Petua kepada ketabahan hati dan kesabaran adalah "keyakinan". Dimana kesukaran itu selalunya membawa kemungkinan kepada akan hadirnya pada suatu hari nanti kemudahan.
Firman Allah swt: "Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan". [Alam Nashrah:5-6]
Dan begitu juga besarnya anugerah Allah disebalik dugaan yang kita lalui. Hati kita yang sabar dan tabah ini juga mampu untuk bersyukur kerana adanya hikmah dan ganjaran di sebalik dugaan itu. Mensyukuri setiap musibah yang Allah berikan kepada kita kerana Allah mengetahui pilihan terbaik bagi kita, kasih sayang Allah dan kebaikanNya dengan menimpa musibah, sekalipun mungkin Dia tidak menyukai musibah itu....
Sematkanlah dihati untuk memandang baik akan semua hal yang telah ditetapkan oleh Allah buat kita. Bangkitlah dengan semangat dan keyakinan hati yang tinggi untuk terus maju kehadapan. Kerana Allah menjanjikan kemudahan selepas berlakunya kesukaran.
Comments
Post a Comment