Hati!!!... Sungguh istimewa, Allah ciptakan hati menjadi hak milik kita dan segala rahsia peribadi setiap di antara kita tersimpan di dalamnya. Tiada siapa yang akan mengetahuinya melainkan hanya Allah dan diri kita sendiri yang mengetahui akan isinya.
Namun tidak salah rasanya jika kita berkongsi apa yang terpendam dalam di dalam hati. Kalau cinta luahkan dengan indah, kalau marah lepaskanlah geramnya dan kalau lapar.... mencekiklah jawabnya...
Senyumlah teman... sedarlah dan bangkitlah tak kemana dengan "andaian" itu... kenalilah siapa mereka yang kita katakan itu... itu yang terbaik buat kita sebagai hambanya yang kerdil ini... Mudah sahaja untuk diberi contoh... tanya diri anda: BERAPA ORANG ADIK BERADIK ANDA? ADAKAH SETIAP MEREKA SAMA PERWATAKKANNYA? KEMUDIAN ADAKAH KITA TAHU ADAKAH HUJAN PADA HARI ESOK? Jadi fikir2kan.... tidak akan sama sifat diantara kita dan tiada apa yang dapat kita jangkakan apa yang akan terjadi pada kita dikemudian hari nanti....
Dalam kehidupan ini, adakalanya kita perlu menjadi pendengar, memerhati dan berbicara. Apapun yang kita dengar dan lihat, hakikatnya tidak semua butir perkara yang keluar dari mulut orang lain tidak semestinya kita jadikan sesuatu bayangan ngeri buat kita tetapi berfikirlah secara waras sebab itu Allah kurniakan kita akal untuk berfikir....
Kemungkinan yang kita dengari tidak menyenangkan kita, maka terimalah secara berlapang dada kerana kita manusia memang ada yang berbeza. Kalau titik perbezaan yang diperbesarkan, maka titik pertemuan dari Allah itulah yang kita pertikaikan dariNya.
Apapun hati tetap bahagia walaupun banyak dengan "andaian" manusia yang tidak mengenali siapa kita. Bagi diri ini, keseronokkan dan kegembiraan diri sendiri sudah tidak terkejar lagi... ia telah jauh pergi 2tahun lalu sejak pemergian kasih kekasih yang dirindui. Hati tetap pilu akan kerinduan yang hanya Dia yang mengetahui siapa saya? dan seteguh mana hati ini demi anak2 tercinta...
Dalam kehidupan ini, kebahagiaan, keceriaan dan kegembiraan anak-anak sahaja yang menjadi penyejuk hati. Tak pernah sesekali diletakkan kepentingan diri.. namun kasihnya anak2 buatkan hati terus tulus ikhlas membesarkan mereka biarpun dengan airmata. Kesedihan dan kelukaan yang anak-anak lalui amat mengguris hati. Moga anak-anak kecil mummy sentiasa dirahmati dan kehidupan mereka diberkati.
Sesungguhnya, sebagai hambanya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki. Begitu juga dengan kehidupan, setiap apa yang dilalui, pandang, dengar dan lihat di dalamnya terkandung pelbagai pengetahuan. Andainya ia berkenaan pengalaman seseorang mahupun baik dan buruk jadikan pengajaran.... bukan akibat dari itu ianya di "andaikan" pada orang lain pula... apalah salah dia pada anda? tanya diri anda sendiri? letakkan diri anda, jika anda ditempatnya? bagaimana? adakah anda sekuat dan setabah hatinya? senyumlah duhai hati.... berlapang dadalah duhai hati....
Pengalaman membuatkan kita lebih mengerti tentang hakikat kehidupan di dunia ini. Kesedaran dan keinsafan akan lahir dengan sendirinya tanpa kita sedari apabila kita memandang dengan mata hati, dan berfikir dengan minda yang POSITIF.
Percakapan perlu dijaga dan usah diluahkan mengikut sesedap rasa. Hati2 kerana dibimbangi ada hati yang terluka kerana kita tidak tahu akan penderitaan dan kepedihan kehidupan seseorang yang kita sendiri tidak ketahui bagaimana dia melaluinya.
Ingatlah, ketawanya... senyumannya belum tentu melambangkan kegembiraan, senyuman menawan juga tidak menjamin ada kebahagiaan dan keceriaan yang diserlahkan... tetapi hatinya???...
Oleh itu, kita perlu mengenali dan memerhati serta berhati-hati kerana kita tidak mampu untuk menyelami apa yang tepahat di sanubari insan yang kita sendiri tidak cuba untuk mengenalinya....
Anda, saya dan kita semua.... hanyalah hambaNya.... manusia biasa. Kalau boleh kita mahu buatkan semua orang gembira tetapi ada kalanya kita kecundang. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa alangkah baiknya jika kita membenci seseorang janganlah keterlaluan.... dan lebih baik kita bersihkan hati kita agar gembira dan bahagia terus dari hati kita yang tulus.
Moga kita tidak cepat berputus asa dalam melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di buka bumi ini. Kita sekadar mampu merancang dan berusaha tetapi segala yang berlaku adalah atas kehendak dan keizinan Allah jua..... Amin.
Nabi Muhammad lagi bersabda bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelakaannya (Hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaNya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya". (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).
Comments
Post a Comment