenyum membantu tubuh kita secara natural menyeluarkan endorphin dan serotonin yang bekerjasama untuk membantu kita merasakan semakin sihat dan meminimalkan rasa sakit yang kita alami.


6. Tersenyum Fomula awet muda!Tersenyum membantu menghindarkan garis-garis kerutan di dahi. Dek kita asyik tepek face-lift dan method kecantikan mahal kat muka tapi senyum tidak... hmmm udah2lah baik kita adaptasikan senyuman yang berterusan di bibir kita nie agar otot-otot yang ada tue tidak mengendur mengikut usia yang semakin meningkat nie. Atau dengan kata lain mempertahankan keremajaan dan kejelitaan kita ini agar tidak nampak dimakan usia.


7. Tersenyum membuat Anda Tampil peraya diri & suksesOrang yang tampak percaya diri lebih mungkin untuk dipromosikan naik jabatan dalam bisnis. Jadi menempatkan senyum di tempat kerja, bahkan dalam pertemuan proyek yang mungkin membuat Anda stres, dan lihat bagaimana orang lain merespon Anda.Tersenyum bisa menularkan kebahagiaan, untuk itu jangan ragu untuk tersenyum, sudahkah anda senyum hari ini?

How To 'Growing your Confidence'


Bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri???Ada pelbagai cara boleh kita lakukan bagi meningkatkan keyakinan diri terutama apabila berhadapan dengan masyarakat. Apa yang pasti, keyakinan diri ini bukan sahaja tertakluk kepada penampilan, tapi turut mengaitkan pembawaan kita semasa berhadapan dengan orang ramai,cara berpakaian dan juga cara kita berkomunikasi.


Keyakinan diri yang kita tampilkan kepada orang ramai secara tidak langsung akan menentukan kepribadian kita. Jadi adalah lebih baik jika kita cuba untuk memperbaiki akan serba sedikit kelemahan yang kita ada sekarang ini sebagai pembaharuan penampilan kita dari masa ke semasa. Rasa kurang keyakinan diri ini merangkumi seperti rasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai/ tidak yakin dalam berkomunikasi/ malu / pendiam/ takut untuk memberi idea-idea dan sebagainya. 


Mungkin tipsini akan dapat membantu:


Belajar untuk menerima, menyayangi dan hormati diri kita sendiri.

Anggaplah diri kita ini adalah unik . Di mana kita memiliki keistimewaan  yang tersendiri.
Jika kita sentiasa membenci diri sendiri, ini membuktikan bahawa kita lemah. Jadi mulai sekarang di dalam pemikiran kita katakan 'dengan sejujurnya Aku menghargai, menghormati dan menyayangi diri akusendiri'.


Penampilan yang kemas dan rapi mengikut situasi di mana kita berada dan kita selesa dengan penampilan kita sendiri.
Kebersihan , gaya rambut, gaya fesyen yang sesuai dapat memberikan pengaruh kepada emosi kita dan emosi orang lain tentang siapa dan bagaimana layanan yang kita terima dari orang lain. Jadi mulakan transformasi penampilan diri kita. Dari segi berat badan pun kita boleh kurangkan ikut kesesuaian ketinggian kita supaya nampak bergaya.
 

Menjaga kesihatan mental dan fizikal supaya kita nampak sihat dan anggun. 
Sihat dalaman dan sihat luaran banyak mempengaruhi cara kita berfikir dan kemampuan kita terhadap betapa kita benar-benar menyayangi diri kita. 


Senyuman adalah sesuatu yang istimewa dimana akan meningkatkan keyakinan diri kita . 
Dengan senyuman kita akan dapat menghubungkan perasaan yang baik dari dalam diri kita kepada orang lain. Orang lain akan rasa hormat dengan senyuman yang ikhlas yang kita berikan. Kemesraan akan terjalin kerana orang yang yakin adalah orang yang pemurah senyumannya.


Posture tubuh badan menunjukkan keyakinan bahawa kita suka penampilan yang baik dalam diri kita. 
Berdiri dengan tegak dan santai. Naikkan sedikit dada, tegakkan bahu dan angkatkan sedikit kepala kita.  Tunjukkan keyakinan cara berjalan , cara bediri, cara duduk yang menyatakan diri anda adalah orang penting dan amat berharga. Tetapi jangan sesekali menunjukkan gaya bahawa kita adalah orang yang sombong.


Tingkatkan Maruah diri kita.
Jangan merasakan diri kita adalah orang yang terpencil apabila kita berada di sesuatu tempat. Anggaplah diri kita bahawa di tempat tersebut kita menguasainya.


Tumpukan perhatian pada orang di persekitran kita. Lihat segala kebaikan yang mereka ada dan hargai meraka dan berikan pujian yang sepatutnya. 
Dengan cara ini orang lain akan rasa senang dengan kehadiran kita . Kita diterima dengan sebaiknya. Biasanya kita hanya menumpukan kelemahan dan kekurangan pada diri kita hingga menyebabkan kita rasa rendah diri yang membawa kepada kurang berkeyakinan diri.
 

Jika berada di majlis orang ramai pastikan anda duduk dibahagian nhadapan.
Biasakan diri bagi meningkatkan keyakinan anda . Buangkan rasa takut keran orang penting akan berada di barisan yang palig hadapan.


Suarakan dengan yakin apa sahaja pendapat anda. 
Kita perlu menunjukkan penampilkan diri yang menyakinkan kepada orang disekeliling kita. Tampilkan keistimewaan kita yang tersendiri bagi membezakan kita dengan orang lain.

Untuk menuju kesempurnaan bersedia untuk menerima kesilapan yang bakal kita lakukan.

Kita bukan sengaja untuk buat lebih kurang tetapi kita juga manusia biasa dan tiada manusai yang boleh terus sempurna. Kita ibarat seperti pokok yang tumbuh dari biji benih. Katakan bahawa 'aku akan buat lebih baik lagi'. Pengalaman yang kita terima berulang kali akan menguatkan lagi keyakinan diri kita pada sesuatu perkara yang kita lakukan.


Bercakap dengan mengekal hubungan mata menunjukan anda hormat pada orang yang kita sedang bercakap.
Hubungan mata menujukkan kita adalah orang yang yakin terhadap tingkahlaku kita.

Anggap diri kita adalah penting dan siapa sahaja yang berada di sisi kita adalah orang penting.
Sayangi orang di sekitar kita nescaya kita akan disayangi. Anggaplah kita ingin membantu orang lain dan pasti ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri kita. Hanya orang yang yakin adalah orang yang bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain seperti yan g ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w


NOTE: Tidak pernah meletakkan dalam diri sebagai orang yang gagal- namun sentiasa menganggap masih ada kekurangan & kelemahan yang perllu diperbaiki. Sikap prihatin & sentiasa berusaha untuk menyayangi insan yang menyayangi dii ini. Thank You Allah.. SYUKUR...

Thursday, 17 October 2013

Bersawang Dah



Hmmm... lama x update blog nie. Harap saya dapat teruskan blog ini utk hari2 saya yang seterusnya. Dah hampir 5 bulan berkahwin... Alhamdulillah anak-anak yang amat happy sekali & syukur segalanya semakin baik... urusan anak2 semakin lancar. MrJ banyak membantu & sangat2 memahami. Terima kasih kerana sentiasa cuba untuk memahami kami bertiga.

PinkyGirl terlalu manja dan dimanjakan... semakin nampak akan kedewasaannye yang hendak ke 6 tahun nie.. Asyik dgn nak bergaya tiap2 hari. Kemudian sekarang semenjak ada ayah nie... agak2 sesekali ayah lewat balik office mesti PG tak boleh tidur... akan SB tunggu dalam bilik dan bila dah dengar ayah buka pintu rumah PG terus meluru ke pintu bilik intai sambil sengih2 & kadang-kadang tue peluk kaki ayah.... rindu la tue.. buat kata mak dia baru nak rasa kasih ayah.

SmartBoy macam biasa sentiasa cool & relax tapi minggu anxious sikit sebab nak exam... Alhamdulillah sepanjang 4tahun nie tiada masalah study dari SB sendiri. Sekarang minat membaca.. dah nampak akan minat membaca comic juge.. nampaknyer ayahlah yang kena layan minat anak nie memandangkan ibu tak berapa tahu akan gaya hidup anak lelaki nie melainkan ayah yang terlalu rapat ngan dia.

Semoga apa yang telah dirancang oleh Allah ini buat kami adalah yang terbaik buat kami. Cinta Selepas Berkahwin inilah yang membuatkan kami sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik & pelengkap dianatara kami. Anak2 juga bagai pelengkap hidup kami... syukur Alhamdulillah.. Thank You Allah..